BEN ASHAARI

Tuesday, October 18, 2011

BUNGA KUCAI BERDAGING ALA THAI..

rsz_dsc_3872
Salam semua, selamat petang...hmm, tu lah masa ni, kalau zaman dulu2 masa mengejar manusia, tapi sekarang ni, manusia pula mengejar masa. Mat cadang nak up satu entri jam 10 pagi tadi, tapi tak sempat, sebab ada kerja menunggu, bila keje semua dah settle, sekali tengok jam dah tiba masa untuk masak tengah hari. Jadi sekarang ni pagi mungkin jarang mat update. Lepas jam 12 tengah hari insya Allah. Hari ni mat cuba masak bunga kuchai, mat memang dah biasa nampak bunga kuchai ni dijual samada dipasar basah atau pun pasaraya, cuma tak pernah rasa. Tempoh hari Sis Linn dan juga Datin Jun ada masak sayur ni. Jadi mat pun nak juga mencuba. Boleh dikatakan sedap lahh dan kena dengan apa gaya masakan anda dan rencah pula ikut kesesuaian anda, samada udang, ikan bilis ataupun daging. Kali ni mat goreng dengan pes tomyam dan campur tauhu sekeping yang digoreng sedikit...aduhh meleleh okeh..ala2 mengidam gitu,...macam cerita kat blog ini...pasal isteri mengandung...cer masuk..

Buat anda2 yang tak pasti macam mana lah rupa bunga kuchai, sila tengok jelas2 yea gambar tu, haaa mesti anda perasankan ada terjual di pasar2 basah dan juga hyper2 market seperti Tesco, C4, Giant dan sebagainya. Rasa dia sedikit kebawangan tapi lite2 saja dan manis. Mat sebenarnya masak ikut apa bahan yang ada kat rumah, bukan sesuatu yang susah dan complicated. Jadi kalau nak test rasa macam mana, nanti boleh cuba..Ok mat tulis resipi ringkas dan cepat ni...Jommmmmmmmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bunga kuchai (seperti dalam gambar di atas)
300 gram daging batang pinang
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.

11 comments:

Jiejah @ Iza said...

salam cikmat
saya x pernah masak kucai yg ada bunga ,boleh la cuba lepas ni ;-D

Iffah Afeefah said...

Macam sedapppp je

kakchik@ella said...

Alahai cik mat ni, bikin gue tergoda jer. mau ke laut diet Kak chik cik matttttt ..

missalongwani said...

wani xtau pon che mat..yang kucai ni buat sayur camnih..slalu beli bnyak2,buat CKT or cucur udang..last2 xtau nak wat per yang lebih2 tu..biar camtu je..last2 rosak..skarang baru tau leh dijadikan sayur..TQ che mat..nnti xmo mmbazir lagi la...

m@kde said...

Merujuk kepada artikel Black Fondant Cake..January 23, 2009..
Saya ingin meminta pandangan dari saudara Cik Mat
1. Boleh saya tahu jangkamasa Cake fondant?
2. Baru-baru ni saya mencuba..di mana suatu ketika tetiba ia menjadi cair atau lembik..harap saudara Cik Mat dapat membantu persoalan ini..
Sekian terima kasih..

ShashaCatering said...

Wah! Hari ni satu kelainan. Bunga kucai, nanti kena try gak nih.
Cik Mat, thanks for sharing ;)

JIJI YU said...

waaa..thnks papa..tunjuk gambar bunga kucai

JIJI YU said...

waaa..thnks papa..tunjuk gambar bunga kucai

Jun said...

wahahahaa...akhirnya ko masak juga ini bunga ye mat...sedap jugak kan? tp family akak x mkn..kira kalu masak sepinggan tu konpem akak punyer soranglah..adehhh

Oh Oeya said...

Eh! Lama tak masak bunga kucai ni.. Kita suka dgn udang heheh..

pelangi sepi said...

wah macm sdedap jer.....bleh try....

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.