BEN ASHAARI

Monday, October 17, 2011

TUMIS RAMPAI SAYUR BERPETAI....NAK MINTA TOLONG BOLEH?

rsz_dsc_3743
Dahhh malam, kejap lagi dahh nak tidur..Esok jika dipanjangkan usia kita berada di hari baru, yang penuh dengan rahsia Allah...taktau apa yang akan berlaku, cuma kita boleh berdoa, moga hari esok lebih baik dari hari sebelumnya. Jika berlaku apa kejadian itu sudah ketetapan Allah. Ok malam ni mat nak share satu masakan simple berpetai, abah mat suka style macam ni, dia ala2 sambal goreng jawa, tapi not to jawa, kira dan fusion lah, boleh dikatakan ni jawa pranakan nya gaya...pstt sebenarnya kan mat takut nak tulis2 sebarang, sure aku kena hetam punya dibelakang hari..huhu, takpelah tu hak mereka nak kata apa, dan blog aku, resipi aku masak dan itu hak aku juga nak tulis apa, bukan pi songlap resipi orang then ngaku sendiri punya..betul tak. Hmm, jadi untuk entri terakhir malam ni, mari kita lihat cara mat sediakan resipi ini.. Sebelum tu mat nak minta jasak baik anda singgah ke blog ini dan vote untuk satu video yang sangat menarik. Terima kasih atas masa anda.... ^___^

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/4 bahagian kobis bulat, hiris, cuci dan toskan
10 tangkai kacang buncis, hiris serong, cuci dan toskan
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 keping tauhu, dadu kecil, goreng dan toskan
2 keping fucuk@tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 cawan isi udang, cuci dan toskan
2 papan petai, ambil isinya
1 keping asam gelugor
1 camca besar sos tiram
1 camca besar cili kisar
1 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
1 biji cili merah, hiris serong
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga cili garing. Masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah udang dan belacan. Kacau dan masak hingga udang berubah warna. Tambah sedikit air dan masukan petai, tauhu dan fucuk (toskan). Kacau rata.
  2. Masukkan kacang buncis dan kobis, gaul rata dan tambah soo hoon.dan asam gelugor. Bila pekat perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga sayur tadi kelihatan kering, akhir sekali tambah hirisan cili merah, gaul rata. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 kegemaran anda.

13 comments:

Isteri Encek Bard said...

wahhhhh sedap tu petai.. okeh iEB vote..

MamaFaMi said...

Petai, petai ni sensitif la... teringat petai yang TERLUPA nak bawak balik raya tahun lepas!!! Huwaaaa.... andai bisa ku putar kembali waktu yang berlalu... uhuk uhuk....

laskar pelangi said...

woooo terliur ni tengok petai....

CitarasaKu said...

nampak sedap ..sangat..bila EnMat sebut sambal jawa..teringat pada masakan ini. Boleh tak saya pohon EnMat sertakan resepi sambal jawa saya pernah merasai nya dan sedap tapi tak pandai nak buatnya.Haha harap EnMat sudilah kita teringin sangat nak buat. Terima kasih

Ms Ef Abas said...

pertolongan yang diminta telah diselesaikan. now nak pegi masak...eh! keje lah...

Amni said...

kalau petai, memang fav... tak kisah la masak macam mana.. memang sangat suka petai.. lagi la kalau masak sambal... confirm bertambah nasik..

Oh Oeya said...

As salam CMat.
Selamat pagi.
Semoga sihat sejahtera sekeluarga.

Suka yang tanpa petai heheh..

JIJI YU said...

bes ni..

Iffah Afeefah said...

Rupe cm sambal goreng jawa pulak

Nadia Harnisa said...

Ye macam sambal goreng jawa..

Kalamhati said...

rasa cem nak nanges je..huk mekasih pcm..KH sgt berterima kasih sbb sudi bantu promote video tu..Hanya Allah dpt balas semua kebaikan ni..moga pcm bertambah murah rezeki..amin

Niena Pengembara Ilahi said...

hehehe kak wan tu.. happy la tu :D

Niena Pengembara Ilahi said...

hehehe kak wan tu.. happy la tu :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.