BEN ASHAARI

Saturday, January 14, 2012

MINUM PETANG DI SENJA KALA...

rsz_dsc_3839
Salam senja semua...dah minum petang ke?..Teringat mat dulu ada sorang ni, bila sebut minum petang dia kata, macam omputeh, siap minum2 petang lagi...hehe apa nak buat kan kita memang duduk kawasan kolonial dan sudah terbiasa minum petang..perghh..hambik nko!. Sebenarnya orang kita pun ada istilah minum petang, tapi makanan tu lebih pada gaya kita lah. Kalau oreng puteeh mungkin dengan scone, muffin, earl grey tea dan tah apa2 lagi, kira macam hi-tea. Kalau orang2 kita, selain mi, cekodok atau ubi rebus cicah sambal tumis, atau kelapa + gula melaka, benda2 yang biasa2 kita makan. Mat goreng mi siput sebenarnya pagi tadi, tapi sebab kelewatan masa, mat letak lah masa sekarang ni. Tapi mat ada bagi tau di FB. Ini masakan mudah, mi siput selain digoreng garing dan dimakan sama sambal tumis, boleh juga kita masak macam mi biasa, cuma perlu dicelur terlebih dahulu....

Kalau tak biasa tengok rupa mi sanggul, tu mat ada letak gambar, tak delah rupa sanggul sangat kan..rasa dia pulak seakan mi telur. Mat guna dalam 6 keping mi sanggul, kurang lebih 150 gram macam tu...Ok masa tulis resipi pulak..jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram mi sanggul, celur hingga lembut dan toskan
1/2 cawan daging ayam yang telah didadu pada saiz sederhana
1 genggam isi kering
2 genggam taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
1 cekak kuchai, potong pendek
2 1/2 camca besar sambal tumis (resipi di sini)
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
2 camca besar kicap manis
Kicap cair secukupnya
Hirisan timun, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Belahan limau kasturi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap, guna api kecil. Tambah hirisan daging ayam, kerang dan tauhu, kacau rata.
  2. Tolak ketepi kuali, masukkan telur, masak sekejap dan hancurkan, gaul rata dan masukkan kicap manis, kacau rata. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah taugeh dan kucahi, gaul lagi dan masak sekejap, tambah kicap cair secukup rasa (jika perlu). Kacau lagi dan matikan api.
  3. Hidangkan dengan menabur hirisan cili merah sebagai hiasan dan hirisan timun serta limau kasturi. Selamat mencuba...

8 comments:

susumanis said...

CMG goreng pakai sambal tumis ya..tu yang kaww jadinya kan...yum yum..sok nk g cari mee sanggul lah :)

Rozuan Ismail said...

ok mee sanggul.tak pernah tengok.biase mee biase je.hoho

dewi2 said...

Cmg....nk tanya.... isi kering tu apa ek?

dewi2 said...

Cmg....nk tanya.... isi kering tu apa ek?

ellhs said...

wow! yummMMMMMs! looks delish!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

oo blh kembang besar juga bila direbus ye CM? biasa goreng mkn cicah sambal je, lum pernah wat cam mee goreng.

Faiz said...

sedappnya mee siputt

faa.rosli said...

xpenah try guna mee ni..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.