BEN ASHAARI

Wednesday, March 14, 2012

HARI HUJAN, SARAPAN LEMPENG PEKAK...

lempeng pekak
Morning!!...Hujan kat sini, sejukkk dan nyaman, rasa malas pun ada. Pagi ni sarapan lempeng pekak..erkk, kenapa pekak?..sebab lempeng ni hanya guna bahan2 asas tapi ada letak sedikit baking powder atau serbuk penaik. Asalnya semalam mat ada masak dalca (yang tu entri nanti2 yea). Jadi bila ada dalca rasa sesuai lah cicah dengan lempeng. Kalau dengan roti canai pun ngam juga, tapi ni hari takmo roti canai, nak lempeng jugak. Buat dia mudah sangat, tapi mat guna non-stick pan, kalau yang takde, boleh guna kuali aluminium biasa atau pun kuali besi. Lenser dulu dengan minyak dan panaskan, tapi jangan panas sangat, nanti adunan tak melekat kat kuali, susah kita nak ratakan, biar dia panas pada kadar sederhana, bila dah letak adunan, dan ratakan, baru besarkan api sedikit. Selalunya kalau guna kuali biasa, untuk pertama dan kedua lempeng agak melekat, lepas tu insya Allah, dia ok, ikut nasib juga, tak berani nak kata, tapi kalau guna non-stick pan, tak melekat. Ok kita semak resipi sempoi nih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
2 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
Sos pencicah kegemaran anda atau kuah kari, kuah gulai, sambal tumis dll

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung dan baking powder dalam bekas, kacau rata dengan whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah garam secukup rasa dan kacau lagi hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan (mat guna yang saiz 10 inci) dengan sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan tadi (anggara 1/2 cawan), ratakan dan masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  3. Kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkan. Masak hingga perang, angkat. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yang anda suka untuk sarapan atau pun minum petang....

7 comments:

Qasey Honey said...

mmg sedap kalau layan lempeng time2 hujan mcm ni...nyummm2

umi's cup cake said...

hai macam janji pulak ari ni dengan En. Mat, umi pun buat lempeng pekak
Entry di sini : http://umiscupcake.blogspot.com/2012/03/lempeng-pekak-menu-sama-cmg-hari-ini.html

Cik FaRiZaM said...

em.....sedap nye....lempeng pekak?np namanye begitu

Abhamz said...

assalam, mmg peminat dalca tp tak pernah makan dgn lempeng....kena cuba ni...

Rozuan Ismail said...

lempeng di pagi hari memang syok =)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sdpnyer..lama tak melempeng.naper pekak nama dia ek?hehehe

Shaza Ahmad said...

Cantik la tea set tu abg mat.. Beli kat ner ek

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.