BEN ASHAARI

Monday, January 31, 2011

MAMAFAMI DALAM JELITA FEB. 2011...OHH LIHAT LAH DUNIA!

Tahniahh MamFami, aduhh, tiba2 aku rasa bangga tak hengat, hati kembang kan main, keluar semua segala macam benda, bukan hati berbunga je, tumbuh juga bunga kantan, pokok kesom dan juga pokok pandan wangi..haa macam tu lah punya suka bila mat dapat tau resipi Mama Fami muncul di Jelita Februari 2011...Hmmm syabas yea mama...Tapi apa2 pun mat pasti mereka yang disunting oleh Jelita, akan berterima kasih pada Puan Lily Haslina Nasir, penyelaras bahagian resipi di Jelita...Pada mat kak lily seorang yang "peka", bijak menyesuaikan keadaan media mengikut tren masa sekarang... Terima kasih kak lily.....


Sepatutnya kan Mama ni lebih layak tau keluar Jelita dari mat gebu, tapi tak pe lah kira aku blogger masak2 Jantan yang pestime keluar kat Jelita (agaknya laaa, ada kang jadi isu pulak si mat nihh!!)...hehe, yelah kita bukan chef profesional yeaa, sekadar panas di dapur sendiri...kan mama.. Ada 3 muka surat tersiar resipi mama. Kalau anda masih kurang yakin itu mamafami punya masakan, cuba perhatikan link blog beliau yang tertera di majalah tu...percaya kan...mat gebu tak kencing berapi punya kalau hal2 macam ni..Tahniah sekali lagi MamaFami....we love u!!..feeweeettt....hahaha... Ok dulu n3 selingan ini, salam dari DTS - Mat Gebu....pstt...bulan Mac nanti anda tunggu...ada lagi sorang blogger masak akan ke Jelita..aku dah kata kami blog masak2 bukan 2nd class...INGAT TUU!!!....

SEMUR DAGING PONTIANAK.....PROMOT BLOG 9

P1250289
Erkk..dah senja laa,..huhu, baru sempat letak N3, tadi pi belanja barang2 sikit di Tesco, sambil2 tu cari majalah Jelita Feb 2011...nak tau kenapa, nanti N3 seterusnya..Ada juga jumpa RAPI, tu hari kat JB beberapa kedai mat pergi, depa kata habis dahh..tatau pesal panas sangat. Tadi kat Tesco banyak lagi, mungkin baru sampai. Sempat juga promosi kan artis baru tuu, ada lah 2-3 orang tapi bukan lah orang ramai, mereka yang kerja kat kedai buku tuu....haha, alah kalau artis tu "Awie" ke atau "Amy Search" lain lah kann..erkk, ketat muka nampak...sori!!... Ok ni hari share resipi dari Chef Wan, semur daging pontianak dari buku masak beliau berjudul Sedapnyaaa..... Kenapa nama dia macam tu, hmm kena lah tanya tuan nya yeaa... Kali nak promot satu lagi blog, mat rasa kat SB pun dia ada nihh....Jom kita lihat siapa lah agaknya...

Tuu dia, header paling lawa pernah mat jumpa, Ben pun pernah puji header blog si polan ni kan main lawaa...Erkk apa eks nama dia, kejap..kejap..oooo nama "Ujang 9897" dari blog "Erti Kehidupan"....Jadi singgah ramai yea ke blog belia di sini....psttt ada gambau bess kat situ.. pilah tengok...

Jomm kita tgk resipi pulak...layannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris, cuci dan toskan*
1 camca besar kicap manis*
1/2 biji limau nipis, perah jusnya*(*digaul rata dan perap 30 minit)
1/4 cawan minyak masak
5 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
6 biji tomato, didadu
5 camca besar kicap manis
3 cawan air rebusan daging (mat letak air biasa)
2 biji kentang, didadu, rebus 1/2 empuk dan goreng, toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 pokok daun ketumbar, hiris (tak letak)

BAHAN DI SANGRAI DAN KISAR HALUS:-)
2 camca teh ketumbar biji
1 camca teh jintan manis (jintan kasar)
1 camca teh jintan putih (jintan halus)
1/2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
10 biji lada hitam
1.5 cm kulit kayu manis
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak masak dan masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga naik bau, masukkan bahan kisar, tomato dan daging yang diperap, kacau rata. Masak sekejap dan tambah 5 camca kicap manis, kacau rata.
  2. Tuang air dan renihkan hingga daging empuk dan kuah pekat. Kemudian masukkan kentang yang digoreng dan cili merah hiris, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat...

RESIPI BIASA-BIASA.....PROMOT BLOG 8.

