BEN ASHAARI

Monday, September 19, 2011

ASAM PEDAS AYAM....

DSC_1610
Assalammualaikum....sat, kasi pakcik mat nko orang ni tarik nafass dulu............haaa, lega sudah. Pagi ni nak letak entri asam pedas ayam..jemu ke..tu lah kan memang jemu lah, si mat tu tah hapa2, resipi pun ala kadar je, tapi kan asam pedas ayam ni kalau kita orang2 Johor dah biasa masak, bak kata Cikgu Areef, kalau kat Melaka pulak ada asam pedas daging. Ini mat masak masa blogger2 muda datang beraya di rumah mat semalam. Masak biasa2 saja. Nak buat entri pasal mereka tu pun mat tak sempat lagi, nanti lah esok lusa mat cuba buat, tu pun kalau sempat. Sejak2 raya ni blog macam terabai pulakkan.. Sibuk sikit lah, hampir setiap hari (bukan lah hari2) ada tetamu walaupun tak ramai, bila hujung minggu baru kehadiran mereka bertambah, meriah ok...jari 25 juta pakcik mat pun dah nampak tak berapa nak jutawan dah...hahaha, berparut kena selar dek oven, kuali dan macam2 lagi lah..wahhh..nak claim insuran lah macam nih..kita semak resipi pulak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong 16 - 18 bahagian bergantung pada saiz ayam
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
1 inci lengkuas, dititik
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)
3 senduk nasi cili kisar
15 biji tomato ceri @ 2 biji tomato biasa, belah 4 setiap satu

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca besar lada hitam (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan perap dengan halia kisar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai titik dan lengkuas, tambah bahan kisar dan tumis hingga harum, masukkan serbuk kunyit dan cili kisar, tumis hingga cili garing, gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya. Bila mendidih, kecil kan api dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi dan masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

15 comments:

JIJI YU said...

cepat la papa..tak sabar nak tau cerita deorang

Santri T.P.I.N.I said...

sedapnya...

akuanakpahang said...

Salam CMG, tak penah rasanya nie kena try jugak nie :)

New Entry "Rumah Peninggalan Pahlawan Mat Kilau Kian Usang"

Mas said...

peberet mas asam pedas....
sedappppnya tengok...

Sis-Lin said...

ngencesss dan kempunan pun adaaaa..huhuhuhu

Sunah Sakura said...

terima kasih pcmmmmmmmmmmmm...memang da lama mengidam asam pedas pcmmmmmmmmm... hehehehehehhehe... ^^

ain zaini said...

noon,cmg.. i'm new follower nk try asam pedas nilaa.. mesti best

WaniGhani said...

oh ada ketumbar...

Soo Hae Daa said...

cik mat...sedapnye...terus rs lapar...

||aLeaSaRa|| said...

owh tq dh dpt idea nak masak apa untuk mlm nanti.mmg sedap nak2 lagi bila esok panaskan dan cecah dgn roti bakar perghhhh terangkat kening!

MamaFaMi said...

25 juta eh Mat, jari Mat tu...mmm mahal sket dari cincin. Oookaylah tu... Mat, gambor ni tembak pakai senapang mana eh? Alah, senapang apa pun, resepi Mat tetaaaappp mantops... bikin gue kepingin asam pedas ayam daging dan sewaktu dengannya...

kakchik@ella said...

Peminat Asam Pedas dah dtg ni Cik Mat .. Ce buat lebih sikit pastu pass kat sini. Hihihi.

Khai said...

Hi Mat lurve yr blog....very sincere. Tak payah lawan lawan hias lauk pauk you n still looked sedap!! Cheers!

aDisH.sHidA said...

thanks cmg wat asam pedas...shida dah x pandang yang lain..makan asam pedas ngan ikan kering je

snnm said...

salaam,

cili kisar tu pakai cili ape ek? cili merah yang fresh tu ke cili kering? kite bukan kat msia ni, x de jual cili kisar kat kedai so kene buat sendiri. nampak sgt la 'rajin' ke dapur.. cili kisar pun x tau!!! huhuhuhu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.