BEN ASHAARI

Saturday, December 3, 2011

TERUNG PEDAS BERKUPANG.....SELAMAT HARI LAHIR KAK YATIE.

rsz_dsc_8372
Salam semua, dah makan?.. Mat masih belum lagi, rasa bosan lah.huhu... Kali ni share satu masakan ringkas dan mudah. Tapi yang tak gemar terung tu pandai2 lah oter, guna sayur lain. Sebenarnya resipi ini bukan satu yang istimewa, hanya sekadar mempelbagaikan menu masakan terung. Mat letak kupang, kalau anda nak ganti dengan udang pun boleh. Lagi satu mana yang tak tahan pedas, anda boleh guna cili merah sahaja, cili padi tu boleh abaikan. Terung tu mat guna terung biru, kalau anda nak guna terung bulat pun boleh. Kalau mat, suka terung lembut sedikit, sebab ia akan lebih manis, lembut tu bukan lah sampai hancur, cuma empuk dan tak liat....Oh yea dah terlanjur ni mat nak ucapkan selamat har lahir pada.........

Kak Yatie dari blog "Sinar Kehidupanku* di sini. Selamat hari lahir Kak Yatie, moga panjang usia, dimurahkan rezeki, berbahagia disamping anak2 dan suami tercinta. Terima kasih juga pada akak yang memberi sokongan pada blog DTS ini. Moga Kak Yatie dan keluarga dilindungai Allah swt...amenn..

TANGKAS BERENANG SI IKAN KELAH,
BILA DIPANCING OLEH PEMBURU,
HIDUP BAHAGIA DIBERKATI ALLAH
DARI MAT GEBU TUAN TIFFINBIRU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji terung biru, kupas sedikit kulit, belah dan dan hiris serong, rendam
1 genggam isi kupang, cuci dan toskan
1/4 trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning) didadu dan cuci, toskan
1 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap cair
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji bawang besar*
2 biji cili merah*
10 biji cili padi*
1/2 inci belacan*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Tambah kicap cair dan air, kacau dan masukkan kupang dan masak sekejap.
  2. Tambah trafficlight capsicum, kaca dan tambah terung, kacau dan masak hingga terung lembut. Tambah sedikit garam (jika perlu) dan sedikit gula. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan lauk2 lain...

5 comments:

Yatie said...

Assalamualaikum Che Mat,
terima kasih atas ucap selamat ni, gembira dan terharu di buatnya....terima kasih juga berkongsi ilmu masakan pada kami semua..jasamu di kenang..

Mat Gebu said...

@ kak yatie - sama2 kasih kak, dan terima kasih juaa utk akak...suka tgk wajah kak yatie yang sejuk dan penuh sifat keibuan...

azila said...

salam en.mat...aah, kalo ganti ngan kerang pon blehkan?maklumlah...jenis darah rendah ni..suma kena tukar ke kerang..hehehhe

Sis-Lin said...

nsb aku xde darah rendah, klu x abs peberet aku kupang ni x leh makan..hehehehehe

Cik Sara said...

trafficlight capsicum tu apa che mat? 1st time dengar..heeee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.