BEN ASHAARI

Sunday, August 21, 2011

TAUHU SINGAPURA...DENGAN BICARA...

Salam, semua, maaf lah langsung tak tulis cerita apa2 pasal ni tadi..Bukan apa, mat sibuk sikit pagi tu, walaupun tak delah apa sangat, cuma kerja tu kena bagi perhatian lebih, tapi kan on9 tetap beron9 okehh. Ini menu berbuka sebenarnya, kalau mat tak letak resipi pun memang semua orang tau dah. Ala2 rojak saja. Tauhu Singapura ni mudah disediakan dan sedap, mat suka.Kalau berbuka makan ni saja pun ok dah, tapi tipu lah kalau kita tak jamah kueh mueh, kalau ada lah. Resipi ni tak de apa sangat, yang utama kuah kacang tu saja, yang lain biasa2, cuma tauhu goreng, hirisan halus timun, sengkuang dan taugh yang dicelur. Kalau nak pedas tabur sedikit hirisan cili padi. Oh yea, terlanjur ni mat nak war-warkan satu buku masakan baru dipasaran.....

Buku masakan 100 Juadah Perayaan ini tulisan Puan Norzailina Nordin atau lebih dikenali sebagai Chef Norz. Kak Lina ni selain berbakat dalam memasak, beliau juga amat berbakat dalam penulisan novel. Untuk lebih mengetahui macam mana anda boleh memiliki buku masakan ini, sila ke blog beliau di sini.... Ok sekarang kita semak resipi dari mat gebu pulak yeaa..hehe..

BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera....hmmmm...sedap ok....i likeee!!..







13 comments:

H.J said...

fit betul masa abang mat ni..

JIJI YU said...

pergh..singkat tu papa.

Amie said...

mesti teramat sibuk.... utamakan yang perlu diselesaikan dulu mat...

Iffah Afeefah said...

mcm pecal pulak skali tgk

cikgu isza said...

mengiurkan..
salam ramadhan buat mat sekeluarga..
maaf dipinta jika ada yang menyinggung jiwa..
semoga hubungan sentiasa terjalin mesra..
kalau tak keberatan, singgah le ipoh datang beraya..
Golden Churn punya pasal - Ehhh.. nak kena samak ke?

aimie amalina said...

weee
dapnye..same dgn singapura pai ke ni pakcik mat?
hehee
sbb x pnh tgk singapura pai cam ne kan..hehehe

Famili Ceria said...

pergh...mesti sedap nie...

Entri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download

Kalamhati said...

Menggoda jiwa je tgk..huhu
kuah kacang tu perghhh!

Oh Oeya said...

Berkenaan tauhu.. masak apa pun suka.. apatah lagi dengan sambal kacang :)

*Tak penah buat kuah kacang erkkk!

Adzriel @ Liza AB said...

geramnya kak liza tengok tauhu tu...

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

CMG kat sini x ade tauhu la, kena buat sendiri. Kuah kacang no problem. Melepas...

Rozita said...

ok gak ni... tp ptg ni ingat nak buat tauhu goreng dgn smabal kicap je la... sambil tu leh hiris2 timun sikit kan.. hehe pemalas noo nak buat sambal kacang tu..

kakchik@ella said...

OMG .. sumpah terliur.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.