P1250287
Yuu huu, dah makan ke semuaa...ni hari masak senang2 jee...Hujan2 ni tak berapa nak rajin. Tapi masak yang senang tu yang sedap. Hujan2 ni kan makan apa je sedap koo, hadoi susahkan. Ok ringkaskan cerita lah sebab hari ni mat ada benda lain nak buat. Tadi pagi lepas sarapan pergi ke bank sekejap...nak tau cerita..25 + 10 tahun, umur aku ni lah pestime i bukak account may bank dan ada kad cucuk2 tuu..haha sah2 ada yang gelak..biasalah mat gebu kan ada 1 jee buku bank iaitu ASB...serius weyy....tapi ok lah, at least selamat duit aku.. Lepas balik tu terus masak..Yang pertama mat masak peria goreng dengan kupang...mudah2 jee, apa orang kata masak bodo2...

P1250283
Lepas tu kan ada cendawan tiram, hmm buat sup pun sedap kan, korek2 peti sejuk ada crab stick dalam 5 batang macam tu, hmm humban kan jee lah dalam sup, tapi mat tak puas hati lah, tengok sup tu hmm macam air banjir jee, hiasan tak de lah daun sup tak de, daun bawang pun tak de, bawang goreng punn takde....hmm tak kesah lah...aku dah belasah pun masuk perut punn.. Ok nak promo satu lagi blog, kali ni blog aweks pulak, gilir2 yeaa.....jom lihat saya yang kenaa...

Cik Bulat nama diberi, femess nihh, kat SB, menjadi pujaan ramai atok2 dan pakcik2...perghh. Blog Cik Bulat kat sini...jadi boleh lah melawat....lepas tu kita sama2 bulat yeaa....ok, jangan lupa singgah...

Settle satu lagi, jom semak resipi.....

PERIS KAMBAS GORENG BERKUPANG....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji peria kambas saiz sederhana
1 cawan isi kupang
1/2 biji bawang besar, hiris bulat
1 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
2 biji cili merah*(*ditumbuk halus)
Garam dan secubit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Peria dibelah 2, buang biji dan hiris sederhana tebal, rendam dalam air garam. Isi kupang dicuci bersih, gaul dengan sedikit serbuk kunyit dam garam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan kupang dan goreng sekejap, tolak ke tepi kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan gaul bersama2 kupang tadi.
  3. Tuang air dan bila mendidih, masukkan peria kambas (toskan dahulu), masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api.

TUMIS AIR CENDAWAN TIRAM....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram cendawan tiram, potong, cuci dan toskan
5 - 6 batang jejari ketam, kerat 4 setiap batang
Air secukupnya
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "MAGGI" @ boleh guna stok ayam..
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup untuk hiasan, tak letak sebab tak de
Bawang goreng untuk hiasan, tak letak sebab tak de

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan air secukupnya (anggaran 600 ml). Bila mendidih masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam.
  2. Tambah cendawan tiram dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan jejari ketam tadi, matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidang...

MAKARONI ala MAMAFAMI....PROMOT BLOG 7.

P1250279
Selamat pagi Isnin yang dingin, hmm macam tu lah kampung mat gebu pagi ni, dingin, lembap dam mendung..sejukk..tapi i tetap HOT okeyy..wahh pitamm, alah mat gebu ni kan biasa2 saja, mana ada apa2..Tapi mat lagi suka macam ni, sebab apa, kalau ter xpose lebih, nanti jadi tak selesa, kita kenal antara kita sudah lah kan. Ok pagi ni goreng makaroni style mamafami..ringkas dan sedap..tapi itu lah, mat semalam borak2 dengan mama, aku macam tak berapa pasti lah bahan2 dia, jadi mat masukkan apa yang ingat saja....jadi mama, kalau ada kesilapan, jangan lupa bagai tau yea... (^_*) ...Dan pagi yang dingin ini DTS ingin memperkenalkan sorang lagi blogger dari SB yang boleh dikategori kan sebagai aktif juga...sapa ituu, jommmmm....

Waaa..ni kerabat ni, jangan memain, selamat pagi cikgu!!...Awangku Johan..perghh nama, klasik, gagah perkasa lagi....macam ni boleh lah tolong pakcik mat kat ladang kelapa sawit..hahah. Dia ni antara blogger yang rajin update blog dan menyertai segmen BA...nak tau kesah apa di blog beliau?...Boleh klik sini....

Oraitt..kita semak resipi pulak...terima kasih pada MamaFami...dan tahniah atas kemunculan resipi mama di Jelita Februari 2011...nanti dah beli guaa kasi review sama luu nya resipi eks..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram makaroni, rebus hingga lembut, toskan, simpan air rebusan
2 keping daging burger jenama Ramly (mat guna 1 saja, sebab ada 1)
1/2 camca teh jintan manis*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
3 kelopak kobis, cuci dan potong
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
4 biji cendawan butang dalam tin, hiris nipis
3 camca besar sos tomato
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1/2 camca teh lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan daging burger (hancurkan), kacau hingga rata. Tambah sos tomato, sos cili dan sos tiram, kacau. Tuang air 1 cawan (air rebusan makaroni tadi). Biar mendidih.
  2. Masukkan cendawan dan masak sekejap, tambah makaroni, cili hiris dan kobis, gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah garam secukup rasa. Masak sekejap dan angkat. Tabur dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangakan, sedap dimakan panas2, biar makaroni sedikit berkuah...lagi sedapppp!!!!..

