BEN ASHAARI

Monday, February 27, 2012

PUFF PIE AYAM......UNTUK MINUM PETANG.

puff 1
Petang tadi kat kampung mat hujan, tapi tak lebat hanya sekali lalu. Bila hujan macam, tu maka keadaan cuaca agak kurang selesa, rasa rimas. Tapi nasib baik dapur mat ni kira berangin juga, mau tak nya segala kipas aku bukak, kalau tak mau tergolek dog si mat kat dapur, siap dengan tangan pengang sudip lagi. Kadang2 perasaan malas ni dia datang tiba2. Awalnya rajin tak sangka, dan lepas tu jadi malas tak beragak, mat tak suka rasa macam tu sebenarnya. Bukan apa ia akan membuatkan kita rasa bersalah...kerja tertangguh dan bila berkeadaan macam tu, penghasilan produk akhir ada tu kurang memuaskan, sebab...sebabnya kita buat bukan dengan atas kerelaan dan keikhlasan agak kurang.....atau dalam ertikata lain, buat secara terpaksa, nak tak nak..hmmm... Berblog masakan ini ada kala meletihkan, serius, kalau anda tak percaya boleh tanya pada semua blogger masakan.

puff2
Petang tadi mat rasa bosan.....chat sekejap dengan Kak Ummi Kuantan. Lepas tu saja lah kata kat kak ummi, dalam freezer ada daging ayam, mix vege dan puff pastry, kalau buat pai ayam pun sedap juga kan. Jadi tanpa berlengah mat pi masak inti dia dulu, lepas Asar terus isi inti tadi dalam puff pastry, bentukkan dan bakar, lepas 25 minit, taaaaa daaaaa....siap sudah..hehe. Macam magik kann. Mat buat inti dia paling simple. Puff pastry tu ibarat benda wajib dalam freezer rumah mat gebu, koman2 pun ada 2 paket dan paling tak koman ada 5 paket!..Bukan apa, ini benda yang paling cepat anda buat untuk jamu tetamu...yang penting daya kreativiti anda, sama ada mau inti manis atau savory...Ok, sebelum lihat resipi, kita jengah dulu blog pilihan DTS kali ini ---> di sini, terima kasih...

BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 keping dada ayam, didadu
1 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1/2 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung gandum
2 helai bay leaf
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit garam dan gula

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Puff pastry jenama KAWAN secukupnya (bersaiz 4 inci x 4 inci)
Telur, dipukul sedikit, untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam untuk ditabur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali (guna minyak masak biasa pun ok). Tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan serbuk lada hitam, daging ayam dan mix vege. Kacau rata dan masak hingga daging ayam berubah warna. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Tuang susu, kacau dan masak hingga pekat. Gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau rata. Bila kering, matikan api dan sejukkan.
  2. UNTUK PUFF PIE AYAM :- Ambil sekeping puff pastry, buat satu garisan antara 2 bucu agar membentuk 3 segi. Kelarkan satu bagaian tadi atau buat lah apa2 corak yang anda suka, pada satu bahagian lagi sudukan 1 camca besar penuh inti. Kemaskan dan berhati2 tutup dengan bahagian bercorak, rapatkan dan tekan dengan garfu agar melekat. Alih ke dalam dulang pembakar.
  3. Buat hingga siap, sapu telur dan tabur dengan lada hitam kisar. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit. Jika oven anda ada fungsi kipas, ON kan. Bila masak, sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi..

13 comments:

ogyep yummy mellow said...

Teruja betul tengok CMG punya props pinggan mangkuk.. I pun ada few antik set.. Teringin gak nak display props cantik2 mcm CMG.. Meh lah blog-walking kat umah kita.

Mama Ann said...

Mama pun suka tengok CMG punya props pinggan mangkok..Tapi sekadar suka saja..tentu mahal kan...puff tu nampak sedap nya..nanti mama nk cuba lah...macam senang aja nk buat..TQ CMG..for sharing..

Rozuan Ismail said...

sedapnya.ditambah pulak cicah dgn sos + mayonis

Sam Banjamin said...

pasti sedap...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/mimpi-basah.html

The Black Jubah said...

Saya pun ada stok puff pastry tu, tapi tak buat-buat lagi...asyik dok ulang alik ngantor dan jemput budak je...yang ni nampak senang and cepat...kena cari isi ayam n mix vege pulak...

singgah le blog kita yang tak seberapa nya

www.theblackjubah.blogspot.com

aDisH.sHidA said...

erm....semestinya sedap nie....

baru je pagi td plan nak kodek2 entry pcm ada x puff baru...rupa2nya ada....yes yes...kat dlm freezer kat umah ada lagi 1 pkt puff pastry nie.....boleh la buat..tp masalah nya family x suka puff..uwaaaaaaaaaa....

thanks pcm...boleh try nie

KiD said...

pakar pastry... nyum2... mudah kan untuk hidang kat tetamu.. :)

Ummi said...

Hahahaha...aah kan macam magic, sambil jari ko chat, sempat lagik jadi pai ayam...berapa punya cekap la ko Mat... Tau-tau dah siap jek boleh makan...Alangkah bagus, kalau akak pi chat kat rumah kooo...dapat ngap 2 3 ketuii pai ni...hehe

schaze zainn said...

nampak sedap.
boleh suruh ibu saya but..erk :p

p/s: abg mat gebu,
my mom suke sangat belog abg mat gebu ni
got entry untuk abg mat :p

minsal said...

Assalamualaikum

Kak Sal mohon copy resepi Che Mat.Tapi x tau bila boleh masak...he he.. Tq.

rose said...

abg Mat, puff pastry jenama kawan ni nak beli kat mana? tesco ada tak?

Mat Gebu said...

@rose - kat TESCO ada jual pastry ni..

Oh Oeya said...

Macam tak susah nak buat..tapi..sampai laaaaa ni tak penah juga lagi buat puff erkkk!
Puff ni nampak sedap betul Che Mat.. Kalau tinggal makan Oeya yg dulu hihi ;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.