BEN ASHAARI

Tuesday, October 25, 2011

APAM BALIK....RESIPI HANA JEPUN..

rsz_dsc_4555
Salam malam, apa buat tu. Masih hujan sini, petang tadi saja2 lah buat apam balik, tapi pada mat ia lebih macam pancake, cuma ada sikit berbeza. Mat buat guna non-stick pan saiz 20 cm. Lenser dengan sedikit minyak, jangan banyak, cuma sapu dengan paper towel bersih yang dicelup dalam minyak masak. Mat guna kurang lebih 1/3 cawan adunan sahaja, menghasilkan kurang lebih 5 keping apam balik, tapi kan serius kata, takdelah macam apam balik pasar malam, ini kira homemade punya....

rsz_dsc_4570
Hmm, tapi kan, apam balik ni tak sempurna sangat..huhu, kacang tumbuk takde, kacang merah tak de, cuma ada jagung krim saja...jadi lah, dah tu saja yang ada. Kalau anda nak buat, dan nak sedap, jangan lupa kacang tumbuk sekurang2nya, kalau kacang merah tu tak de pun takpelah. Sekarang ni kalau tengok apam balik pun dah mengalami evolusi, ada tu diletak pulut hitam dan kelapa. Apa2 pun terpulang pada citarasa masing2, kalau asyik yang sama, rasa bosan juga kan, sekali2 pembaharuan apa salahnya...Ok mat tulis resipi yang asalnya dulu mat dapat dari blogger masak2 Hana Jepun...manalah hana agaknya, dok menyepi saja sekarang ni... Blog pilihan DTS kali ini ---> di sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
2 camca besar gula halus
3/4 cawan susu segar (mat guna 2/4 cawan susu sejat + 1/4 cawan air)
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur
1/4 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 camca besar mentega cair
Secubit garam

BAHAN TABUR :-)
1/2 cawan kacang tanah, ditumbuk kasar*
2 camca besar gula pasir*(*disatukan)
3/4 cawan jagung cream
Sedikit mentega atau majerin

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam bekas, satukan telur dengan gula, pukul hingga sebati. Tuang 1/2 cawan susu dan kacau rata. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder, kacau rata dan tuang baki susu tadi. Masukkan mentega cair dan garam. Kacau hingga semua rata dan sebati. Ketepikan selama 15 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, gunakan api paling kecil, sapu permukaan kuali dengan minyak (mat sekadar lap permukaan kuali dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak masak). Bila panas, sendukkan bancuhan tadi anggaran 1/3 cawan, rata dan dia biar sekejap.
  3. Tutup permukaan pan tadi, bila kelihatan berbuih dan kering, boleh sapu sedikit mentega dan ratakan krim jagung, dan kacang tanah + gula pasir tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan lipat dua. Ulangi proses hingga siap. Boleh dihidangkan..

10 comments:

Sis-Lin said...

Nampak lembut sangattt....aku belum prnh sekali bt apam balik, takut terbalikk laa huhuhuhu

laskar pelangi said...

adui...gebu tuuuuuu..makan time hujan ni sedapppp woooo=)

Luqman Hakim said...

huhu nampak sedap..tapi luq tak suka makan yg tebal.!! haha

Iffah Afeefah said...

Aah sme ngn luqman

ske y nipis je

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

teruja saya tgk...mmg nmpk sgt lembut .kena cr tepung dulu.tak la susah sgt rupanya.

aimie amalina said...

heee
suke apam balik
suke yg nipis gak yg kecik
heehehe

Tihara said...

salam cik mat..esok kt tpt akk ada pekan sari, pekan rabu..nk g terjah apam balik kt situ..tp yg mat buat ni nipis, lg sedap :)

-atiQah- said...

apam balik kalau ada kacang tumbuk dgn jagung pun dh cukup sedap. hehe. kalau tambah pisang, kacang merah etc lg sedap..

p/s: tulah dts, sy pun suka sgt tgk blog kak hana jepun. mana dia ye? rindu nk tgk dia update entri.

BeloG MTT said...

Nampak lembut.. Mesti shedap kalau masuk dalam anak tekak nihh.. Hikhik

p/s : Terima kasih PCM sebab BeloG MTT terselit dalam blog pilihan DTS dalam entri ni :')

qella stella said...

alaaa....cdap nyer..
lame dah x makan apam balik ni..
balik rumah t boleh la buat kn..
tq ats resepinyer^^