Sunday, January 30, 2011

MOIST BANANA CAKE II....PROMOT BLOG 6.

P1250274
Hmmm, hujan sepanjang hari, mat kan kalau hujan2 ni rasa macam lemau je, bukan apa, nak buat kerja2 kat luar rumah memang lah tak boleh nak settlekan...banyak yang tertangguh..huh. Esok ada hal nak urusan....tah2 tak sempat nak masukkan N3..waaa, rehat jelahh terus kan 2-3 hari dari berblog...amacam?..boleh?. Ok N3 kali ni mat buat Moist Banana Cake, kalau perhatikan ini resipi dulu yang mat pernah buat, cuma telah dilakukan sedikit penyesuaian bahan dan ada mat ada meletakkan sesuatu dalam dia...wahh suspen dahh, tapi yang pasti bukan pil kuda atau jus daun ketom yeaa..apa bahan tu..nanti kita cerita....

P1250277
Kek ni memang lembut, guna minyak jagung, jadi dari segi kesihatan lebih sihat dari menggunakan mentega. Disamping tu, penggunaan gula halus telah mat ganti dengan gula perang atu brown sugar. Kek ni bila dah masak dia memang turun sedikit, tapi bukan lah batat atau tak naik, cuma keadaan dia memang macam tu, tapi memang lembut dan lembap...Seperti biasa setiap N3 baru mat akan selit kan satu blog dari Sahabat Blogger...Kali ni kita lihat blog siapa pulak yeaa....

Tuuu diaaa...dah kena dahh...nama yang biasa di SB " Qaseh Dalia Adelia", sedap nama, klasik modern pun yea..haha, ni kira antara blogger panas gak di SB.. dari blog yang sama macam nama dia juga...Nak tau apa intipati blog beliau...klik sini....pasti anda tidak kecewaaa ...perghh..pak mat nak pingsan nihh...>_< Ok...cukup untuk hari ni, insya allah kita sambung esok yeaa..sekarang jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
115 gram tepung gandum*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul dan ayak)
3 biji telur gred B
1 camca teh ovallate
70 gram gula perang (brown sugar)
120 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
125 gram pisang rastali + 1/2 camca teh esen vanilla, dilecek halus
1 sachet NEscafe 3 in 1 (seperti gambar dibawah)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2.5 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan kueh boulu). Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung + nescafe 3 in 1, berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, biasanya terakhir adalah tepung. Putar sebati. Kemudian tuang dalam tin tadi, ratakan dan bakar 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek anda telah masak, satu lagi lihat jika kek sedikit mengecut dibahagian tepi2 nya, itu pun salah satu tanda kek telah masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

KANGKUNG BELACAN, IKAN GORENG JINTAN....PROMOT BLOG 5.

P1250271
Hai semua, jumpa lagi petang ini bersama N3 ringkas dan mudah, tapi berbaloi..Hujan masih tak henti2..rasa macam nak membuta jee ni, hmm, susah lah, kalau tidur nanti sah2 langgar pantang, takut pulak orang Bunian culik mat gebu, dahh mat gebu tak de kat Malaysia, sebab dia bawak aku ke Alam Buana...haha, mula dah merepek, biasalah beb, terlebeh makan ubat.. Ok N3 kali ni mat letak kangkung belacan dan juga ikan goreng ketumbar. Kangkung belacan tu rasanya semua orang pandai buat, tak de masalah punya....sejukk...grrrr...

P1250273
Lepas tu mat goreng ikan feberet mat gebu selain "Japanese Mackerel". Tau tak ikan apa, hmm itu lah ikan tamban sardine, ianya banyak tulang halus, dah kalau nak goreng kena kelar kecik2, ikan tamban sardine kaya dengan Omega 3. Saja lah mat nak ngabis kan stok bahan, ada jumpa serai kecut sebatang pun habis aku tibai buat resipi ni. Ini ikan goreng biasa je yang di perap dengan sedikit rempah ratus sebelum digoreng... Blog ke-5 yang mat promot hari ni ialah seorang blogger lelaki..

Nama beliau ialah "Izamir Ridzwan", dari blog "Izamir Ridzwan" juga. Dia ni aktif di Sahabat Blogger. Blog dia dalam kategori personal dan penulisan rasanya. Apa2 pun anda usha2 lah blog dia kat sini...

Ok..jom semak resipi mudah ini...

KANGKUNG BELACAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekek kangkung, diasingkan tangkai dan daun, siang, rendam dan toskan berasingan
1 camca besar sos tiram
1/4 cawan air
2 camca besar ikan bilis, rendam, toskan*
1 biji cili hijau*
6 biji cili padi merah*
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk hancur)
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan sos tiram, kacau dan tuang air, biar mendidih. Bila pekat, masukkan tangkai kangkung tadi, kacau rata dan masak sekejap
  2. Besarkan api dan masukkan daun kangkung, gaul pantas, tambah garam secukup rasa, balik2kan dan rasa, jika ok terus matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat..

