BEN ASHAARI

Tuesday, August 16, 2011

SERAWA DURIAN DI BULAN RAMADHAN...

P1300645
Selamat pagi semua, salam 16 Ramadhan. Malam tadi tak dann nak letak entri, mata ngantuk beno, tak larat, kejap2 terlelap depan laptop...tu nasib baik air liur tak meleleh, ada kena karen kang. Semalam caya tak mat tak masak lauk pauk, cuma masak nasi siaa. Atas permintaan mat buat lah pulut serawa durian, memandangkan durian kami memang siap sedia dibekukan dalam freezer. Tapikan dalam gambar tu minta maaf sebab mat tak letak pun isi durian. Nampak kuah dia macam gelap sikit kan, mat guna gula merah timbang, gula melaka kehabisan stok. Ok lah juga bak kata orang2 dulu kala takde rotan akar pun berguna..tak gitu.


Bahan Pulut:-)
1 kg pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

Bahan Kuah Serawa:-)
1 biji durian
1/2 ketul gula melaka (mat guna 3/4 cawan gula merah timbang)
1/2 cawan gula pasir (manis ikut tekak masing2)
1 1/2 cawan air
1 helai daun pandan
1300 ml santan
1/2 camca teh garam
1 camca besar tepung gandum*
1/2 cawan air*(*digaul sebati)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK PULUT:- Panaskan kukusan. Toskan pulut yang direndam tadi, masukkan dalam loyang atau bekas yang muat untuk dimasukkan dalam kukusan. Tuang santan cair, masukkan garam (gaul rata) , daun pandan dan tuang air sehingga sama paras dengan pulut. Kukus 20 minit, kemudian, gaul pulut tadi dan kukus lagi 15 minit hingga pulut masak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA:- Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1 1/2 cawan air hingga mendidih dan gula larut, tapis air gula ke dalam periuk. Masukkan durian, daun pandan, garam dan santan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Rasa kuahnya jika kurang manis tambah gula mengikut kesesuaian. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum dan gaul rata. Masak hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan bersama pulut tadi...

9 comments:

JIJI YU said...

ringkas dan padat

Sis-Lin said...

Sedap gak ek time puasa makan serawa ni..mesti melekat bau dan rasa klu lambat gosok gigi..hehehehehe

Iffah Afeefah said...

cntik dan manis

cik Dil said...

sedappnyaa.

Fizarose said...

tumpang lalu sifu, sila komen Fizarose punya serawa derian dengan pulut tanak :)http://fizarose.blogspot.com/2011/07/serawa-derian-pulut-tanak.html

Isteri Encek Bard said...

cantinyerrr pulut tu

Shiela Latif said...

lamanya tak makan serawa durian ni...dulu2 masa ada mak selalu dapat makan...skang ni bila mak dah takder banyak makanan dulu2 cenggini dah tak d apat makan...:(

aimie amalina said...

huuuu
suke sgt ni pakcik mat.
sedaaaaapp nyeee

Oh Oeya said...

nak try kukus pulut laa.. tak penah ni erkk!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.