BEN ASHAARI

Wednesday, June 15, 2011

UDANG GORENG SOS TOM YAM

P1290070
Petang semua, assalammualaikum, buat apa tu...Entri kali ni nak share resipi mudah dan yang ni pun ikut apa yang ada. Udang besar tu tak banyak dalam 8 ekor, jadi mat masak sesuatu yang boleh digandingkan dengan sayur2an yang lain. Ada rebung sikit dan sweet peas, semua mat masukkan, sayang cuma tomato je tak de. Ni masakan ala2 siap pun ada, mat guna pes tom yam sedia guna jenama "LIFE"...bukan nak jadi duta, tapi untuk berkongsi dengan anda, tu saja. Ok tanpa berlengah lagi jom mat tulis resipi..opssss..sebelum tu apa kata vote DTS kat sini...terima kasih..muahhh!!!..

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan dan lumur dengan sedikit garam
1 cawan hirisan rebung
10 tangkai kacang sweet peas, kerat 2 setiap satu
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 ulas bawang putih hiris
1 batang serai, ambik bahagian putih dan hiris
2 helai daun limau purut
6 biji cili padi merah thai, diketuk
1/4 cawan air
1 camca besar sos cili
1 1/2 camca besar pes tom yam "LIFE"
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
2-3 biji limau kasturi, ambil jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang tadi digoreng selama 30 saat, angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang, bawang putih, cili padi, pes tom yam dan cili sos, kacau rata. Tambah air dan biar pekat.
  2. Masukkan rebung, daun limau purut dan kacang sweet peas, kacau dan masukkan udang, tambah sos ikan secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkam panas bersama nasi putih...

7 comments:

JIJI YU said...

haha PCM leh makan udang ke..kata gatal..

kakchik@ella said...

Haaa .. yg ni blh buat sbb bru td beli udang tp tang rebung tu nnt kakchik out kan la sbb tak makan. tengss for sharing dis cik mat.

bersama kak Es said...

best!! kak es dah lame pes tom yam LIFE tu tak terusik
hari tu dah try buat tomyam tp cair... match kalau masak cam che mat bagi ni :)

che mat .. teringin nak makan masakan yg ada nenas laggiiii.. :)

Mylady said...

CMG...sedapnya tengok udang tu...
tapi, kena bersedia la dengan ubat tu ek..kang esok takleh post entry plak..heeheh

Jom masuk sini
http://ibundadelight.blogspot.com/

~ raihazi ~ said...

nak cuba nanti.. thanks share resepi :)

BiNtaNg HaTi said...

jalan2 cari makan kat sini...cam best jer...leh try ni...:)

anorr de amorr said...

waaa...cam bez....bley try nih~~ngee :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.