BEN ASHAARI

Thursday, June 16, 2011

SELAMAT TINGGAL JELITA......

P1290100
Salam malam semua, huhu ni hari masa tak mengizinkan mat memasak, cuma sempat post 2 entri masak yang cikai2 jee. Hari ni bonda berpuasa, lepas tu kan, petang tadi keluar pulak, balik2 je lagi 5 minit nak jam 7 malam...waaa Nora Elena episode akhir pulak..hadoii...cepat2 siap kan meja makan untuk bonda berbuka sambil goreng ikan bawal dan karipap. Settle semua pi lah menonton...tapi bagus juga bila masa azan maghrib, ia agak lama tambah dengan iklan lagi, jadi sempat lah menunaikan apa yang patut. Oppss, terlari topik pulak. Entri malam ni sebenarnya mat tujukan khas pada "Puan Lily Haslina Nasir"..Siapa kah ini orengg...kalau anda nak tau dia ni lah penyelaras bahagian resipi di Majalah Jelita dan kak lily juga bertanggungjawab membawa blogger2 masak ke Jelita..waaa...pengsan kan...

P1290097
Tu hari mat ada sms kak lily dan dia ada kata akan bersara dari Jelita setelah berkurun2 lama bersama Jelita. Ini kerana hambatan kerja dan date line yang harus dihadapi oleh beliau. Mat berterima kasih pada beliau, rasanya bukan mat sorang saja, mana2 blogger masakan yang pernah menghiasi dada Jelita pasti akan berfikiran sama macam mat. Besar jasa kak lily ni, kami bukan lah golongan profesional, jauh sekali pakar dalam bidang masakan. Cuma bila penat lelah kami berblog masak2, tiba2 dapat perhatian pihak media segah macam Jelita, terus kami rasa teruja sangat2....memang berterima kasih tak terhingga pada Jelita dan mereka2 yang bertanggungjawab.

Masa mula2 dulu mat ingat kak lily bergurau saja pasal DTS ke Jelita, yea tak yea jeee..Sekali betul, hmm..boleh klik sini.. Atas jasa beliau, dapat lah resipi DTS dimuatkan ke dalam Jelita sebanyak 9 keluaran, tapi bukan semua keluaran memaparkan resipi yang banyak, ada tu segmen langkah demi langkah, tapi pada mat itu sudah memadai. Terima kasih tak terhingga pada kak lily kerana nampak blog dts-mat gebu, kak ummi kuantan, hana jepun, mamafami, kak nor secubit garam dan mereka2 yang profesional, untuk dimuatkan ke dalam Jelita..Akhir kalam, mat sertakan serangkap pantun untuk Puan Lily Haslina...

MALAM TERANG CAHAYA BULAN.
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN,
TERIMA KASIH KAMI PADA PUAN,
JASA MU SELALU DALAM INGATAN.

14 comments:

Jemarioren said...

tapi bintang tidak kelihatan
mungkin semalam gerhana bulan
jasamu selalu dalam ingatan
selagi hayat dikandung badan

JIJI YU said...

ahaha..semenjak masok blog pcm ni..dah semakin bersemangt nak mule masak balik macam belajo kat obersi dedulu

Miss Ran said...

tmpang sedih

harap ade lg org perasan
bakat PCM yeah!

MamaFaMi said...

Betul ke Puan Lily nak bersara dari Jelita? Mama pun nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Lily kerana memberi peluang kepada mama untuk merasa 'excited' keluar kat majalah, walau hanya resepi yang biasa-biasa aje tu. Kesempatan yang tak pasti akan berulang lagi. Terima kasih Puan Lily.

halaman kakchik said...

Saya bukanlah pembaca Jelita. Bukan juga blogger tegar. Sangat baru di dunia blogging. Tapi blog seperti Mat Gebu, Mamafami & Hanieliza seringkali menjadi rujukan bila terlupa resepi atau mencari resepi yang tak diketahui. X sangka kalian ni rupanya dah masuk majalah Jelita selama ni. Thumbs up!

bersama kak Es said...

MALAM TERANG CAHAYA BULAN
TAPI BINTANG TIDAK KELIHATAN
KAK ES PUN TERIMA KASIH KAT CHE MAT GAK
SEBAB HARI2 DAPAT RESEPI BEST!!!

~ahaks, tetiba je

Kjee said...

CMG tahu tak Kjee adalah pengasas majalah Jelita? Masa itu Kjee jadi wartawan bersama Salmah Mohsein, Maizam Abdullah Sani dan Khatijah hashim. penagarngnya Zaharah Nawawi kalau Kjee tak silap.

Melur Jelita said...

Lily Haslina Nasir..very humble ! Tahniah! semoga terus berjaya dalam apa saja.

Selamat bersara

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi cik mat terima kasih atas pemberitahun ini

untuk kak haslina.... semoga apa jua yang diceburi.. berjaya..

dan......... lepas nie sukarlah nak jumpa geng2 masak2 dalam jelita..

kan cik mat....

Sis-Lin said...

hu hu hu tapi x bermaknan yg aku yakkan teruskan dr membeli..kerana Mu Kak Lily masukkan geng2 blogger masak..kerana itu lah aku beli JELITA...:)

K.Nor said...

salam che mat..

sebelum ni dah baca kat blog penulis novel ainin naufal yg keluar sama2 dgn k.nor dlm jelita mei baru2 ni yg lily nk bersara dr Jelita. sedih jugak masa membacanya..

nak tumpang wish kat sini gak ya che mat (terima kasih ya..)

jutaan terima kasih buat lily yg dah memberi peluang pd k.nor utk muncul di Jelita 2x (April dan Mei)semoga Allah membalas segalanya dan semoga lily terus sukses dlm apa juga bidang yg diceburi.. mekasih sekali lg..

AZLITA AZIZ said...

BERLAPIS CEMPAKA DISISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI,
JASAMU SENTIASA KEKAL DI JIWA,
SEMOGA KEHIDUPANmu SENTIASA DIBERKATI.

Ummi said...

Mat, ko nangis ke...hehehhehe

PERNAH BERCAKAP BELUM BERTENTANG MATA
BANYAK JASANYA MOGA DIBERI PAHALA
CABARAN DAN MASA MENGATASI UPAYA
WALAUPUN LILY BERSARA DGN JELITA
ADA DIBISIK PROJEK BARU DALAM KEPALA
SAMA2 KITA TUNGGU MOGA BERJAYA...

Anna Qawina said...
This comment has been removed by the author.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.