IKAN GORENG JINTAN....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor ikan tamban sardine @ 3 ekor ikan kembong hijau
3/4 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1 camca teh jintan kasar*
1 batang serai, hiris halus*
Garam secukup rasa*(*ditumbuk hingga halus)
2 camca besar tepung beras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tamban disiang, cuci bersih dan kelar kecil2. Kemudian lumur rata2 dengan bahan tumbuk halus tadi. Perap 20 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan) tabur tepung pada ikan tadi, gaul rata2 dan goreng hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian ikan tadi, gunakan api sederhana. Angkat dan toskan....Hidangkan panas2..

NASI GORENG BELACAN......PROMOT BLOG 4..

P1250267
Hujannnnn.....hmm, sejuk, segar dan nyamann, cuma satu jelah, apa2 kerja tak boleh buat, maksud mat keje2 luar rumah lah. Tau tak, kalau kat Sedenak ni, musim2 hujan akan ada orang kampung pasang jaring di tasek berhampiran, selalunya musim macam ni, ikan terebul (sejenis ikan air tawar) akan menghempas kan diri untuk mengeluarkan telur, maka ia akan menjadi lemah. Maka akan tersangkut lah di jaring yang dipasang. Tapi mat tak delah pergi, bahaya, kalau aku termasuk kang, mau banjir Sedenak..erkk.. Ok pagi ni sarapan nasi goreng saja, tapi kali ni nak sangat makan nasi goreng belacan yang agak pedas, sesuai dengan cuaca sejuk sekarang ni kan...

P1250270
Resipi biasa2 saja, cuma letak belacan dan juga semalam ada beli kupang segar, pagi tadi bonda rebus dan ambik isinya, maka mat gebu pun mencilok dalam 1/2 cawan macam tu (tapi aku tengok macam nak 1 cawan jee isi kupang tu). Hmm lepas tu kan, tumbuk cili padi sikit, kasi panas, bukan blog jee kena panas..hehe. Untuk menambah kekejaman, mat santap pulak dengan petai jeruk....Wowww!!, sedap tapi bau ada sikit kuat lahh...hm ada ke aku kesahh..betul tak.. Kali ni mat akan promosikan satu lagi blog dari SB, mari kita lihat sapa pulak kali ni....

Tak lain tak bukan "Mira Hussin" dan blog "Diari Hati Mira Hussin"....hujan ni dengar lagu kat blog dia, rasa melayang2... Dia ni kira aktif di Sahabat Blogger....anda nak tau lebih dekat pasal Mira Hussin. boleh klik sini ke blog beliau....

Ok, selesai satu lagi blog, kita lihat resipi pulak, senang gila nak masak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 - 5 cawan nasi sejuk, dileraikan
3/4 cawan isi kupang
1/2 biji red capsicum, didadu
1/2 biji yellow capsicum, didadu
1/2 biji green capsicum, didadu
1/2 inci belacan, dilarutkan dalam 2 camca besar air
7 biji cili padi merah siam, tumbuk lumat
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
2 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili tumbuk hingga harum, masukkan belacan dan kacau rata. Tambah garam secukup rasa. Tolak ketepi kuali, masukkan telur tadi dan masak hingga mengeras, kacau rata hingga hancur sedikit.
  2. Tambah capsicum (kesemua sekali) dan masukkan nasi, gaul rata dan masak dengan api besar. Masak hingga nasi kelihatan kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan cili padi dan bawang goreng...nak sedap lagi makan dengan jeruk petai..hmmmm

KE PASAR BERSAMA MAT GEBU.....PROMOT BLOG 3.

ABCD0001
Waaaaaa....jumpa lagi dalam N3 sebelum aku pengsan..Hujan sepanjang hari, basah, lembap dan rasa macam malas2 jee. Tadi kat pasar, manusia punya lah ramai....boleh pening pala, nak Chinese New Year tapi aku tengok orang kita jee yang ramai, and of coz Singaporean pun ramai juga. Nasib baik waa pun aleee lupa ceenaaa punya olangg. Hmm tak berapa bes lah pasar ni hari, ikan nampak ala2 jee, kurang fresh mungkin musim tengkujuh kan. Sayur adalah agenda utama mat, kalau nampak yang hijau2 ni mula lah aku macam kambeng...tak sedau diri, nasib baik boleh kawal napsu, beli lah serba sikit sayur dan ulam2...dan yang pastinya, sebagai stok, aku rembat "budu" 3 botol!!.....pengsann kannn >_<

ABCD0002
Lepas tu pi pulak bahagian jual ikan, ayam dan daging...Masa tengok ikan2 yang semua dah macam meninggal 2 tahun, mat ternampak sesuatu..waa apa kah itu, dengan segera keluarkan HP dan "klik"..haa keluar gambau "Udang Ketak"...agaknya memang musim udang ketak laaa, sini pun melambak ada, jiran mat pun ada buat N3 udang ketak, ingat tak. Mat mula2 nak beli, tapi kan tak jadi, sebab tak berapa besar, dia kalau besar baru sedap, daging banyak..

