BEN ASHAARI

Thursday, July 14, 2011

PIZZA GEBU LAGI.....DAN LAGI...DAN LAGI!!..

P1290853
Salam malam semua, huuuhhhhhh....penat lahh, haha caya ke, alah apa sajalah si mat tu, macam keje belah kayu balak, atau kira bulu berung, sampai penat segala. Sebenarnya kan melakukan kerja2 rumah adalah amat memenatkan, so para suami don look housework very easy, and boleh sambil2 lepaking sambil ber fb ing or blogging eks..Penat wooo, jadi hargai lah isteri anda..okeh!!, setakat cuci pinggan kat sinki tu ciken jee, kata lelaki takkan lah tak larat nak buat benda2 tu, air pun bukan kena pi cedok dari perigi atau telaga, cuma perlu pusing tombol ke kanan dan air keluar, kalau tak keluar tu ada 2 sebab saja...satu bekalan air takde, satu lagi luu lupa bayar bill.. Amacam pening tak baca mat gebu merepek, ha tu sikit je, kalau real punya merepek sampai ada orang tu pengsan tergolek kat lantai ofis memasing bila ber YM dengan mat gebu, tak caya cer tanya ini dua orengg...Ben Ashaari dan Kak Ummi Kuantan..(^_*) ...kannn..

P1290858
Berbalik pada entri ni hari, mat buat pizza gebu, atas permintaan anak buah mat, kesian pulak, dok sebut ulang2, sampai nak selesaikan masalah matematik pun dia guna gambar rajah pizza, aduhh taching okeh, tak pelah ni hari pak usu laksanakan yea. Jadi petang tadi mat buat lah. Gambar pun tak lawa lah sebab ambik dan jam 7 malam, huhu..Takpe lah kan, janji mat share resipi kat sini..hmm exceli dan banyak kali juga buat, tapi saja lah kita ulang tayang balik. Ok jomm semak resipi, very easy one lahh!! bak kata nyonya pranakan...

BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN-BAHAN PIZZA GEBU :-)
4 batang sosej ayam "ayamas", hiris serong
4 hirisan gegelang red capsicum
4 hirisn gegelang yellow capsicum
4 hirisan gegelang green capsicum
1 biji bawang besar, hiris bulat (optional)
175 g keju mozzarella, hiris nipis2
Sos tomato dalam botol secukupnya
4 camca besar mayonnaise

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal. Letak 2 camca besar mayonnaise, ratakan dan letak pula sos tomato, ratakan. Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dan diakhiri dengan keju mozzarella. Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk satu bahagian lagi..

18 comments:

H.J said...

sedapnya abang mat..dapat jadi anak buah mat ni mesti sedap..hehe

H.J said...
This comment has been removed by the author.
JIJI YU said...

huk aloh.menitis hingus tgk gambor..

Ummi said...

Auuuwwwwwww...bam-bamnyaaaa..gebusss giloosss!!! Sessuaaaiiii...hehe

CA said...

Aucchhh...sesuwaiiii dgn nama pembuatttpizza ni ..gebusssss gitu. anak2 memang syuukeee pizza..harus cuba ni...emm mintak halal ekk nak wesepi tu. muaahhh!

Nieza said...

pizza gebu cik mat ni memang terbaik...saya pun dh banyak kali buat memang gebus sungguh...sukax3....tq sharing:)

Asmara said...

Mmg nampak gebu sangat. Teringin plak nak makan nih. Hihi.. Pernah buat jugak sekali mmg puas hati. :D

Misz Ayu said...

wahhh! memang gebu..nsb bek bru pas mkn pizza.. haishhhh

Iffah Afeefah said...

nk resign jd anak papa benla

nk papa adnan

hari2 makan sedap hahaha

kalau papa ben megi je la=P

FasiHaH SupiaN said...

aduyai...lapar pepagi tengok pizza nie.....

Sis-Lin said...

woooo gebusnyaaaaaaaa...kalah pizza hut...mesti lembut je kan roti tu..arghhhh tak sabonya nak makan pizza ko Mat.....

Bila ek bila? raya boleh?? kekekekeke

jihan said...

wahh!!..teringin nak buat pizza sendiri...mintak izin kt tuan rumah nak copy resepi ni yer...mekasih..;)

nana said...

dapnye! :D

Lysha said...

Thank you for a very good idea for iftar today...10q..have fun CMG..always have fun..tata.

Mia-Ina said...

menarik resepi nie

Rozita said...

lama x buat pizza... malas nak menguli benarnya...

capricorn girls (collection kpop) said...

minta tolong letak gambar 'BREAD IMPROVER' ... saya ingin tahu rupa dia macam mana. dan 'YEAST' sejenis serbuk roti ke?

ckg ainaa said...

marvelous