BEN ASHAARI

Thursday, November 3, 2011

HATI LEMBU MASAK LEMPAB.

rsz_dsc_5648
Petang semua, buat apa tu...ada yang nak pergi mana2 ke? Sekarang ni musim hujan jangan lupa bawak payung. Ok mat nak letak satu entri, tapi mat masak untuk tuan terutama, mat pun tak boleh makan sangat hati lembu...huhu Bagi yang tak makan hati lembu, mat minta maaf lah, tapi anda boleh tukar dengan daging batang pinang. Masakkan ini mudah sangat. Tapi hati lembu tu kena perap sekurang2nya 4 jam, baru mesra dengan rempah ratus. Kalau nak perap semalam lagi bess. Mat guna kurang lebih 500 gram hati lembu. Tak lama lagi kan hari raya korban, mesti ada yang dapat daging atau hati, boleh cuba nanti...Pstt..klik sini kejap....amacam ada yang minat ke?.... ^__^

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram hati lembut, hiris nipis, cuci dan toskan
2 camca besar kicap manis
1 camca besar kicap cair
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia muda, hiris
1/3 cawan air
1/2 camca besar gula melaka
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Hirisan cili merah/cili hijau untuk hiasan
Hirisan daun sup untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 inci halia
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Hati lembu tadi digaul bersama bahan2 kisar halus, kicap cair dan kicap manis hingga rata. Masukkan dalam bekas, dan perap 4 jam atau semalaman, dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga harum, masukkan hati lembu bersama2 bahan perap tadi, gaul rata dan masak hingga hati kecut. Tambah air, kacau dan bila mendidih, kecilkan api dan dan renih hingga pekat.
  3. Tambah gula melaka, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam (mat tambah sedikit kicap cair). Matikan api dan tabur hirisan cili hijau/merah dan hirisan daun sup sebelum menghidang.

12 comments:

laskar pelangi said...

adesss...terliur

amniey91 said...

wah..sedapnya..ni daging lempab ke lembap??hihi...:D

JIJI YU said...

uhmm..camne le rasanya ek

Totie@Tomy said...

yummy...

Isteri Encek Bard said...

makan ngan nasik panas sedap ni... kalau perap lama, lagi meresap kedalam...

Ely Hasrul said...

sedapnye.. terliur ibu mengandung. dah la xbleh mkn hati byk2 kena seciput aje. napa la bila pegnen aje suka mkn hati lembu.. iskk.iskk..

umi's cup cake said...

umi kena makan banyak2 ni sebab kurang darah...sedapnya

Faz Abas said...

orang nogori ada juga masakan nama lempab (guna daging)...tapi rupa dan cara memasak sungguh berbeza.

Haire Iskandar Ahmad said...

sedapnya.....

Cik Bambam said...

baru pas mkn hati lembu msk kicap semalam! hehehe.. ni resipi baru.. leh lar try! :)

Yaati Nor said...

sedapnya lempap..ayah saya selalu buat time raya haji..tapi thn nie raya belah umah Mertua..alamak rindu la lempap ayah dan kekecohan dia suruh kami potong daging nnt..huhuhuhuh

Suria Zainuddin said...

hmm nak tanya raya nie ingat nak buat soto, boleh ke guna resepi soto ayam tu tapi tukar ayam dengan tulang/daging ?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.