MUFFIN JEM RASPBERI....

rsz_1dsc_4218
Malam semua, jomm makan muffin, hari ni saya lah menerai sejenis muffin ni. Semalamkan masa soping barang2 dapur dengan itu anak dara ku, kami beli spatula. Dekat kertas pelekat spatula tu tertera 2 resipi muffin, satu blueberry muffin dan satu lagi chocolate muffin. Tiba2 mat nak mencuba lah salah satunya, dan boleh juga bawak esok sebagai buah tangan. Tapikan muffin ni saiz jumbo...pada mat lah ia agak besar, dan satu yang mat suka, dia guna soft brown sugar, jadi tak delah manis sangat. Tapi tulah, korek2 dalam peti sejuk cari blueberry filling, semua dah licin, nasib baik ada jem raspberry jenis tak manis. Mat guna sebagai ganti....

rsz_dsc_4236
Dari apa yang mat tau lah kan, muffin dia tak sama macam cupcake, terutama dari segi teksture. Cara membuatnya pun berbeza. Selalunya muffin kaedahnya ialah bahan basah kita masukkan ke dalam bahan kering, kemudian gaul pantas dan tidak boleh terlebih gaul. Kalau cupcake kaedahnya sama macam kek. Teksture muffin sedikit keras dan dalamnya berongga agak kasar. Kalau cupcake lebih lembut dan halus seperti kek biasa. Ok malam ni mat nak sangat anda singgah dan baca mengenai kesah seorang isteri yang menderita bila suaminya koma.. di sini. Hmmm, terims kasih Ben atas info...

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
  2. Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
  3. Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem raspberry.
  4. Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...

Post a Comment

8 Comments

  1. ya ampun cik mat..
    malam2 ko tayang pulak muffin..

    sat2.. dalam setengah jam ayu sampai ya..
    hahahhahah...

    gebu ko, dengan jem yang nampak sangat menusuk ke jiwaku.. seksiii

    ReplyDelete
  2. salam Cik Mat,

    walaupun sy jarang makan muffin tapi ini nampak sungguh sedap ^_^

    ReplyDelete
  3. erm sal isteri tu..mmg tabah le..hurmm..

    ReplyDelete
  4. Waduh2 sedapnya.. ( walaupun hanya dpt melihat gambar je) Rajinnya CMG ni..

    ReplyDelete
  5. wahhh...saya ada blueberi!! nanti leh try~

    ReplyDelete
  6. As'salam Mat

    Macam jeles pulak lah bila dengar dapat gi shopping barang dapur, k.ct masih tunggu driver kata ON jer terus jalan..hahaha

    Mat kadang2 kalau kita beli loyang ker susu ker mesti ada resipi gak kan. k.ct selalu simpan mat. kot2 nak cuba buat tapi tak buat2 pun..hehehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih MG kerana sudi share link utk entry derita isteri. Hanya Allah saja yg dpt membalas usaha baik MG. Moga dgn bantuan semua, deritanya berkurang.

    ReplyDelete
  8. hurm....look nice n yummy...bleh try ni. CMG nak request resepi macaroon bleh x? heheheh xpandai nak buat...makan suka.. :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.