BEN ASHAARI

Wednesday, February 1, 2012

CEKODOK BAWANG IKAN BILIS DI BULAN FEBRUARI

rsz_dsc_5734
Salam morning pagi...dah sarapan?. pagi ni sarapan cekodok bawang ikan bilis. Kadang2 dah puas bersarapan benda2 aneh, tiba2 nak bersarapan benda2 yang biasa kita makan dedulu. Cekodok bawang ikan bilis ni amat2 lah biasa sangat. Tak letak dalam blog pun takpe, tapi saja lah suka nak letak. Cekodok atau cucur antara hidangan waktu senggang yang boleh dikatakan popular di kalangan orang2 kita. Kalau Kak Ummi buat cekodok pisang bulat2...Mat gebu buat cekodok bawang tak berapa bulat. Mat buat cari sikit dan goreng hingga garing sedikit. Cuma api kita nak kena jaga, kalau tidak cekodok akan melengas dengan minyak. Mat tak letak telur tapi cuma letak 1/4 camca teh baking powder. Mat letak juga sediki bawang goreng, yang ni mat tengok Puan Nanirostam buat, dia letak bawang goreng, wangi okeh cekodok. Resipi pun sebenarnya main agak2, jangan terlalu pekat atau cair sangat. Sedap dimakan bersama sos cili atau sos cili + sos seribu pulau...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar penuh bawang goreng
2 cawan tepung gandum
1/4 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
2 1/3 cawan air atau secukupnya
Sos kegemaran untuk mencicih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan ikan bilis, perah sedikit, masukkan dalam mangkuk besar bersama bawang hiris dan bawang goreng. Masukkan tepung gandum dan baking powder, gaul rata dan tuang air, kacau hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau yang boleh disudukan.
  2. Tambah garam secukup rasa, kacau rata dan rehatkan sekejap. Panaskan minyak dan sudukan 1 camca besar dalam minyak panas. Buat 8 - 10 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali. Goreng hingga kuning keemasan pada semua bahagian.
  3. Angkat dan toskan, buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi. Hidangkan bersama sos kegemaran anda samada untuk sarapan atau minum petang.

10 comments:

Adzrien Shoppe said...

makan panas2 memang sedap. inilah resepi yg paling mudah nak disediakan dan paling jimat. anak2 pun suka, padan dengan teh o panas.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Mat..klu makan panas2 mmg sedap,pastu minum lak kopi.Mmg nyaman jer :D

ogyep yummy mellow said...

Oooo I likeeee gitu.. Very classic & traditional..

fatin amalina husna said...

teringat lak novel cucur bawang dan kopi o..haha..

eiela said...

cekodok kegemaran saya nih, tp saya letak bwg besar bukan bwg goreng. bila digoreng baunya menggugat selera. hehe.

Errah said...

cik mat sedapnye cik mat..cik mat semalam copy cik mat pnye resepi pulut doyan..trlupa nak bagitahu..halalkan ea..suka blog cik mat..

Ummi said...

Cekodooookkk bawang goreng?? mst sedap ni...nak nak...kena buat sendiri la pulak..malasss aaiii

minsal said...

Assalamualaikum.

Masakan org2 tua kita ni jangan dilupakan.
Cucoq ni sedaaap tau.Ada 'speciality'dia tersendiri.

Panglima Muda said...

ah laparnya

Citarasa Rinduan said...

sedapnya..
lama tak layan cengkodok bawang

cmg.. jom makan buah berangan.. ayu nak rebus nie..