ASIAN STYLE SPAGHETTI OLIO.

rsz_dsc_1385
Salam pagi Khamis semua, dah sarapan?. Mat hari ni sarapan lewat sikit, sebab bonda berpuasa, jadi masak petang. Untuk yang tak berpuasa, makan je lauk yang ada, kasi habis. Pagi ni kita makan spaghetti olio, tapi kali ni sudah derhaka sikit, kasi asian twist dalam dia. Bila dah sebut asian tu rasa dia pun ada lah lain sikit, tapi masih asli. Masih guna minyak zaitun. Mat guna dalam 200 gram spaghetti angel hair yang belum direbus. Kalau anda nak guna spaghetti biasa pun boleh. Mat letak juga traffic light capsicum dan udang sebagai rencah dan ada hirisan bunga kantan juga dalam dia..kata asian kan, jadi tak salahlah. Tapi mat pasti, bila mat buat satu resipi macam ni, mesti ada orang2 yang pakar, teruatama chef2 bertauliah jika mereka singgah, akan befikir a bit blurr dan tah hapa2 si mat nih, eh ini bukan perasan atau saja nak cerita, mat pernah dah kena tegur dulu, tapi kita ambiklah the positive side, cuma mat nak tegas kan di sini, mat gebu bukan tukang masak profesional dan bertauliah, dan bila satu2 resipi itu berada dibawah label "FUSION", you as a well educated chef should know...rite..jadi fikir lah sendiri..tu saja..Kita semak resipi pulak...untuk yang berminat SAHAJA!...

Fillet Anchovies dalam botol yang mat guna untuk resipi ni, guna 1 - 2 ekor sudah memadai, ianya masin dan berendam dalam minyak zaitun. Selain dalam botol, ia juga terjual dalam tin kecil, boleh didapati di Mydin, Jaya Jusco dan Cold Storage..tempat2 tu saja yang mat tau ada jual, mungkin di KL ada merata tempat anda boleh cari...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus dalam air bergaram hingga lembut, toskan
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1 kuntum bunga kantan, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
2 keping fillet anchivies dalam botol, potong kecil
7 ekor udang saiz besar, buang kulit, cuci dan toskan
1 biji tomato, cincang halus
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar sos cili thai
Sedikit sos ikan
Hirisan cili padi untuk hiasan
Hirisan daun kucai untuk hiasan
Serbuk lada hitam jika suka
Minyak zaitun untuk menumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih, hirisan bunga kantan dan tomato hingga layu. Masukkan sos cili thai, trafficlight capsicum dan anchovies tadi. Kacau rata dan tambah udang. Masak hingga capsicum lembut dan udang berubah warna.
  2. Masukkan spaghetti dan gaul rata2 hingga semua sekata. Rasa sedikit dan jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap dan jika ok, boleh matikan api. Tabur hirisan daun kucai, cili padi dan baki bunga kantan tadi. Hidangkan.

Post a Comment

10 Comments

  1. gulp.

    buat saya teringin nak berolio je harini. telepon pizza hut delivery lah!

    ReplyDelete
  2. wah nampak sedap la...letak udang !!! yummy, adik sy ada buat spiral carbonara.letak hotdog black pepper,sedap bangat !!!

    ReplyDelete
  3. GLUUUUUUUUURP TELAN AIR LIUR....

    NAK UDANG LEBIH YE....SAYUR TAK NAK BANYAK

    ReplyDelete
  4. wOw...nampak udang yg memukau tu bergetar~ perutku! ^^

    ReplyDelete
  5. sedapnya cmg.....meleleh tgk udang besar2 tu.....

    ReplyDelete
  6. nanti mat masuk masterchef tau! mesti juara..confirm!

    ReplyDelete
  7. tak pe pak cik Mat, mungkin mereka rasa tercabar kerana mereka pun tak mampu fikirkan resepi kreatif mcm ni:P pak cik Mat tetap seorang 'chef' yang hebat bagi saya:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.