BEN ASHAARI

Friday, August 12, 2011

BUBUR KACANG DURIAN.....ATAS PERMINTAAN.

P1300568
Ketat masa hari ni, mula memasak jam 5 petang dan kelam kabut juga. Alhamdulillah bonda membantu. Bubur kacang ni atas permintaan bigboss, jadi pagi tadi mat rendam dulu, bonda tolong rebus. Balik je dari belanja tadi mat terus kupas kelapa, parut dan melakukan benda2 asa untuk memasak bubur kacang, durian tu pula memang kami dah dingin bekukan dalam freezer, jadi ianya tak de masalah. Kadang2 kan tekak orang lama ni mereka sensetif, kalau guna santan kotak, depa akan kata, macam lain sikit lah...huhu, tajam kan deria rasa mereka. Memasak bubur kacang ni biasanya kita guna gula melaka sebagai penambah aroma dan rasa. Seelok2nya gula melaka tu kita masak dulu, kemudian tapis, maklumlah proses membuatnya pun ada kala bendasing akan terikut sekali. Jadi sebagai langkah berjaga2 kita cair dan tapis sebelum guna. Resipi kali ni mat tak payah lah tulis, sebab dah kerap sangat, kalau nak juga lihat, anda boleh klik sini....Ok, selamat malam semua, assalammualaikum dan salam sayang dari DTS - MAT GEBU, jumpa esok dengan entri lain pulak....daaaaaaa...



8 comments:

mas saari said...

sedapnyaaaaaaaa... nak jugak!!

FaKArePa!n said...

sedap ni PCM.. fuuuhhh

Iffah Afeefah said...

erm slamat tak ske

nk bubur pulut hitam onyang

aimie amalina said...

huk3..dah la bubur kacag+duyan lagi..ayoooo..cedapnyeee...hiihi =)

JIJI YU said...

lebih sedak dimakan begitu saja

MisS NaSiHa said...

letak ais batu pon sodap...

jom baca d sni..*penting utk tahu*
http://itqannajah.blogspot.com/2011/08/perhatian-utk-semua-wajib-baca.html

Sis-Lin said...

sedapp...ada nmpk durian..hehehehe

sama la Iffah..sis pun teringin mau makan bubur pulut itam laaaa....:)

Isteri Encek Bard said...

durian tu tak tahan negok tu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.