BEN ASHAARI

Saturday, December 17, 2011

RENDANG LOKAN

rsz_dsc_0093
Salam malam, entri terakhir malam ni mat share resipi rendang lokan. Tu hari ayahanda pergi Pontian dan dalam perjalanan balik dia beli lokan. Selalunya lokan ni mat suka buat rendang, dan ayahanda pun memang suka cuma kena masak ikut gaya dia, jangan pedas, kalau ikut gaya mat gebu, mau berasap telinga memasing....pedas lagi sedap sebenarnya. Mat guna kurang lebih 1 1/2 cawan isi lokan yang telah direbus. Lokan ni selalunya kena rendam semalaman bagi dia melalui proses pengucian kotoran, maksud mat dia akan keluarkan pasir yang ada. Jadi nanti masa makan takdelah rasa ke pasir annya. Masaknya mudah dan ringkas, tak sama macam masak rendang ayam segala. Bagi mereka yang tak makan daging atau ayam, mat syorkan rendang lokan untuk dimasak pada hari raya, dan ia memang sesuai dimakan bersama nasi impit, lemang,nasi dan roti.....jom baca macam mana mat masak...tapi sebelum tu..bagi mereka yang tak pasti rupa paras lokan macam mana, boleh lihat gambar bawah ni yea.....

(Gambar kredit pada blog ini.. terima kasih)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan isi lokan
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/3 cawan santan pekat
1 camca besar penuh kerisik
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)
1 keping asam gelugor
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak kelapa untuk menumis (boleh guna minyak masak biasa)

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci belacan
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus bersama rempah kari, gaul rata. Panaskan minyak kelapa dalam kuali, tumis bahan kisar halus + rempah kari tadi, hingga wangi, masukkan cili kisar, daun limau purut dan asam gelugor, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
  2. Tuang air dan santan, kacau dan masak hingga sedikit pekat. Masukkan lokan dan kerisik, gaul rata dan kecilkan api, masak hingga pekat. Tambah gula melaka dan garam secukup rasa, terus memasak hingga hampir kering tapi masih lembap.
  3. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul dan rasa jika ok boleh matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi, ketupat atau lemang.....sedapp, kalah rendang daging..seriuss nihh!

3 comments:

aeinio said...

rendang lokan memang best....

Tynie la fea said...

Tak pernah mkn lokan.. Mcm mana rasa dia ekk?

QASEHNYA RANIA said...

wow, sedapnya rendang lokan ..=)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.