ROTI JOHN AGAIN...SAIZ BESAR PUNYA!..

P1300435
Petang semuaa...nak masak kejap lagi, tapi sebelum tu meh sini cuci mata dengan entri petang ini. Roti John lagi, pakcik John pun pening dah, tak pasal2 orang seru2 nama dia. Kali ni mat buat guna roti saiz agak besar, dan yang pasti ianya roti berserat tinggi. Kali ni mat guna 2 keping daging burger ayam jenama Ramly dan yang lain2 tu sama saja. Mat rasa, resipi macam ni sesuai untuk anak2. Kadang2 mereka ni pun cerewet juga kan nak makan, yelah tekak ni mana sama, lagi2 bulan puasa macam sekarang ni. Ok lah mat tulis serba sedikit resipi dia, jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 buku roti "baguette" sair besar, kerat dua dan belah seperti roti burger
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya
Daun salad secukupnya'
Sos kegemaran (mat guna thousand island)
3 biji telur
1 pokok daun sup, hiris halus

BAHAN INTI DAGING :-)
2 keping daging burger ayam jenama Ramly, hancurkan
1 biji bawang besar, dadu halus
2 ulas bawang putih*
1/3 inci halia*(*ditumbuk halus)
1 camca besar rata rempah kari daging
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus dan bawang besar hingga harum dan bawang layu, Tambah rempah kari daging, kacau dan tuang sedikit air. Kemudian masukkan daging burger yang telah dihancurkan tadi, kacau rata dan masak hingga kering. Tambah sedikit garam dan secubit gula. Matikan api dan masukkan daun sup, gaul rata dan sejukkan.
  2. UNTUK ROTI :- Panaskan minyak dalam non-stick pan, gauk bahan inti dengan telur dan kacau rata. Tuang 1/2 bahagian ke dalam pan tadi, ratakan dan bila permukaan hampir mengeras. Letak belahan roti tadi, masak dengan api kecil hingga bancuhan telur masak. Kemas2 kan tepi2nya, angkat dan ketepikan. Buat sama pada baki bahan2 tadi. Ketepikan.
  3. UNTUK ROTI JOHN :- Ambil roti yang telah siap dimasak tadi, susuh daun salad, diikuti hirisan timun dan tomato. Paipkan dengan sos kegemaran anda, hidangkan segera.....

Post a Comment

12 Comments

  1. anak ikan berenang ke dalam
    roti john bikin cicit mengidam

    =p

    ReplyDelete
  2. salam iftar MG
    buat ngidam je tau, ,,huuu

    ReplyDelete
  3. whoa!! It's looks delicious..nyum nyum..eh, puasa plak..hehehe

    ReplyDelete
  4. makan yang ni dah tak makan nasi dah..sebab dah kenyang =D

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhh......mengeliurkan betoiii....

    ReplyDelete
  6. kenyang sampai esok pagi ni... tak yah makan sahur dah!

    ReplyDelete
  7. roti john inti tuna satu!!!
    erkk agak2 kena tkr nama tak tu mat?> :p

    ReplyDelete
  8. suka roti john tp bulan2 pose nim cam xmo makan roti john la.. nak makan kuih tahi iyik jek sepanjang masa :)

    ReplyDelete
  9. ayooooo tengok roti john dah terasa kenyang dah ni

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.