BEN ASHAARI

Wednesday, February 8, 2012

PECAL AYAM.......HARUM DAN MEMIKAT.

rsz_dsc_6516
Assalammualaikum, selama petang. Sekarang ni mat pagi mat takde entri yang bess nak masukkan di blog. Semalam mat merancang nak buat pecal ayam...Hoo apa tu pecal ayam?.. Pecal ayam ni kira satu hidangan orang Jawa. Ayam dipanggang kemudian dicurahkan kuah santan yang dicampur dengan herba. Bahan utama yang kita perlukan sudah pastilah cekur atau orang2 Indonesia panggail kencur. Selain ayam, yang biasa kita lihat, ikan pari atau ikan keli juga ada digunapakai dan juga dipanggang terlebih dahulu. Tapi untuk pecal ayam ni, mat terperasan dulu satu resipi dia kukus ayam tu. Untuk yang ni mat buat guna 1/2 ekor ayam bersaiz sederhana. Lumur dengan halia, bawang putih dan garam, perap 30 minit dan panggang hingga masak. Bila nak hidang, ayam tadi kita kerat dan curahkan kuah pecal....hmmm..sedap dengan bau cekur dan rasa cili padi. Ok kita semak resipi mudah ni...serius senang nak buat, cuma kalau tak habis kena simpan dalam peti sejuk...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam bersaiz sederhana, kerat 2, buang kulit, cuci bersih dan cucuk dengan garfu
1 1/2 inci halia, ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
3/4 camca teh garam
3 helai daun cekur, mayang halus
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1 1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 inci isi cekur
1 inci belacan, dibakar
15 biji cili padi kampung

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dilumur dengan halia dan bawang putih yang ditumbuk halus, 3/4 camca teh garam hingga rata. Perap 30 minit. Kemudian panggang hingga masak, kurang lebih 20 minit untuk setiap bahagian. Biar sejuk, kemudian potong pada saiz sederhana dan susun dalam mangkuk. Ketepikan.
  2. Dalam periuk satukan santan, bahan tumbuk halus, kacau rata dan masak atas api kecil hingga panas, tak perlu mendidih. Masukkan garam secukup rasa, sedikit gula, 1/2 bahagian hirisan daun cekur dan jus limau katuri. Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tuang kuah tadi atas ayam, hias dengan baki hirisan daun cekur dan kalau suka boleh juga hias dengan cili padi. Hidangkan bersama nasi hangat.

10 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

siap ada cekur..baunya pasti mengancam kan?bak meh seketul cik mat

Sis-Lin said...

Hurmm sampai ke dapo aku bau ko menumis td..heheheheh
Aku suka letak cekur byk2 Mat, sedap rasanyaaaa....
Lama sudah tak bt pecal, klu ikan keli pun sedap kannn :)

kakchik@ella said...

spt biasa, n3 masakan cik mat tak penah menghampakan KC.

aDisH.sHidA said...

cheq org kedah xpernah makan pecal nie...huhuhu kecian dak kat cheq

Sari said...

ni pun feveret jugak...guna ikan keli bakar..mabeles kan en. mat :)

Cik FaRiZaM said...

dap nyer..

AbbotCottage said...

Udah ngencesssssssssssss...

Rozuan Ismail said...

pecal lele pon sedap.hehe.pecal ayam lagi sedap.

Kak Rose said...

macam Abot jugak. sudah ngencessssss!

JIJI YU said...

ni pestaim dgr pecal ayam

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.