BEN ASHAARI

Saturday, March 24, 2012

ASAM PEDAS IKAN BAWAL BERNENAS.

rsz_dsc_0018
Salam Sabtu, hari ni masak lewat. Pagi tadi ada temujanji dengan Doktor, biasa lah rutin, kang tak peka, takut gol awal, dah tinggal semua...ada pulak yang rindu, nanges2 bagai...erkk...ada ke macam tu? ..haha. Ok seperti biasa masakan ulang tayang menjadi kegemaran mat gebu, dan sebab apa dia masak ulang tayang, sebab ada permintaan. Asam pedas tak boleh lari dari menu orang2 Johor. Teringat mat sorang blogger masakan Kak Yatie, dia pun penggemar asam pedas. Atas arahan Bonda, mat masak asam pedas ikan bawal dan dicampur dengan nenas serta daun kesom. Ikan bawal ini saiz dia besar. Bila dikerat2 boleh dapat 6 kepingan (mat guna 4 bahagian), dan bahagian kepala pula mat belah 2 sebab keadaannya yang agak tebal dan berdaging. Ada banyak versi asam pedas, ada gaya nyonya, style Melaka dan juga Johore. Yang mat masak ni, gaya campur2 je agaknya, tak kesah lah janji ia boleh dimakan dan tidak memudaratkan. Oh yea sebelum kita lihat resipi mat nak minta jasa baik anda klik "sini"..takperlu apa2 cuma klik saja...Terima kasih pada yang sudi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan bawal saiz besar, kerat 4 (kalau saiz sederhana guna 2 ekor)
1 biji nenas madu saiz sederhana
2 senduk makan penuh cili kisar
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal dicuci, perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit, kemudian cuci dan toskan. Nenas dihiris sederhana tebal. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum dan perang. Masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga wangi, tambah cili kisar dan terus memasak hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  3. Masukkan nenas dan daun kesom, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya, kacau dan bila mendidih, masukkan ikan bawal dan jus asam jawa. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain.

4 comments:

Yatie said...

waduhhhhh tak tahan tngk...terliur betul kalau tngk menu asam pedas mcm ni..letak nenas lagiiii...walaweiiiii manyak syedapppp woooo....(akak mmng peminat setia, kalau balik kmpng pun mmng mak akak tak tinggal asam pedas kegemaran akak....terharu sangat2..)

Sunah Sakura said...

terima kasih pcm...sedapnya asam pedas... ^_^

Sari Yusa Ibrahim said...

Cik Mat, sy pun peminat asam pedas, lagi2lah kalu ada nenas, nasinya kena masak lebih. Satu lagi kuah kena banjir, ekekeke

Rozuan Ismail said...

erm sedapnya =).

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.