BEN ASHAARI

Tuesday, August 9, 2011

BUBUR PULUT PUTIH DURIAN..

P1300454
Salam semua, apa bikin tuu, sambung tidur kaa, ada tu siap2 dah nak pi kerja. Mat pun macam nak lelap2 juga, tapi nak update sat satu resipi. Ini atas permintaan bigboss, bubur pulut putih durian. Tapi buat dia mudah dan simple saja. Cuma mat tak berapa nak pandai lah, alah tak kesah lah kan, janji bila sampai ke tekak, rasa dia sedap dan nyaman. Mat buat dalam 1 1/4 cawan pulut. Letak isi durian dalam 7-8 ulas. Kata bonda bubur pulut ni perlu ada teknik tertentu supaya pulut dia nampak berulas2. Tapi kan mat tak berapa nak jadi buat, huhu, dah macam bubur nasi...arghh geram gak mula2, hmm bila masa berbuka tu mat rasa sedap , terus tak kesah dah pasak rupa.. Ok kita semak resipi pulak..Jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan pulut, rendam 30 minit, toskan
150 gram gula melaka*
3/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
2 1/2 cawan santan
3 cawan air atau secukupnya
Sedikit garam
8 ulas durian

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan pulut ke dalam periuk bersama daun pandan, tuang air separas dengan pulut. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala hingga pulut kembang dan kelihatan jernih. Tuang air gula, kacau rata dan bila mendidih, masukkan air secukupnya. Diikuti durian.
  2. Akhir sekali masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biar mendidih. Rasa dan jika perlu tambah gula lagi. Masak sekejap dan boleh matikan api. Pastikan pulut masak bubur tidak terlalu pekat, jika pekat tambah air panas. Hidangkan.





6 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan ke 9 cik mat

sebelum ayu sibuk uruskan perniagaan...singgah sini dahulu
peeh!!
mmg menyelerakan..
ayu buat 1 hari 3 jenis bubur/pengat.. menu yang mmg jadi kesukaan pelanggan time bulan puasa..

Ayu pun suka...sampai nasi dah lupa nak makan.. hehehe

Sha HomeMade Cake n Choc said...

Sedap kan durian niiii... hari ini Sha pn buat bubur kacang durian ..

Rozita said...

x abis lagi ke ke stok durian cik mat...? hehe..

saya ada lagi dah bekukan dalam peti... masih segar dari johor...

cik fadh said...

singgah dan follow untuk belajar memasak sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan kelak ;)

Iffah Afeefah said...

kak limah bagi durian
onyang masak plut durian

zuwaidah said...

oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.