BEN ASHAARI

Thursday, August 11, 2011

SAMBAL KERING PEPARU.....UNTUK BERBUKA.

P1300529
Salam semua...buat apa tuu, uikk mentong ke?..Kali ni nak share satu resipi yang biasa2, alah mat kan selalu masak yang biasa2. Paru salah satu organ dalaman lembu yang agak popular diguna kan sebagai hidangan. Tapi ada juga yang tak makan. Mat?...hmmm macam mana nak kata yea..mat ni semua makan, kecuali sekarang ni "sotong" memang tak boleh...alergi gilerr, kang aku gatal..kalau si mat dah gatal...bahaya...apa terjadi, memang tak dijamin yeaa. Alternatif lain kalau anda nak ganti, boleh cuba daging. Tapi rasa tak sama lah. Mat buat dalam 500 gram macam tu. Sedap dimakan bersama nasi, atau ketupat. Perasan tak ada juga peparu ni dimasak sambal dan dicucuk seperti sate...kann... Ok jom semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram paru lembu, hiris nipis, cuci dan toskan*
1 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih*(*direbus hingga lembut, toskan dan biar sejuk)
1 1/2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan jus pekat asam jawa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci halia
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
2 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Paru tadi digoreng hingga keemasan, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali (bukan lah sikit sangat, agak2 lah yea) tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Tuang jus asam jawa, kacau rata dan masukkan garam secukup rasa dan gula. Masukkan paru goreng tadi. gaul rata dan masak hingga kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun bawang...Hidangkan segera..


16 comments:

Iffah Afeefah said...

erm mak tak suke mask

die kate hnyir

de petua nk bg tak hnyir?

mama Rayqal said...

sedappnyee uiiii.... kalo mak saya.. dia rebus dulu.. baru potong then baru goreng... haih! nak kena carik paru nih.

Kalamhati said...

lama dah tak makan ni..huhuhu

Dunia Landax said...

wat untuk buka syiiokk ni =)

suzie rahman said...

sodap..nk mta skit.nk msk mls...kui3

Kjee said...

hmmm sedap Che Mat..tapi kat KL ni susah nak cari peparu yg fresh. nak2 bulan pose ni, habis dah kena borong orang pasar juadah.

Ary said...

my peveret...yum..yum...sedapnya.. resepi minang ada? hehehe...

Sis-Lin said...

Aku suka paru lagi2 klu goreng garing...ermmm sedapppp!

smlm aku tido awal ko..lps je isyak terus membuta..puas hati rasa tido hrni mcm bangun segar bugar!hehehehehe

Lelord said...

sedapnya dlm esbok ada sekilo paru leh arr wat projek

JIJI YU said...

tak makan brg2 organ dalaman

ilovekampungku said...

wow..marvelous...

Isteri Encek Bard said...

suker paru goreng garing2 cam kopok.. hihihi.. tapi yang ni nampaks edap lak CMG

sayang said...

CMG,
kalau ganti ngan daging, idok ke daging tu liat bile digoreng?

Alina said...

mmg sodap..ini adalah lauk yg suami saya sngt suka..thanks utk resepi:)

kakchik@ella said...

Feveret KC ni cik mat .. thnks eh kongsi resepi.

SMK BATU 17 said...

mak mertua i kata, kalau xnak bau paru tu...masa rebus, masukkan jugak halia, serai n lengkuas...kalau suka, masukkan garam n perasa...bila dh empuk, (air rebusan tinggal 1/4) bolehlah disejukkan dan dihiris...then masak la apa pun...gerenti x bau punya...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.