Bercerita pasal udang ni, apa yang mat tau ia banyak khasit antaranya kalau anak2 kencing malam (ngompol atas tilam), boleh bagi sup udang ketak ni. Lagi satu ia juga baik untuk kaum lelaki, kalau menurut kaum cina, ianya bagus untuk otot2 dalaman kita dan juga dapat menguat dan memulihkan tenaga lelaki..erkk...tersedak yeaa pakcik, releksss yeaa, esok2 pi cari udang ni suruh makcik masakkan...Ok sebelum mat tamatkan N3 ini dan masuk tidur, nak promot satu lagi blog, kali ni kita lihat sapa pulak yeaa...

Ehem ehem sapa lah tu agaknya, tak lain tak bukan blogger aktif..."SHAIZHAR" dari blog..erk, "Shaizhar" juga nama blog dia, Shai ni dah biasa dengan mat, beberapa kali dah singgah ke Sedenak kan Shai..untuk mengenali siapa kah itu Shaizar...anda boleh ke blog beliau di sini....

Saturday, January 29, 2011

PENGUMUMAN PENTING!!!....

Cakkk...hehe, kadang2kan, aku rasa macam mereng otak ni masa menulis, macam tak tune betul je, ada jee yang lari dan tergelincir. ok, bukan apa nak bagi tau, mungkin malam ni tak de N3, sebab mat ada urusan sikit...Sementara mat tak bersiaran untuk beberapa jam ini, sila lah jenguk2 blog sahabat2 maya yang lain dan jiran mat gebu tu..alahh Mat Rapi..haaa tak kenal....Ben Ashaari laaaaaa...haha, biasa lahh jiran sepagar guaaa...susah senang berblog kita bersama gitu...perghh..skandall gilaa..ok chowwww..salam sayang dari DTS - Mat Gebu..N3 ini akan lupus setelah mat gebu kembali bersiarannn.....

SWEET SOUR SAUSAGE....dan...PROMOT BLOG 2..

P1250264
Errrr...sejuknyaaa...grrrrr, dah besar macam gajah pun sejuk kee..hadoi keji nya ayatt...ada juga yang makan laptop 3 rasa ni kang...Haha begitu lah kata2 yang mat gebu dengar..takpe2...kita orait jee no hal, tunggu lah time korang, aku kutuk kaw-kaw punya, sampai gugur bulu idung semua. kali ni hanya N3 resipi ringkas, kira ni sesuai kalau gaji yang baru dapat tu hari dah habis bayar hutang kete ke, bayar duit kutu, duit kapet atau duit ansuran beli gelang emas 916. (^_*) siap koo dgn jenis emas sekali pakcik mat tau, jangan memain..Yang ni budak2 suka, orang tak berapa nak budak pun suka juga. Mat guna sosej ayamas, sebab yang tu je mat suka guna..Ok yeaa..seperti biasa, setiap N3 akan ada 1 blog yang akan mat promot kan, tapi blog mat bukan lah hebat mana, boleh laaa...Ok jom kita tengok blog siapa yang kena....zassssss....

Wowww...awek cun laaa...alah hai ni pangkat anak2 dah pada mat gebu. Blogger comey ni nama "Yuyu Zulaika" dari blog.."Kupu-kupu kecil"..alah hai comeynyaaaa, sesuai lah dengan jiwa gadis remaja..terpikat kee, ada makcik kantin nak jadi kan menantu, pstt abah dia Chef koo, hadoi segan mat gebu, jangan marah gurau jee..ok klik sini ke blog beliau.. (sori yea, pakcik mat cilok header tuu...jangan samann,,)..

Ok settle untuk kali ke -2, sekarang resipi timeee.....jomm semak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayamas, kerat 4 setiap satu
1 keping tauhu, didadu kecil, dan goreng sekejap.
1/2 camca besar cili kisar
1/3 bahagian red capsicum, didadu
1/3 bahagian green capsicum, didadu
1/3 bahagian yellow capsicum, didadu
1 batang leek, dikerat2, rendam
1/2 biji bawang holland, dihiris
3 ulas bawang putih, dititik
2 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1 camca besar sos tiram ("LIFE" juga...)
1 camca besar sos tomato ("LIFE" juga...)
Garam secukup rasa (jika perlu)
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek (toskan) hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah sosej dan masak sekejap. Masukkan sos cili thai, sos tiram dan sos tomato, kacau dan tuang air. Biar mendidih.
  2. Masukkan tauhu, red/green/yellow capsicum tadi, kacau dan masak hingga pekat. Rasa, jika perlu tambah garam secukupnya. Masak sekejap. Boleh dihidangkan....

YELLOW RIVER BUN@黄河馒头...PROMOT BLOG 1.

