BEN ASHAARI

Wednesday, August 17, 2011

BISKUT RAYA "JANTAN"....HAHA....

P1300695
Salam semua, waaaa, nak letak lah biskut raya yang mat buat..Biskut raya "jantan" okehh..kenapa pulak nama macam tu..ada sebabnya, selain yang buat tu mat gebu, gaya hiasan pun tak de lah vogue bagai, cuma simple2 saja. Sebenarnya ini Biskut Badam Rangup. Mat jarang buat biskut yang modern sangat, selalu mat akan buat mana yang penduduk sekalian rumah suka makan. Semalam dah buat juga satu jenis, yang biasa juga. Nak kata apa, kalau orang lain jemu tu mat minta maaf, sebab mat memang tak rajin sangat nak perhias biskut lawa2, pada mat selagi biskut tu ada "rasa" dan rupa kemas, sudah memadai. Tapi kan mat memang salute sama mereka2 yang menghias biskut cantik2 sangat. Paling mat kagum Puan Azlita, blognya di sini....orang Johor tu, bangga kejap. (^_*) . hasil kerja tangan dia memang tak boleh sangkal, halus, tertib dan sungguh kemas....pada pandangan mat Puan Azlita tu memiliki sifat kesabaran yang tinggi, dan sentuhan wanita dia sungguh terserlah...sahh pengsan ni kalau dia baca...haha... Ok jom mat tulis resipi yang telah berlaku sedikit perubahan..

BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram mentega (mat guna jenama Anchor)
165 gram gula aising
1 biji telur + 1 kuning telur
200 gram tepung gandum*
200 gram tepung kastard*
130 gram tepung jagung*(*disatukan dan ayak)
75 gram serbuk badam
1 camca teh butter vanilla (atau vanilla esen biasa)
Sedikit tepung jagung jika perlu
1 kuning telur, untuk disapu
Kepingan badam secukupnya (atau badam cincang, terpulang), untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega bersama gula aising hingga sebati, masukkan telur + kuning telur dan esen butter vanilla tadi, putar hingga rata, tak perlu hingga kembang. Satukan tepung yang diayak tadi bersama serbuk badam.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + serbuk badam tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Doh akan lembut sedikit, dan jika terlalu lembik, boleh tambah 1 camca besar tepung jagung. Rehatkan doh 10 minit. Tutup dengan kitchen towel bersih yang telah dilembapkan.
  3. Bagi doh kepada 4 bahagian, ambil satu dan canai antara 2 lapisan plastik bersih setebal 1/2 cm, terap dengan acuan pilihan dan alih ke dalam dulang pembakar. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan hias dengan kepingan badam atau badam cincang.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit. Hingga kuning keemasan. Biar sekejap atas dulang dan boleh dialihkan atas redai, biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda besar dan anda membakar dalam loyang besar juga, selepas 10 minit, pusing2kan loyang tadi agar biskut masak sama rata..

11 comments:

Sunah Sakura said...

oh maiiiii! menggodaaaaaaaaaaaaaaaaassss! nak satu balang!!!!

aDisH.sHidA said...

ayah shida suka biskut badam...sokmo kena wat setiap tahun...tahun nie nak dr cmg leh x...possssss mai

ninazsyafinaz said...

whoaaa..abg mat dah mengkukis lah!! best2

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

mmg biskut ni dh jd biskut wajib kite gak tetiap thn sejak tgk blog CMG 3 thn lepas...thn ni punya pun br siap jap td...

JIJI YU said...

kalo sempat le pergi beraya umah papa..nak jugak rasanya bawak tat nenas air tgn kite kat papa

putribongsu said...

harus dicoba ni...!! menggiurkan..!

Oh Oeya said...

Sekali 'jantan' C'Mat hidangkan :)

Iffah Afeefah said...

dah membiskut

bila la turn cicit lak ni

MAZNAH BINTI ARIFFIN said...

terbaikkkkk lah cikmat......ngapa ada perkataan JANTAN.....tak fahammmm.

Arena said...

Saya selalu gak menebeng di blog kak azlita. Memang halus, kemas dan cantik sangat hasil tangan beliau. Tapi cik mat apa kurangnya.

ilahjy said...

suka kak ilah tgok N3 yg menghargai pn ita kita... sebab kak 1 hari 3 kali masuk dapo ita..t.kasih cm kerana menghargai kerja tgan kaum ibu... kerjatangan cm apa kurang nya kak 2 kali sehari masuk dapo cm cuma jarang komen huhuuuuu bukan akak p somalia HB kak ilah..cuba baca sekali lagi huhuhuuu kalu kak ilah p mau pengsan dgr bunyiii tembakan...huhuuu menembak M16 kak ilah boleh lah utk bertanding jer laa bukan perang2 hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.