SAYUR CAMPUR MASAM MANIS.

Sayur campur masam manis
Untuk entri terakhir malam ni, mat letak satu lagi masakan mudah, kira takde masa nya menu, main cempak dalam kuali saja. Masam manis tu sebab mat guna sedikit sos cili thai, sos tiram dan sos plum. Sayur pulak ikut apa yang anda ada. Tapi kalau dapat biarlah bewarna-warni baru meriah. Mat guna udang kecil, kalau anda nak guna daging ayam pun sesuai. Masakan ni sedap dimakan panas. Satu lagi bagi meraka yang gigi kurang, boleh lah masak lama sikit kasi tu sayuran lembut. Bagi yang gigi ganas macam mat ni (walaupun tak cukup set), suka yang rangup2. Kalau masak sayur campur ni, kita tak perlu banyak, sebab setiap sayuran yang digunakan walaupun dalam kuantiti sedikit, bila dan disatukan akan nampak banyak. Hmm tu je kot nak tulis, resipi seperti berikut....boleh lah untuk anak2 yang baru nak berjinak2 ke dapur atau orang2 bujang dan tak berapa nak bujang...sebagai pencetus idea sahaja..tiada paksaan. ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan bunga kobis yang dipotong sekuntum
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1/2 batang lobak merah, hiris (mat buat bentuk bunga)
5 tangkai kacang panjang, hiris serong
4 batang putik jagung, hiris serong
1/4 cawan isi udang
1 biji bawang besar, hiris berangkai
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
1/2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos plum
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan putih hingga harum. Masukkan udang dan kacau rata. Tambah sos cili thai, sos tiram dan sos plum. Kacau dan masak sekejap.
  2. Masukkan lobak merah, bunga kobis dan putik jagung, gaul rata dan tuang sedikit air. Masak hingga lobak lembut tapi masih rangup. Tambah traffic light capsicum dan kacang panjang, kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan matikan api. Hidangkan panas bersama nasi..

Post a Comment

5 Comments

  1. memang rasa masam manis eh? nyummmmm

    ReplyDelete
  2. Lapar lak tgk sayur ni pagi2...huhu...

    ReplyDelete
  3. As salam Mat...

    Waaa nampak berselera laa..mcm2 color ada, klu anak2 ni musti sukeee...

    *macam mana smlm? apa kata doktor?

    ReplyDelete
  4. kalau akak dpt ni.. akak meratah jer mat... hehe...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum cik mat...suka sayur mcm ni....masak yg campak2 tu lah yg sedapnyakan...:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.