P1250259
Selamat sejahtera semua, amacam pagi nie, semua ok ke?..Hujan tak tempat anda?..Kalau hujan boleh lah lelap2 kan mata, sedapp tu sambung tidur. Ok N3 pertama masak2 ni hari mat share satu resipi roti yang diberi nama "Yellow River Bun", mat dapat dari blog chef muda yang sangat berbakat, iaitu Chef Azli Razali dari blog nya di sini... Seawal jam 5.30 pagi tadi mat dah bangun, terus on9 sambil melawat blog rakan2, masa singgah di blog chef Azli, mat tiba2 rasa jatuh cinta dengan roti ala2 kerabat tu. Kebetulan malam tu memang mat dah siap hangkut semua bahan untuk meroti, jadi kurang lebih jam 6.45 pagi, bibik melayu pun melakukan tugas nya....

P1250261
I tell u, roti ni memang sedap, tapi mat nak minta maaf pada chef terlebih dahulu, sebab mat telah menderhaka sikit, harap dimaafkan yea, tak bermaksud roti tanpa mat derhaka tu kurang sedap, tapi mat lakukan demi menyesuaikan citarasa dalam keluarga kami. Bukan buat apa pun cuma menambah esen vanilla dan pelembut serta penstabil doh saja. Roti ni seakan2 rasa macam roti kek, lagi lah bila ada kismis dalam dia....memang berbaloi mencuba, terima kasih Chef Azli, moga anda lebih suksess yeaa...tu doa DTS-Mat Gebu untuk chef.....Dannn haa, ada lagi satu..sila2 baca bawah ni apa....

Ok, seperti mat janji kan, mulai hari ini setiap N3 masak2, mat akan selitkan 1 blog dari "Sahabat Blogger", kira ni tolong kasi promot..Blog pertama sudah pasti dari blogger bernama "Iqbal Hakimi" dari blog "Iqbal Hakimi jom terbang"...erkk...nak tau apa cerita blog blogger muda ini, sila klik sini....

Ok settel 1 blog, jomm kita semak resipi.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram tepung roti
125 ml susu UHT
11 gram instant yeast (mauripan)
80 gram gula halus @ kastor
2 biji telur*
1 camca teh esen vanilla*(*dipukul sedikit)
50 gram mentega
1 camca teh bread improver (resipi asal tak letak)
1 camca teh bread softener (resipi asal tal letak)
1 camca teh garam halus
130 gram kismis
Sedikit pewarna makanan kuning
Telur + esen vanilla, dikacau, untuk sapuan #
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega, kismis dan bahan bertanda (#). Gaul hingga menjadi doh. Kemudian tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal, jika melekat, tabur sedikit tepung. Masukkan kismis dan uli lagi hingga kismis rata dalam doh (ambil masa 15 - 20 minit). Bulat2kan doh, masuk dalam bekas dan tutup dengan plastik, biar naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 kecuali kismis dan bahan bertanda (#) ke dalam bread maker. Pilih setting untuk doh dan tekan "on". Lima minit masa terakhir menguli, masukkan kismis. Tunggu hingga siap.
  2. UNTUK YELLOW RIVER BUN :- Keluarkan doh, bagai kepada 2 bahagian. Ambil 1 bahagian, kemudian bagi kepada 3 bahagian sama besar. Gelek setiap satu menjadi 30 cm panjang. Kemudian buatkan tocang. Kemaskan dan letak dalam loyang pembakar yang telah di sapu sedikit mentega. Buat kaedah yang sama pada baki adunan.
  3. Perap 45 minit hingga naik sekali ganda, sapu telur dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2. Bila masak, keluarkan dan jika suka sapu sedikit lagi mentega atas roti tadi...

INI LAH PENAIK SEMANGAT KU....TRAFFIC DTS...

Selamat pagi semua, Sabtu dah..sekejap masa berlalu, tak lama kita tinggal kan bulan January, dan selamat datang pulak bulan February. Pagi ni nak share dengan teman2 blogger semua pergerakan DTS dalam minggu terakhir bulan January 2011...Rasa bangga?...Semestinya (part ni buat apa aku nak tipu, dah yang tu aku rasa), tapi tidak sekelumit rasa riak, apa ada makna benda2 ni semua jika tiada anda pengunjung setia DTS. Terima kasih pasa semua..i lep u all..muahhh!!!. Awal2 tahun dulu pergerakan agak stabil walaupun sedikit lemah, nak dapat 7k UV pada hari bekerja pun payah, cuma hampir2 saja,...

Tapi dalam minggu2 terakhir bulan ini, syukur alhamdulillah, Sabtu dan Ahad menampakkan lonjakkan yang agak ketara, biasa cuma 4k+ UV, tapi minggu lepas jadi 5k+ UV, sampai bila akan kekal macam tu, wallah hualam. Dan hari2 seterusnya seperti biasa cuma pada 25HB tu ianya agak menurun, tapi 27HB melonjak balik...erkk pesal eks?.. Kadang2kan mat bukan nak sangat letak N3 macam ni, cuma nak bagi tau pada "mereka2" itu, blog masak2 macam kami ni pun boleh juga maju, boleh juga kukuh, asalkan kerajinan itu ada....SEO?...haha, dulu aku satu patah haram tatau, sekarang ni je tau sikit2, tu pun jiran sepagar DTS, Ben Ashaari yang xplain dan membaca dari sumber di blog teman2, biasalah i kan ortodox, ala2 manusia gua batu...very konservetif person....Ok, ini hanya N3 selingan, jumpa nanti dengan N3 masak2...salam sayang dari DTS-Mat Gebu..

