BEN ASHAARI

Tuesday, February 7, 2012

TERUBUK BAKAR...SEKSA TAPI SEDAP!!

rsz_dsc_6412
Salam petang semua, harap anda2 semua sehat. Hari ni mat lewat sikit baru dapat siapkan kerja2 didapur. Pernah makan ikan terubuk bakar atau panggang?.. Tau tak sebenarnya ini pess time mat buat ikan terubuk bakar, sebelum ni ada gak tapi goreng. Ikan terubuk kalau kita goreng atau bakar sisik dia tak payah buang. Kalau digoreng, sisik dia rasa seakan2 kacang bila kita makan, tapi dengan syarat kena makan masa panas dan sisik masih rangup. Selain dibakar atau goreng, ikan terubuk juga sedap dimasak asam pedas. Di Sarawak terkenal dengan terbuk asin, tapi apa yang mat tau, terubuk Sarawak berbeza dari sini punya dan ikannya lebih sedap katanya...wallahualam, orang Sarawak sila komen sikit, Ryo, Sunah, Hasue atau Dayang Jack. Mat guna ikan bersaiz sederhana. Mat bakar dalam non-stick pan saja, dengan api perlahan. Kurang lebih 10 - 15 minit untuk setiap bahagian ikan. Bergantung pada saiz ikan..

rsz_dsc_6430
Dannn yang menambah kesedapannya dah pasti sambal air asam istimewa dari Puan Azlita. Teruja mat tengok sambal air asam diblog beliau di sini. Memang betul bagai dikata, bau dia harum dan memang kena dengan ikan bakar. Sebabnya, kadangkala ikan bakar walaupun kita dan cuci, perap dan sebagainya, rasa ke ikan an tu masih ada, jadi bila makan dengan sambal air asam ini, secara tak sengaja dapat menyimbangkan rasa...sedappp okeh, seriuss nih, kalau aku kata sedap..sedapp lahhh!!...Terima kasih pada Puan Azlita dengan Sambal air asam harum rampai beliau. Ok kita semak resipi pulak...Jommmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan terubuk, saiz sederhana
3/4 inci kunyit hidup*
1 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
Garam secukup rasa

BAHAN AIR ASAM HARUM RAMPAI :-)
3 biji cili merah*
6 biji cili padi (mat letak 10 biji)*
Sedikit belacan dibakar (mat guna 1/2 inci)*(*ditumbuk atau dikisar halus)
1 biji bawang besar hiris halus
2 biji tomato saiz sederhana, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
4 tangkai daun kesom, dihiris halus
250 gram asam jawa + 6 camca besar air, ramas dan tapis jusnya
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1 camca besar "budu" (yang ni mat tambah sendiri)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK IKAN TERUBUK BAKAR :- Ikan disiang, buang sedikit ekornya, gunting sirip dan insangnya. Cuci bersih terutama bahagian perut ikan. Cuci hingga perut ikan bersih dari kesan2 hitam. Berhati dengan tulangnya. Kemudian perap dengan sedikit garam dan limau kasturi selama 10 minit, cuci kembali hingga bersih dan ketepikan.
  2. Lumur ikan tadi dengan bahan tumbuk lumat, terutama bahagian dalam perutnya, dan perasankan dengan sedikit garam. Biar sekejap ikan tadi. Panaskan non-stick pan, letakkan ikan tadi dan kecilkan api. Tutup pan dan biar 10 - 15 minit, kemudian terbalikkan dan sambung membakar lagi untuk 10 - 15 minit. Bakar ikan hingga masak, bila isinya bertukar keputihan. Hidangkan bersama ulam2 dan sambal air asam harum rampai.
  3. UNTUK AIR ASAM HARUM RAMPAI :- Satukan semua bahan kecuali garam, gula dan jus limau kasturi, dalam satu bekas, jika pekat boleh tambah sedikit air. Kacau rata dan tambah garam secukup rasa dan juga gula. Jika menggunakan "budu", garam harus dikurangkan sedikit kerana budu tadi sudah sediakala masin. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata, rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama ikan terubuk bakar....melelehhh okehh!!.

18 comments:

Ryo Azhar said...

ayoooo..dah terlajak masuk ni.
hasihh.pcm..kejam nye tayang air asam ngan ikan terubuk kan...dari hari tu tanya opismate pembekal ikan terubuk fresh..katanya belum ada lagi.hihi..nanti dpt ikan tu terus ryo bakaorrr idup2!..amacam, rakus tak?hehehe

p/s : siyes!!!terliur ni.

Mat Gebu said...

@ ryo - kenalan maya pcm kata, terubuk Sarawak yang fresh lagi sedap dari terubuk kat semenanjung ni, betul eks?..selalu makan terubuk masin jeee..

aDisH.sHidA said...

sedaaaaaaaaaaap ikan terubuk bakar...suka makan tp ayah x bape kasi sangat sebab takut tercekik tulang dia..huhuhu...sabar ye la...

ehem ehem lepas nie boleh la pcm buat utk kami yer biar terseksa skit

Suhaili Sarif said...

seksa tekak dan mata tengokkkkk...

Rima said...

sighhh dah lama benar tak makan ikan terubuk.. my mom memang suka beli ikan terubuk and eat it with sambal kicap.. cuma lately ni dia jarang beli and i dont buy it cos my hubs tak reti makan this ikan..

Memang lah meleleh ku melihat ikan terubuk mu itew CM

Sari said...

menu ni mmg feveret kitaorg tapi dah lama xpekena....
air asam plak saya tambah kerisik..perghhh, sekor pun xcukup :p

syalinda johari said...

wahh sedapnya ikan terubuk bakaq tu..dengan air asam tu memang kena sangat lahh...cantik jugak bekas letak air asam CMG tuhh..hehehe

Tihara said...

sedap ni walopon tulang melimpah..hiks :)

mas saari said...

pergggghhhhhh...menitis air liur!

COOL RC STORE said...

mengiurkan...... nice blog!

www.rare-collectables.com

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

menggoda ikan bakar tu ngan air asam pulak tu.wallahhhhhhhhhhhh.

JIJI YU said...

org kelantan ni camne laks

Ummiakid @ lily said...

mmg mengoda ikan bakar tu...seksa tapi nikmat kan cm ikan terubuk ni...saya smlm buat ikan bakar lemak pandan pun guna air asam kak Azlita...mmg sedap...

gadis kepastian said...

peh meleleh air liur...dah lama cari ikan nie p asyik p pasar x jumpa2....

Ryo Azhar said...

pcm .. memang betul tu.yang freshhh lagiiiiiiiiiiiiiiii sedappp!!!...Yang fresh tu kalo bakar terus,mmg sedap diratah.x hengat nasi di pinggan..

Rozuan Ismail said...

mat, buat plak resepi org kelantan..huhu

Panda Otoya said...

salam..ikan terubuk kat semenanjung ni ada yg datang dri thailand..dan klu kt sarawak, ikan terubuk bleh dpt pada hari ia ditangkap..memang fresh dan memang sedap..tapi x bermaksud ikan terubuk lain x sedap..^^ selamat mencuba..bleh order ikan terubuk masin sarawak klu nak..

Hjh Hasnah bt Abdullah said...

asam jawa tu betul ke 250g?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.