BEN ASHAARI

Monday, January 16, 2012

MASAK-MASAK....dan....MAKAN-MAKAN..

rsz_dsc_4046
Assalammualaikum, selamat petang semua. Minta maaf sebab baru dapat update. Bukan malas atau berpeleseran, tapi agak sibuk sikit. Kadang mat pernah dengar orang2 lelaki bercerita pasal kerja rumah ni bukan susah mana..Anda silap..melakukan kerja2 rumahtangga adalah satu tanggungjawab besar dan perlu pengorbanan...bukan nak berpihak pada wanita, tapi mat pernah nampak, orang lelaki, nak cuci pinggan mangkuk waima sebiji gelas atau sebatang sudu pun punya lah berkira. Mat sendiri heran, zaman sekarang ni bukan perlu cedok air di perigi, cuma buka paip dan keluar air, tapi tu kalau air tak kena potong lah, sebab anda lupa bayar. Masa mat kecik2 dulu, memang lah tak mencuci pinggan mangkuk ni semua, masa tu rumah kami takde sinki, cuci di pelantar..Kesian lihat bonda, lepas makan, nasi belum turun lagi dah duduk beralaskan kerusi pendek, mencuci pinggan mangkuk. Masak pulak guna dapur kayu....bukan tak mampu guna dapur gas, tapi arwah datuk kami takut meletop, jadi dia suruh guna dapur kayu atau dapur minyak tanah...huhu, jadi kerja mencuci terutama periuk belanga memerlukan tenaga yang lebih, nak menyental jelaga arang. Bebalik resipi hari ni, mat masak yang mudah2 dan senang, tanpa tema, kira carca merba. Sebab cuaca panas mat masak sup kentang dengan telur, ayam berempah tomyam, sambal buah kuini dan ada ulan petai serta jering (jering i don like, but petai i likeeeee...)...


Kadang2 sampai satu tahap blurr tatau nak masak apa, jadi ada berbaki 2 keping dada ayam, mat pun masak lah ikut apa bahan yang ada, main lebur siaaa...ada tomyam pes, mat guna, maka jadi lah ayam berempah tomyam...nice okeh, ada rasa masam2 sikit, manis2 dan harum dengan bau daun limau purut dan serai. Ada rebung juga dalam dia. Lepas tu, semalam abang sulung mat bawak balik buah kuini, waaaa...sedap ni buat sambal belacan, maka dengan kuasa power rangers. mat gebu mendebik cili padi + belacan bakar + sedikit garam hingga lumat, masukkan hirisan buah kuini, kasi tumbuk sikit lagi....waaalaaa, siap sudah sambal belacan buah kuini...lalala...


Lepas tu, kena masak lauk yang berkuah, kang ada pulak yang hmmm...maleh nak komen. Paling senang sup telur dengan kentang, tapi mat tambah fucuk dan cendawan black fungus segar tambah soo hoon lagi...Dann...arghh, yang itu sebelah..apa eks...haa, apa?..pandainyaa, itu lah petai dan jering.. Petai mat nya feberet tapi jering nope, tak reti nak makan, sebab rasa semacam, rasa pedarrr...lepas tu paling tak tahan keharuman dia tu...perghh...bolehh penggsann >__< . Ok tu saja kot cerita mat gebu petang ni, sekarang mat tulis serba ringkas resipi dia pulak...Jommm....

SAMBAL BELACAN BUAH KUINI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
20 biji cili padi merah
1 biji cili merah
1 inci belacan, bakar hingga harum
Secubit garam
1 biji buah kuini saiz sederhana, kupas dan potong isinya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuh cili padi, cili merah, belacan dan secubit garam tadi hingga lumat, terus menumbuk hingga halus. Tambah hirisan buah kuini, tumbuh sekejap lagi hingga semua bersatu. Rasa dan jika ok, boleh hidangkan bersama nasi hangat....berapi okehh!..

AYAM BEREMPAH TOMYAN...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping dada ayam, didadu besar*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/3 camca teh garam*(*disatukan dan gaul rata)
1/4 bahagian traffic light capsicum (meraj, hijau, kuning) di dadu
1 camca besar sos tiram
1 cawan hirisan rebung
8 biji cili padi, belah 2 setiap satu
2 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
2 camac besar pes tomyam
Sedikit gula
Sos ikan secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, serai dan bawang besar hingga harum. Masukkan sos tiram dan pes tomyam. Kacau rata. Tambah daging ayam, masak sekejap. Masukkan daun limau purut, rebung dan air. Kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan capsicum, cili padi dan sedikit gula, masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sos ikan secukup rasa. Masak sekejap lagi dan boleh hidangkan panas2....hmm i likeee!!..

SUP KENTANG DENGAN TELUR :-)

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur
2 biji kentang, kupas belah 8 setiap satu dan rendam
50 gram fucuk, potong dan rendam hingga lembut
1/2 cekak soo hoon, potong pendek dan rendam
10 kuntum cendawan black fungus segar, cuci dan toskan
1 kiub ikan bilis
Air secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, dititik
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio" secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (mat guna minyak zaitun), tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan kentang, gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, masukkan cendawan dan kiub ikan bilis. Kacau rata.
  2. Perlahankan api pada tahap minima. Pecahkan telur satu persatu dalam periuk tadi tapi pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain. Masak hingga telur mengeras. Tambah fucuk dan suu hoon (toskan). Kacau perlahan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

14 comments:

Ummi said...

Mat, ooowhh kejinya menu ko hari nih...terliur habiisss tgk sayur fucuk dgn sambal segala.. Eh ko x makan jering, camne leh tau rasa dia pedar Mat...hahaha..ko curi2 makan ekk...hehehhehe, ampuuuunn ..

Sis-Lin said...

Yg lain2 aku tarak heran..yg petai sama jering tu yg bt aku negencesssss...

Mat mat..mat kan baik, boleh aku dtg sekarang? hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

*masak2, makan2 pastu tido2..jgn pengsannn..rugiiiiiiiii :p

noorcahaya said...

menyelerekan

Rozuan Ismail said...

mi yg rasa nak menetap rumah PCM je ni.hik hik

puteri rimba said...

sup ayam ngan kentang..haihhhh..lapar lak....
pak cik mattt..cantiknyaaa pingannn...heee...

laskar pelangi said...

waaaaa....terliur!!

Citarasa Rinduan said...

ambik ko..........

sangat bersesuaian tekak CMG skluarga dengan tekak kampung ayu.. hehhehehe

petai dan jering tu.. sambal belacan dan sop telur tu..
wahhhhhhhhhhh

saya mau,..

PS: orang lelaki dlm rumah ayu malas lah.. menci tauuu

kakchik@ella said...

ayam berempah tomyam .. sup kentang dgn telur. Ish3 .. menggoda sungguh entry cik mat ni.

fatin amalina husna said...

entry yg mmbuat kan husna lpar blik..hak3..
syok ronda2 cni..^^

susumanis said...

sambal buah kuini ...kecur kecur ayo liurrrr :)

JIJI YU said...

hadoi.,.papa..terkentut kentut jiji nengonye..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhu..cik mat suka goda tekak ku dgn sambal kuini dia..


p/s:ada typo di ejaan tomyam tu cik mat, jd tomyan

kkida @ 1001resepi said...

Masyaallah Mat....kkida nak tumpang sekali boleh tak...sambal ulam petai...favourite kita lah tu....:)

Queen Cumy said...

sedapnyaaaa ! nnt kite nk cuba la . kena follow ni ehhe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.