BEN ASHAARI

Saturday, June 18, 2011

MI HOON GORENG KUNYIT

P1290140
Salam Sabtu semua, buat apa, tu...siap2 nak memasak ke..wahhh ada tu tengah masak udang galah nampak...aduhh bikin guaa meleleh air liur siaa, tapi takpa lah mat pun dah puas melantak udang galah, sampai rasa macam jemu sudah (saja kasi guaa nya perasaan ok..hehe). Ni pagi kan mat goreng mi hoon saja. Kalau tak malas juga, tapi semalam teman blogger mat si Ady Budika tu goreng mi hoon siap tayang2 kat FB. Walaupun aku tengok selonggok je mi dia dengan tak de sayur apa, tapi macam sedap jee..erk, tu yang mat goreng juga pagi ni.

P1290150
Mat buat mi hoon goreng kunyit, mi tu rendam dulu dalam air yang dicampur serbuk kunyit anggaran 3/4 camca teh. Tapi kan tak nak berapa kuning pulak..hmmm, tak pelah. janji ada rasa2 kunyit kat mi dia. Masakan senang ni rasa2 mat pernah buat dulu. Ini resipi paling ringkas dan mudah. Bahan2 pun tak banyak. Aduhh masa tulis ni, sambil2 buat keje lain, ada menu yang mat dan Puan Azila plan nak buat, nak tau apa, tunggu nanti eks..ehem ehem...Sekarang kita semak resipi mi hoon senang ni dulu.....layannn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mi hoon, rebus hingga lembut, campur 3/4 camca teh serbuk kunyit. Toskan
3 genggam taugeh (yang ni agak2) cuci dan toskan
2 keping tauhu, didadu kecil, goreng dan toskan
1/2 cawan isi kerang
1 1/2 camca besar cili kisar
3 camca besar sos cili (mat guba jenama "LIFE")
Garam secukup rasa dan secubit serbuk perasa
2 biji telur, dibuat telur hancur
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup, sebagai hiasan
Hirisan cili merah, sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili kisar hingga garing, masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tambah sos cili, garam secukup rasa, kerang, tauhu goreng dan telur hancur, kacau rata.
  2. Masukkan mi hoon dan gaul rata. Tambah taugeh, kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebagai hiasan sebelum dihidangkan..

8 comments:

Sunah Sakura said...

:)

AdyBudika said...

ahahahahahaha..kat rumah aku takde tesco!!!!!! unfair!!!

Wan said...

pagi tadi pun makan mee hoon, tp beli je lah..hehe..

Video Jozan Maharaja Lawak Minggu 12 Tugas 2

bersama kak Es said...

mee hoon kunyit lagi menarik dari mee hoon singapore :)

shinobee46 said...

lately mmg suka makan bihun goreng dengan telur mata kerbau. tapi malas nak masak. beli je.

Mas said...

suka bihun..
sedappnya tengokkk...

Mas said...

suka bihun..
sedappnya tengokkk...

Melur Jelita said...

Suka semua mi hun goreng, kaler apa pun tak apa

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.