BEN ASHAARI

Sunday, February 26, 2012

GULAI TERUNG PIPIT DENGAN IKAN KEMBONG REBUS.

rsz_dsc_8076
Dah makan tengah hari?.. Mat baru siap masak. Masak lauk atas permintaan sahaja, mat makan lauk asam pedas semalam. Hari ni masak gulai terung pipit dengan ikan kembong rebus. Letak serai dan daun kunyit. Abah mat suka masak macam ni, semalam dia dah sebut2. Jadi hari ni atas perintah pihak atasan, mat gebu pun memasak. Terung pipit tu ada tumbuh melata kat kebun, jadi abah mat petik saja. Satu lagi kalau nak petik, jangan cari yang tua, liat wooo, kang macam makan getah, yang tu buat peluru lastik boleh laaa, ni pilih yang muda, muda tu bukan lah kecik toet, pilih yang warna dia hijau muda sedikit. Ikan kembong rebus tu kalau tak nak, boleh ganti dengan ikan bilis, ikan bilis tamban atau tulang ikan masin kurau....tuu dia, memang pengsan lahh, darah tinggi naik lepas tu!!!....Ok sebelum kita lihat resipi, mat link satu entri di sini, yang banyak berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedari....hmmm, terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan terung pipit
2 ekor ikan kembong rebus saiz besar
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, dititik
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam da gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Terung pipit dibersihkan, kemudian rebus hingga lembut. Toskan. Ikan kembong rebus dibersihkan dan dikerat dua setiap seekor, ketepikan.
  2. Masukkan terung tadi dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai dan juga santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah asam gelugor dan ikan kembong rebus tadi. Tuang pati santan, kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah daun kunyit, garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api kecil dan dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi hangat dan sambal belacan serta lauk2 lain...

8 comments:

fatin amalina husna said...

alahaii..lamanya x makan terung pipit..tringin yg buat dgn smbal ikan bilis lar plak..huhu..

Wanpetunjuk said...

Slurrrppp...terung pipit!. Waktu sy dok kat Gerik dulu, depa dok panggil terung cheweng. Kami guna terung ni sebagai peluru untuk main perang2....

Scarlett O'Hara said...

Terung pipit masak sambal tumis letak santan pekat.... tak pun, terung pipit celur, cicah sambal belacan atau sambal asam...

Sunah Sakura said...

terima kasih pcm... >_<

Anna said...

Sedapnya....tak pernah makan terung ni.

faiz said...

terung ni pahit2 sikut kan..teringat kaklong sya kat kl suka masak sambal tumis campur ngn terung ni..tp masak lemak cili padi ..i like...:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ikan kembung rebus?tergoda mendengarnya

Yaati Nor said...

ni buat sambal ikan cili api buh terung nie layan nie..nyum2

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.