Friday, January 28, 2011

BAKE ALFABET 102...in...PETITE PAN.

P1250251
Hai semua, ni kira N3 terakhir hari ni, tiba2 rasa penat..stress dan ishh tatau nak kata apa lah, pala otak macam ada banyak benda nak kena settle kan, esok hmm...mungkin tak boleh nak update macam selalu, sebab ada urusan yang mesti juga kena buat, kena juga rajinkan diri, walaupun secara jujur, memanggggg maalaassss nak buatt..huhu. Ok lah petang tadi hujan, bila dah hujan aku pun dah mula gatal tangan, menyelemey segala khazanah dalam peti sejuk doraemon, cari apa yang ada. Hmmm, terpandang pasta Alfabet 102 masih banyak berbaki, jadi secara langsung idea datang...."tinggggggg"..yeaa projek pun on....

P1250256
Nampak macam biasa je kan, bila dah buat macam tu, hilang dah alfabet 102, dah jadi seketul ala2 muffin. Tapi kan rasa dia sedap, ala2 murtabak pun ada, ye ke sedap?...Haha of coz lah dear, dah pak cik mat yang buat, gila nkoo nak kata hasil sediri tak sedap..huh sungguh tak memotivasikan diri langsunggg.. Mat buat kurang lebih 2/3 cawan pasta alfabet 102, dan menghasilkan kurang lebih 20 biji, sedap dimakan selagi suam bersama sos cili atau tomato....

Dann...mat guna acuan kecik2 macam dalam gambar tu. cute kann...Boleh beli kat Tesco, Giant, C4 (Carefour) dan juga kedai menjual alat2 baking sekitar tempat anda... Ok sebelum jadi 2 muka surat mat gebu berleter, elok kita semak resipi mudah nihh...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2/3 cawan pasta "alfabet 102"..boleh lihat contoh di sini..
1 keping daging burger, jenama "Ramly", dihancurkan
1/2 biji bawang besar, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan halia, cincang halus
1 camca besar rempah kari daging
1/2 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1/2 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
1/2 cawan santan @ susu sejat @ air

BAHAN KASTARD :-)
3 biji telur gred A
100 ml santan @ susu sejat
Sedikit serbuk lada hitam
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta alfabet 102 dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam, hingga pasta lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun (minyak makan biasa pun ok). Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia, dan bawang besar hingga layu. Masukkan rempah kari, kacau dan tuang santan (atau susu sejat atu air). Kacau dan masukkan daging, serta lada hitam. Masak dengan api kecil sambil dikacau selalu hingga kering. Tambah cili merah dan hijau, gaul rata, matikan api dan sejukkan.
  3. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser acuan comel (macam dalam gambar di atas) dengan sedikit mentega. Ketepikan. Dalam satu bekas, satukan pasta dan juga no. 2, kacau rata dan sudu kan ke dalam acuan comel tadi hingga hampir penuh.
  4. Satuan bahan untuk kastard, kacau rata dan tuang atas pasta tadi sehingga hampir2 tenggelam. Buat hingga siap. Bakar selama 25 minit atau hingga permukaannya jadi kuning keemasan. Keluar dan sejukkan, boleh hidang untuk minum petang..

PARPU TELUR @ PARPU अंडे

P1250247
Hujannnn..hmm sejukk laa, bila hujan mula macam lemau, tak berapa nak rajin, bantal melambai2 manja jee, siap tepuk kat atas tilam suruh kita landing...argh, mana boleh!!, tak suka..tak suka....pantang mat gebu tidur disiang hari, bukan apa, nanti kan mula lah aku hangin, napsu jadi besau kauu...ala2 naga tasik chini, nak marah memanjang...lepas tu mulalah nak menghadap segala benda makan, hadoii, susah sehhh..itu pasal aku pantangg tidur siang, tak pe lah jangan pantang tidur malam sudah...kes berat tu. Ok resipi ni hari mat ambik dari blog MamaFami, di sini.., my idol gitu..serius beb..mama ni rajinnnnnnnnn sangat, apa2 pun kamsia lahh ek, luu kasi share ini resipi kat luu nya blog, ni hari guaa sudah kasi test, not bad i likeee....thanks yea mama....we lep u..perghh..skandalll....pengsaaannn >_<

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 cawan kacang dhal, rendam 1-2 jam (mat rendam 1 jam)
3 biji kentang, kupas, dadu dan rendam
1/2 inc halia*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 biji telur (mat guna 4 biji)
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMIS DARAT :-)
1/2 biji bawang besar, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
2 tangkai cili kering, potong serong
1/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh jintan kasar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang dhal hingga lembut, masukkan kentang (toskan) dan biar hingga kentang empuk. Masukkan bahan2 tumbuk halus, serbuk kunyit dan santan. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  2. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam kuah. Biar hingga telur masak, gunakan api kecil. Bila dah ok boleh matikan api.
  3. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis darat dan goreng hingga harum, matikan api dan tuang ke dalam peiuk tadi. Boleh dihidangkan..





