BEN ASHAARI

Tuesday, November 1, 2011

KETAM MASAK LEMAK BEREMPAH...

rsz_dsc_5335(2)
Entri terakhir malam ni, ingat nak letak esok, tapi takpe lah. Ini semua gara2 tergeram tengok ketam masa pi pasar basah di Parit Jawa Muar tempoh hari, besar2 dan segar. Harga ada sikit mahal lah RM 24 sekilo, tapi untung beli sebab isi dia banyak. Sebab saiz dia besar 4 ekor siaa sudah lebih 1 kg..huhu. Seperti biasa, orang2 kat rumah lebih suka masak lemak, jadi mat masak lemak berempah campur sama nenas...hmmm, memang ngam. Tu hari masa singgah di rumah Mak Jah, geng kolek PML (pingggan mangkuk lama), dia hidangkan masakan ketam, aduhh terangkat sehh mak jah masak, tapi paling suka sekali itu kangkung belacan, belacan dari Sarawak. Ok..sebelum mat tulis resipi, meh singgah sini kejap... Dah tengok? Ok tak kalau letak kat dapur.. tak pun kat bilik tidur, senang kalau nak makan ubat kan..tak yah pi dapur memalam hari kan.... ^__^
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 -5 ekor ketam bunga (sepit warna biru)
1 biji nenas madu, hiris
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping sam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 biji buah keras
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 camca besar penuh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
4 biji cili merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, buang kulit kerasnya, sepit ketam diasingkan dan ketuk sedikit. Ketam dibelah 2 setiap seekor, cuci bersih dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan serai dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ketam gaul rata dan bila ketam berubah warna, tuang santan cair. Bila mendidih, masukkan nenas dan asam gelugor.
  3. Masak hingga nenas lembut, tambah daun limau purut dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula Biar mendidih dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

11 comments:

Faz Abas said...

den goma kotam masak lomak cili api pure orang nogori masak, tapi yang ni okay gak kot (sb tak pernah cuba lagi)...

Nieza said...

perghh... tgk msk lomak ketam cik mat ni memang menyelerakan...nak kena pi cari ketam jugalah nanti:)

JIJI YU said...

tolong kopekkan leh tak

Rtp Farra Arisha said...

heee sedapnya ketam masak lemak berempah..last time mama arisha masakkan menu ini, and it tastes very delicious :'D
for the next time, arisha bolehlah cuba masakkan sendiri and refer to your recipes. can i? :)

Shabby said...

my fevret ni.. sedapnye.. :)

KITA said...

sedapnya...rajin mat gebu ni masak

Zulfikar Hazri said...

salah satu masterpiece dan lauk faveret keluarga aku mat...

tapi ketam masak lemak cili api pekat je la..

bila ko buat yang berempah ni, first time jumpa.. kena try weeknd ni..

azura samsuddin said...

tgk ketam mat gebu ni teringat masa makan mee ketam ritu sungguhlah sedap, kalo masak cmni pun sahlah jugak sedap .... mabeles

Sis-Lin said...

Sepit dia tu bg kat aku yek..heheheee

Isteri Encek Bard said...

KETAM KLU DAPAT HABIS KU SEDUT2 ISI2 DALAM DIA....

wiahmunsyuk said...

wow sunguh sedap saya tengok

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.