BEN ASHAARI

Monday, September 5, 2011

MI GORENG KICAP RINGKAS...

P1300947
Jommm makan mi goreng...jemu dah melantak kari, ketupat, tapi kalau soto tak jemu, sebab tak bersantan, kira lite-lite saja kan. Ni mat goreng semalam, masa tetamu datang, serba ringkas saja. Sebab mereka datang pun dah petang kan, jadi kira minum petang saja lah berserta kueh2 raya dan kek. Kadang2 jemu juga masak mi goreng ni, tapi kalau dah darurat, ini je paling cepat kita boleh buat, janji bahan2 dah ada. Kalau minggu lepas, masa macam ni kita tengah sibuk menyiapkan segala benda untuk dimasak tapi hari ni orang dah mula kerja dan anak2 pun mula bersekolah. Nak beraya pun ada kemungkinan pada hujung minggu atau waktu2 lepas masa bekerja. Ok kita semak resipi pulak...'

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram mi kuning, cuci dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1 keping tauhu, dadu kecil dan goreng, toskan
1 genggam
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar cili kisar
4 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
Sos ikan secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah sos tiram, udang dan tauhu, kacau rata dan tolak ketepi kuali. Masukkan telur dan biar mengeras, kacau hancur dan gaul.
  2. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sedikit sos ikan. Tambah air dan, kacau dan masukkan mi kuning, gaul rata dan jika nak lebih gelap, tambah sedikit lagi kicap pekat. Masukkan taugeh dan gaul rata. Rasa dan jika perlu tambah sos ikan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Juga sedap dimakan bersama cili hijau jeruk atau sos cili dan juga ulam timun..

12 comments:

kyo said...

cik mat..bahan lepas tauhu tu 1 genggam apa?? huhu

masmastura said...

Salam Mat,

Rujuk pada resepi kat atas...
1 genggam apa tu?

Tumpang tanya..cili thai tu camner rupanya?

kakchik@ella said...

Hmmmmm .. asyik buat kita terliur jer tau .. Hihi. Selamat hari raya cik mat.

WaniGhani said...

Hehe CMG raya ke 3 saya masak bihun goreng utk family kawan hubby, laju diorg makan..padahal cakap da kenyang..agaknya sebab semua hidang ketupat n lauk pauk raya..tu yg laju kot..

Mee cam ni kan mmg sedap mkn ngan nasi ambeng! (lagi)

Liza @ Adzriel AB said...

petang2 sedap ni...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

memang simple giler kn :)

JIJI YU said...

simple tapi mengancam

Amie said...

he he he.... masak mee pun masih sempat cerita pasal soto ye.... memang tak jemu punya! sedapppppp....

Elih Japahar said...

Perggh! sedap nampak gambar tu haha...nak suru binii buat lah ni :)

pish-boy said...

lapaq wei tgk mee goreng tu... duduk kat kolej ni mee goreng 2 minit je boleh buat...

ShashaCatering said...

Salam Aidilfitri Cik Mat,
Sekali-sekala mee goreng pun sedap jugak. apa salahnya kan;)

NINA aka SL said...

Mat.. aku kalau org datang beraya kat rumah memang aku hidang mee goreng kicap ni.. hehhe.. sonang keja den.. sodap hape...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.