PALING RINGKAS PERNAH AKU MASAK.....

P1290077
Salam pagi Khamis, hmm kecoh kan beberapa blog rakan2 blogger telah di "hack", apa2 pun pesan mat tukar password blog anda pada yang lebih selamat, gabungkan huruf dengan angka, yang tu biasa kan disyorkan oleh mereka2 yang pakar. Pagi ni hujan, jadi cuaca lembap, dengan mat gebu sekali lembap, macam boring jee kan. Tatau lah nak sarapan apa, biskut ada lah, nanti biskut, koo duduk diam2 yea, ada masa aku oterkan nkoo jadi benda lain. Hmm, lepas tu kan mat nak makan mi tapi nak rasa paling asli, jadi korek2 dalam peti sejuk, dah jumpa lah bahan2 ala kadar, orait..jomm kita goreng mi paling ringkas, atau orang kata mi bodo-bodo...Semak resipi ok..
BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram mi kuning, celur sekejap dalam air panas dan toskan
1 cawan hirisan nipis daging batang pinang*
1/2 inci halia, tumbuk halus*
2 ulas bawang putih, tumbuk halus*
1/2 camca teh lada hitam serbuk*(*disatukan dan perap 30 minit)
3 kelopak kobis cina, asing batang dan daun, hiris, cuci dan toskan
1 keping tauhu keras, goreng sekejap toskan
2 biji telur, pukul sedikit
1/3 cawan air
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
2 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2-3 titik minyak bijan (optional)
Hirisan cili merah/hijau, untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, titiskan 2-3 titik minyak bijan (kalau guna). Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang air dan tambah tauhu juga hirisan batang kobis cina. Masak hingga pekat.
  2. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, biar hingga telur mengeras dan kacau hancur. Tambah sos ikan dan secubit gula. Kacau rata. Masukkan mi dan gaul rata. Tambah daun kobis dan kacau lagi hingga rata.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan cili merah/hijau dan daun ketumbar sebelum dihidangkan..

Post a Comment

16 Comments

  1. woah.. tak tahan dah.. tengok blog ni je asyik lapar.. hoho.. diorang guna psswrd yang senang sebb senang nak ikat.. tp diorang lupe psswrd senang tu la yang senang kena hack.. byk btol perkataan senang.. haha..

    PCM, nak request boleh? resepi kek batik.. boley la.. boley la.. :)

    ReplyDelete
  2. apesal mee bodo bodo pun nampak menyelerakan. waaaa

    ReplyDelete
  3. yang simple tu la kadang kita makan banyak... sebab sedappp!

    ReplyDelete
  4. selamat hari khamis cik mat

    ayu pun risau ttg hal gondam nie.
    baca paper metro 3 pagi 17 hb kan??

    ReplyDelete
  5. betul tu CMG..combination huruf & number selamat..kalau nak lagi selamat, tambah special char macam @!? untuk lebih securekan password kita..

    hujan2..makan mee goreng panas2..tiada kata untuk digambarkan..

    Yok masuk sini :-
    IBUNDA's DELIGHT

    ReplyDelete
  6. ringkas tapi sedap. ok la tu cik mat.

    ReplyDelete
  7. Ringkas tapi nampak sedapnya...:)

    ReplyDelete
  8. simple ke ni pcm? macam tak simple gak.. ahahahha~ :p

    ReplyDelete
  9. mee bodo tu gini tau ....mee yg dibubuh kicap je he eheehh

    ReplyDelete
  10. alamak ai..
    terus lapar laa... =,="

    ReplyDelete
  11. simpel tapi tetap nampak sedap..

    ReplyDelete
  12. Salam Che Mat..

    Nak tanya.. sos ikan brand apa Che Mat guna? Dah lama saya nk beli tp risau jugak bila tengok kat Supermarket tu ada bermcm2 brand tp x tau halal ke tidak..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.