BEN ASHAARI

Sunday, November 20, 2011

ASAM KARI IKAN SELAR..

rsz_dsc_7224
Salam petang Ahad, dah makan, ada yang pi jemputan kawen kan...ehem ehem pada adik Sis Linn, mat ucapkan selamat pengantin baru pada adik perempuan beliau Marliana Bt Mohd dan pasangan Muhammad Zaidi B Abdullah.. Moga berbahagia hingga anak cucu, insya Allah. Ok menu untuk entri ni mat tak boleh nak jamin anda menggermarinya, tapi mat suka, ini macam typical peranakan nya masakan. alaaa biasalah si mat tuu, sapa tak tau kan. Kali ni guna ikan selar, tapi jenis bersar, kalau kecik tu kita panggil selar kuning. Mat masak dalam 2 ekor sahaja, memandangkan saiz ikan agak besar, jadi memadai lah untuk kami yang penduduk tak ramai ni.

rsz_dsc_7229
Kalau anda perasan mat dah banyak kali juga letak entri ni di DTS. Asam kari ni ibarat gabungan antara asam pedas dan kari. Ianya sedikit masam, tapi kita dah kasi dia seimbang dengan sedikit rasa manis dari gula. Anda boleh letak terung atau bendi, tapi mat cuma ada tomato. Penggunaan daun kesom dan bunga kantan antara benda wajib bagi mengekalkan identiti asam kari. Hmmm..mat rasa penat lah...Jom kita lihat resipi, tapi sebelum tu jom cuci mata dengan gambar2 ini....dia ni lah orang yang suka panas2 kan aku beli DSLR...Ehh..nak kasi satu pantun dulu.....

INDAH SUNGGUH BATIK SUTERA,
CANTIK DIPAKAI TAK KIRA BANGSA,
KARI ASAM MENGGAMIT SELERA,
BIAR SEMALAMAN LAGI TERASA.


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan selar, siang, cuci bersih dan kerat 2 setiap seekor, toskan
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua
3/4 cawan jus asam jawa
1 1/2 camca besar rempah akri ikan*
1/4 cawan air*(*bancuh dan kacau rata)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1 kiun ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, tambah rempah kari, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan. Masak hingga ikan masak, tambah daun kesom dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain. Masakan akan lebih sedap bila dibiarkan untuk beberapa jam..

6 comments:

Aza/Rin/Na said...

alahaiiii...sedapnya cik Mat ! akak ni mmg fail masak kari - tkat boleh makan anak2 je, kalau tanya en suami, mesti katanya kari mak dia lagi sedap ... hmmmm
pepun, kelmarin akak buat kek oren cokelat ikut resepi cik Mat, makasih bebanyak - menjadi ... :-)
assalamualaikum

JIJI YU said...

siyes..takpernah makan

p!nkitchen said...

2 in 1..asam pedas n kari..mesti sedap nie...:-)

Amie said...

ohooo...kalau menu asam kari...dapat kuahnya pun jadilah....sedap!

sue bee said...

erkkk..rasa lapar lah pulakk..

Niena Pengembara Ilahi said...

penah makan..sedap :D