BEN ASHAARI

Friday, August 12, 2011

KARI AYAM.....SIMPAN SEHARI LAGI SEDAP.

P1300546
Selamat petang, dah balik ke, sahh nak ke bazar ramadhan kan...berhati2 ok, duit tu jaga elok2, yang bawak anak tu, pegang kuat2 jangan kasi lepas, bahayaaa..satu lagi jangan kasi anak2 dekat dengan gerai2 yang peralatan memasak yang panas2 tu, bahayaaa..kot terkena minyak panas ke, bara api ke, dahh sopak, elok2 hantaran 25K, sebab muka ada calar ala2 pendekar komeng, dahh jadi 10K jee..kann dah rugi...haha, alah gurau jee lah. Kalau mat sebut kari ayam semua orang tau dah, lagi pun dalam DTS ni banyak dah resipi kari ayam...sampai dulu bila Pak Nil dari ERA tanya resipi apa dalam blog awak, mat kata ada kari ayam...hahaha, lawak lah kalau ingat2...sabar jee lah kan... Ok jommm semak resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, potonng 10 bahagian*
4 biji kentang*
10 biji tomato ceri *
300 ml santan pekat*
1500 ml santan cair*
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari ayam (jenama Baba's)
1 1/2camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, cuci, tos dan tabur sedikit tepung gandum, garam dan jus limau kasturi, gaul rata dan perap 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap 1 dan rendam. Bancuh rempah kari bersama bahan kisar halus, gaul rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan bancuhan rempat kari + bahan kisar halus tadi, gaul rata dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit, tambah kentang (toskan) dan gaul rata2. Tuang santan cair, kacau dan biar hingga kentang lembut. Tuang pati santan. Perasakan denga garam secukupny dan sedikit gula, Masak sekejap, rasa dan jika ok., boleh matikan api.


10 comments:

AMMAR YASIR said...

Mintak sikit..nk berbuka nanti

Iffah Afeefah said...

mabelesss

tetibe suke kari

Sis-Lin said...

hrini aku masak kari ayam atas permintaan anak dara aku tu...
siap beli roti lagi..tetiba Amat kata 'mak tak puasa ke beli roti' erkkkkkkkkkkkk..

apa org puasa x boleh makan roti ke ek? ermmmmmmmm

JIJI YU said...

pergh..25k..honghap le jiji cenggini

Jaja Azmi said...

setuju simpan sehari lagi sedap! agaknya sebab tu kot kari mamak sedap.. hahaha

akuanakpahang said...

Supa asam pedas juga .. kena peram semalaman baru best :)

MamaYatie said...

cicah roti jala sedap ni..hehee

MerLe said...

suka makan cicah ngn roti bulat yang tecik tu..sedap~

ima said...

Salam...mohon mntak resepi ye. Mntak halal ye .tq..:)

ima said...

Salam...mohon mntak resepi ye. Mntak halal ye .tq..:)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.