BEN ASHAARI

Friday, November 18, 2011

KARI IKAN SENANGIN....I LIKEE!!...

rsz_dsc_6931
Assalammualaikum, dah makan tengah hari?...Hmmm, mood dah ok, terima kasih pada semua, terharu sebenarnya dan pada sahabatku itu, terima kasih juga..huhu. Sebab perasaan mat ok dah, maka mood masak pun sudah mari, tapi bukan lah masak yang meletop sangat, cuma masak biasa2 saja. Hari ni mat masak kari mudah ikan senangin. Guna santan sikit saja dalam 1/2 cawan macam tu. Ikan senangin ni pada mat paling sedap masak kari, kalau asam pedas ok juga. Nak pulak ada bendi atau terung..memang ngam lah. Selain sedap dimakan bersama nasi, ianya sesuai juga sebagai pencicah untuk roti canai atau roti jala. Untuk kali ini mat campur rempah kari ikan dengan rempah kari daging, saja nak derhaka sikit..tapi rasanya kan..kan..kan...hmmm, sendiri try test cuba nanti okeh. Eh dah lama kan tak link kan entri bess. Kali nak link entri pasal sikap2 blogger di sini.....hmmm, macam2 lah dia orang ni kan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan senangin saiz sederhana
10 batang bendi kontot, cuci dan buang pangkalnya
2 biji tomato, belah 4 setiap satu
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis (optional)
1/2 camca teh serbuk kunyit
2 camca besar rempah kari ikan (jenama Baba's)*
1 1/2 camca besar rempah kari daging (jenama Baba's)*
3/4 cawan air*(*dibancuh dan kacau rata)
1/2 cawan pati santan
Air secukupnya

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, asingkan dari tangkainya
4 biji bawang merah, hiris
1 inci halia, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris
3/4 camca besar halba campur

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat pada beberapa bahagian, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan masak hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan terus menumis hingga rempah garing dan terbit minyak, guna api kecil.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata dan bila menidih, masukkan ikan dan bendi. Tambah kiub ikan bilis (jika guna) dan air asam jawa. Kacau berlahan. Tambah santan dan perasankan dengan garam dan gula secukupnya. Biar mendidih perlahan.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, rasa kuahnya dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato masa dengan wap panas dalam periuk tadi. Tunggu sebentar dan boleh hidangkan bersama nasi, roti atau lempeng..

12 comments:

mas saari said...

kurang suka dengan kari!
tapi husband hantu kari, so kenalah masak...heheheee

aimie amalina said...

yay!
alhamdulillah pakcik mat dh lega =]

sedapnye kari
ayah mimi kalo x de kari ms mkn, x sah
hehhehee

Mat Gebu said...

@ mas saari - besar pahala berkorban masak kari untuk suami..kan..kan..kan.. ^___^

ika~~ said...

sy mmg suka kari..
hari2 mkn pn xbosan!

whitecappuccino said...

terliur kari ni..

Cik Pulau said...

ikan senangin??

Tina Othman said...

nyum, sedapnya, suka kari yg ada letak bendi, terung

penaGlow said...

memang maveles! tp Mat ada beza ker rempah kari ikan & kari daging tu kalau di campor? apa kelebihannya tu yer? tq

Luqman Hakim said...

wah luq suka makan curry ikan ni..lagi0lagi ikan tengiri..huhu terbaik BOS

JIJI YU said...

org kata mesin tomato lagi bes ye ke

Nina Mirza said...

Alamak ..... !! Menyelerakan sungguh Kari Ikan Senangin CMG
Nina mmg fav Ikan Senangin :))
Goreng pun sodapppp !!
hehehe

Faiz said...

saya suka ikan senangin..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.