BEN ASHAARI

Tuesday, January 31, 2012

HEAVENLY CARROT CAKE.

rsz_dsc_5880
Salam malam, kali ni nak masukkan entri kek pulak. Mat buat saja nak habiskan stok lobak merah. Tu hari kat econsave ada jual lobak merah agak murah, jadi atas dasar ketamakkan terlampau itu budak mat, sudah kasi hangkut lebih sikit lah. Berbaki dalam 2 biji macam tu, tapi masih ok, tak kecut punggg. Mat sagat halus dan buat carrot cake. Resipi asal dari Kak Ida 1001 Resipi. Kek lobak ini sedap, dan menggunakan minyak jagung. Satu lagi ia bukan semata2 lobak merah, tapi ada campuran kelapa, cincangan kacang walnut dan juga cincangan nenas. Menggunakan sedikti serbuk kayu manis dan ia amat2 sesuai dari segi rasa bila digandingkan dengan lobak merah. Cuma resipi asal guna gula kastor, tapi mat ganti dengan gula perang atau soft brown sugar.

rsz_dsc_5906
Kek lobak merah ini digandingkan dengan cream cheese yang dilepa atasnya, tapi mat ubah sikit dengan swirl kan cream cheese tadi atas setiap potongan kek lobak merah dan kasi perhiasa atas dia dengan lobak merah yang mat terap bentuk chenta dan sekuntum bunga sakura dari gula. Nampak comey jugak kan...erkk terpuji sendiri pulak...haha. Dari segi rasa kek ni tak berapa manis, tapi lembap. Cuma anda perlu tunggu kek sejuk betul2 baru dipotong. Memandangkan ada cincangan walnut dan nenas, nak dapat potongan yang agak comey, sedikit sukar. kecuali kalau anda masukkan dalam peti sejuk, ia akan sedikit keras dan boleh dipotong sempurna, insya Allah. Sebab resipi sama macam mat pernah buat dulu, jadi dengan rajinnya mat copypaste jelah eks..alah bukan orang punya, sendiri punya tak pe.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
CATATAN MAT GEBU :- Mat bakar guna suhu 160C, kerana menggunakan tin kek jenis non-stick kaler hitam. Apa2 tin kek kaler hitam jika digunakan, suhu perlu diturun kan kepada 15C atau 20C dari suhu yang disarankan pada resipi, ini kerana tin hitam kadar resapan haba ada lebih tinggi. Jika guna tin aluminium atau jenis silicone mould, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resepi..

17 comments:

..::Zue::.. said...

cmg..i really like your carrot cake receipe...memang marvellous.. yg ni harus dicuba..

Sis-Lin said...

Amboiii siap ada LOVE Carrot lagi..ni mak rebit suka nie..hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa

Chah said...

Cik mat, sayapun guna resepi carrot cake cmni ada nenas, walnut etc.tp resepi tu dr buku oprah...mmg heaven!

Puspha said...

lovely!!

Sunah Sakura said...

ok saya tak nampak..siyes tak nampak...nampak komen ni je... #eh

kirat kush0wt said...

nakkkkkk !!!

Cheq Sue said...

adehhhh... dah lama dok merencana nak buat carrot cake... tergoda sungguh dengan gambar tu cek mat oiiiii...............

KayNisa said...

this is my fav ever.. hihi
dah la senang nak buat.. resepinya pun amik kt blog PCM.. lps ni leh try resepi ni pulak lah

kkida @ 1001resepi said...

salam mat...pas le kat kkida sikit...sedap sangat nampaknya tu...:)

Ummi said...

Waaaahhh mmg heaven jek tengok! Dengkisss pun ada....mintak sini sikit Mat, lawoooo jek carrot mentuk love tu...hehhehe

Sari Yusa Ibrahim said...

lama dah tak buat carrot cake sebab rakyat dalam rumah ni tak minat, sayalah nanti yg dok perabis sorang-sorang, huhu.. Comellah kek CM, kalu utk jamuan kat hotel mmg sesuai..

AbbotCottage said...

Harusla cantik dan sedap, lagi sedap kalo dapat merasa air tangan CMG, hurmm bila la agaknya.

kak ina kl said...

nasib baiklah anak-anak tak minat cmg kalau idak tentu akak buat..

Puteri Biru said...

sy mmg tgh cari resipi carrot cake. thanks DTS!.. akan try resipi ni.

Izah said...

Salam, thanks kongsi resepi ni. Dah buat n sangat8x sedap! Tapi keknya merekah la kat atas, kenapa yer? Mat guna oven api atas n bawah ker?

sayang said...

CMG.
resepi ni menghasilkan kek yg berapa besar/berapa byk jumlahnya ye?

zahrina jimmy said...

Tq , saya dah cuba.. Memang menjadi and sedap:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.