SARAPAN PAGI....MANFAATKAN APA YANG ADA.

P1250241
Hai semua, wahh ber hai-hai pulak dahh si mat, maklumlah sini baru je nak nampak matahari, hujan pagi tadi, baju pun belum sempat sidai sah2 basi tu nanti. Erkk, mula dah memasing gosiip..pstt si mat tu tak keje ke, asyik ada masa memasak jee, hmm mana eks dia dapat duit?. Aku kan merompak bank, kedai2 emas, kedai2 pajak gadai, tu pasal duit aku banyak.. Hahaha, dah2..jangan sibuk2, mana aku dapat duit tu bukan persoalan, janji aku buat benda halal dan tak minjam duit mak abah korang..boleh jawapan macam tu?..Ok tutup kes. Sekarang kita berbalik pada sarapan ni hari. Mat kan kalau sarapan tak de lah kesah mana, biskut osborne yang jenis zaman jepun tu pun aku orait jee. Ni hari abah mat suruh goreng mee, dan mat pulak habiskan baki roti dalam 4 keping, aku heran lah pesal kat rumah ni kan, kalau roti tang tak habis mesti 4 keping...huhh...

P1250244
Mee ni mat goreng cukup cepat dan simple, ingat tak sambal tumis ubi rebus semalam, ada berbaki dalam 1/2 cawan, jadi mat guna jee lahh, malas aku nak kisar2 lada bagai, lagi pun kita manfaat kan apa yang ada. Taugeh takde, guna sayur kobis dan mat letak benda2 lain lagi, tapi nak oter tu agak2 laa, jangan pulak letak kacang bendi ke, terung ke dalam mee goreng, tuu dah derhaka tahap si tanggang...Nampak togel jee mee tu kan, hmmm tapi at least ada lah rasa "mee goreng sempoi"...nasib baik tak semput... :-)


P1250246
Yang ni pulak tau kan, alahh semua biasa buat punya, roti telur, mat buat juga kali ni nampak ada korek2 mayonnaise, jadi kita campur sekali dalam dalam telur tu, ala2 telur dadar akak Sheila Rusly tuu..ala yang manggil2 kat TV, suruh tengok dia goreng telur..eh sedap nkoo lembut dan lunak jee bila dimakan...i relaaaaa....wahhh tetiba2..haha. Sebelum menutup tirai N3 sarapan mat nak bagi tau lah, blog kak jee atau bekas wartawan NST Puan Fauziah Abdul Samad tu mat mula suka, tulisan dia santai dan kelako, tak formal sangat, lagi satu gaya penceritaan tu, mudah difahami...ni bukan nak promot sebab dia bekas wartawan atau penulis skrip, tapi secara ikhlas, blog beliau di sini...

MEE GORENG SEMPOI...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mee kuning
1/2 cawan sambal tumis*(resipi disini)
1/4 biji kobis, hiris, cuci dan toskan
2 ulas bawang putih, dicincang
1 keping tauhu, didadu dan goreng
1 keping fish cake, hiris
2 ekor sotong, dibersihkan dan hiris
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos tomato
2 camca besar kicap pekat
1 cawan air
Kicap cair secukupnya, jika perlu
Hirisan timun sebaga hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan
Belahan limau kasturi
Hirisan daun bawang, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Mee kuning dicuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis dan masak sekejap. Tambah sos tiram dan sos tomato. Kacau rata. Masukkan sotong, fishcake dan tahu. Biar mendidih. Tolak ke tepi kuali dan masukkan kan telur, bila telur mula mengeras, kacau dan hancur kan.
  2. Masukkan kicap pekat dan air, bila mendidih, masukkan mee kuning, kacau rata2. Tambah kobis dan gaul. Masak hingga kobis lembut. Rasa dan jika kurang masin, renjis dengan kicap cair tadi. Kacau dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidang dengan menabur, hirisan cili, daun bawang, timun dan limau kasturi sebagai pembuka selera...

ROTI TELUR MAYONNAISE....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping roti sandwich (mat guna roti Gardenia)
1/2 camca besar mayonnaise
2 biji telur*
1/2 biji bawang besar, cincang halus*
2 tangkai daun bawang, hiris halus*
1 tangaki daun sup, hiris halus*
1/2 camca teh serbuk lada sulah berperisa "aji-shio"*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau hingga sebati)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan non-stick pan, tuang sedikit minyak. Ambil sekeping roti, celup dalam bancuhan telur tadi pada kedua2 bahagian, celup saya jangan lama2. Kemudian letak dalam non-stick pan tadi.
  2. Masak hingga satu permukaan garing, terbalikkan dan masak hingga garing pada satu permukaan lagi. Buat hingga siap, kerat sebelum dihidangkan..