BEN ASHAARI

Saturday, July 16, 2011

ASAM TUMIS IKAN BERNENAS..

P1290893
Salam Sabtu semua, dah makan tengah hari?.. Hari mat masak yang ringan2 saja, mudah dan senang. Sejak2 ni dah kerap masak lemak, huhu, esok lusa ni tatau lah kan, kalau ada permintaan, kenalah mat masak. Tu pun mat dengar ada ura2 nak buat pulut kuning, gulai ayam kampung berkerisik..hadoi, pengsan leerr. Entri kali ni antara masakan feberet mat, lagi2 kalau letak nenas. Mat guna nenas Sarawak, nak guna nenas lain pun ok. Ikan dia mat guna ikan tongkol, kalau anda nak ganti pun ok, ikan tenggiri, merah atau kembong pun sesuai juga. Mat guna daun kunyit dan bunga kantan sebagai penambah aroma. Nak titik kan serai pun ok, lagi sedap.... Mat tulis resipi dia kat bawah ni....Jommm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan tuna @ tongkol saiz sederhana
1 biji nenas sarawak, saiz sederhana
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit
1 kuntum bunga kantan, belah 2
3/4 camca teh serbuk kunyit
3 biji bawang merah, hiris halus
1 ulas bawang putih, hiris halus
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kerat dan cuci bersih, toskan. Nenas dikupas kulit, hiris sederhana tebal dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya, bila mendidih, masukkan asam gelugor dan nenas.
  3. Tambah ikan tadi, dan masak hingga nenas lembut. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ulam2man...

7 comments:

Shahazrin said...

salam..serius lum makan nie.... sebab masih kerja... n sangat lapo.. balik nie singgah pasar borong selangor beli ikan pulak... nak buat la resepi nie..

Nizam Ijam said...

tension...
jom makan!..haha


” Nizam Ijam Dot Com”

ipa faiza~ said...

waaah sedaaap~

terus jd lapar.


jom g blog saye!

http://unguisme.blogspot.com/2011/07/ragam-anak-muridcikgu-praktikal.html

JIJI YU said...

tu ikan ayor kah..

H.J said...

nasib bek baru lps makan je..haha

haslinda said...

wah... sodap nye... lapo da ni... :)

bersama kak Es said...

samalah .. kak es kalau tgk letak nenas je.. terus bookmark. pastu mengencesss

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.