BEN ASHAARI

Tuesday, August 16, 2011

ATAS PERMINTAAN...CUCUR UDANG LAGI..

P1300637
Salam petang...ngantuk pulak rasa, takpe cuci mata dengan cucur udang eks. Ni pun atas permintaan. Tapi kali ni guna udang yang baru sesuai untuk cucur udang. Mat sebenarnya suka udang kulit keras macam dalam gambar tu, cuma ianya agal kecik dan mat letak 2 - 3 - 4 ekor untuk satu cucur udang..meriahh. Kali ni cucur udang ni mat letak hirisan halus kobis, bawang besar dan kuchai. Taugeh je takde, tapi ada kobis tu pun dah ok...

P1300641
Sedap dimakan bersama sos cili, atau kuah kacang. Tapi mat lagi suka dengan sos cili yang mat selalu buat. Menghasilkan kurang lebih17 - 18 cucur udang, bergantung pada saiz senduk yang anda guna, kalau nak cute2 guna senduk saiz sederhana dan boleh letak 1 atau 2 ekor udang. Satu lagi mat pesan seperti biasa, masa buat ni kena berhati2, sebab minyak panas. Jangan nyanyi pulak nanti hangus cucur udang, ibarat kata orang2 tua, anak dara kalau nyanyi di dapur, nanti kawen dengan orang tua."pantang".wooo!...kalau dapat Dato ke, orait gak kan...hahaha...Oh yea sebut pasal pantang larang ni, ada satu entri yang buat kita berfikir secara logik, cer klik sini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk hirisan halus kobis bulat (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 biji bawang besar, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :-)
6 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan hirisan kobis, kuchai dan bawang besar, gaul rata dan perap 30 minit.
  2. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
  3. UNTUK CUCUR UDANG TEMBAM :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!..

11 comments:

Isteri Encek Bard said...

HUHUUU TELAN AIR LIUR SAYA CMG.....

||aLeaSaRa|| said...

huwaaaa kite ni dahlah mengantuk kat office,perut lak berbunyi.ni tgk pulak cucur udang my fav.....sedapnya(mata bersinar umpama pekerja kerajaan dpt bonus)

JIJI YU said...

papa..nak benda ni jugak

kayrul-shah said...

sedap..pernah wat dulu gak ..barang plak takde, kalau tak boleh pekena cucur udang berbuka nie..hehehhe

Lieya said...

Amboiii cucur udang, sedapnyeeeeee...

Jemarioren said...

nak buat! nak buat! tengkiu2. suke2. hikhik

~ez~ said...

salam,

cik mat, saya dah banyak kali buat..memang sedap dan gemok bam bam cucur udang tu..hehehe

Sis-Lin said...

Cucur Udang makan selalu pun tak jemu....:)

aku ngidam gakkkkkkk!

Citarasa Rinduan said...

fuh........
mmg gebu...
ayu nk gak

aimie amalina said...

huk3
walau pun cucur
merana mata melihatnye..hehehee

bersama kak Es said...

memang nak kena buat..dah netes air liur dah ni ..sape nak tolong huk!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.