SAMBAL TEMPOYAK DAUN KAYU.

P1290153
Salam petang semua, ni hari rasa penatlah, dah lah bengang jee pala otak nih, grrr...tapi kan mat rasa lega sikit, hmm terima kasih mat pada Ben Ashaari. Ok, sebenarnya mat tak plan nak buat lauk tradisi orang2 Negeri Sembilan ni. Masakan ni femes di Rembau, kalau orang negeri tak makan ni, huhh, bukan true blue orang Negeri, kalau tak caya tanya Kak Anymz, dia Rembau mari, daerah beradat....kan kak. Semalam mat chat dengan Puan Azila, biasalah kita orang ni kan suka gossip, terutama pasal masak2 dan makan2 dan juga duit2..erkk, lepas tu tersentuh bab sambal tempoyak daun kayu ni, dia plan nak buat, mat pun sama, aku ni kan pantang dengar orang nak buat, terus nak ngikut buat juga...tu yang terbuat. Tapikan bahan2 tak cukup mat guna daun pun amat minimum, hanya 3 jenis jee, pucuk ubi, pucuk labu dan daun kunyit. Hmm, jadi lah dah nak sangat kan...Ok kita semak resipi, eehhh kejappp, undi DTS di sini....terima kasih..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

Post a Comment

17 Comments

  1. sedap nya Che Mat!!
    pembuka selera ni. nak2 pulak ada potai tu :)

    ReplyDelete
  2. sedap2

    tp sy punye tak taruk pucuk2

    juz ltak ikn bilis..

    rse sme je

    ReplyDelete
  3. Eh..cam best lak buh daun2an gini..terliurnya!
    nak try jugak laa lenkali..
    x perasan lak kak anymz ade penah tayang..kalop tak sah2 nak ngendeng..hehe

    ReplyDelete
  4. lunch tadi baru je lepas makan tempoyak :) sodappp

    ReplyDelete
  5. boleh pengsan tengok sambal tempoyak daun kayu ni...
    sedapppnya...
    pernah makan banyak kali kat kenduri kahwin...
    perhh...terbaik.....

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa nak demam bila tengok tayangan perdana terbaru ni. kalau demam tu maknanya kena makan 'ubat' ni untuk kebahkan demam. hehehe

    ReplyDelete
  7. saya bukan org nogori, tapi saya belajar masak sambal ni dgn org nogori... mmg best... makan sambal daun kayu ni dgn nasi panas tambah lauk telur dadar je... cukup dah... sedap!

    ReplyDelete
  8. huuuu cik mat, kalo bab2 tempoyak ni memang menjilat jari lahhhh. thumbs up! sedapppp!

    ReplyDelete
  9. Fuh,yg ni den memang x tahan cik mat. Meleleh wei

    ReplyDelete
  10. Memang pengsan tengok sambal tempoyak daun kayu ni...pernah makan dulu kwn N9 bagi..mmg meletop....

    ReplyDelete
  11. Wahhhhhhh...dah lama cari resepi ini...terimakasih Cik Mat

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.. :>
    hadoii cik mat..merana nengoknya :)

    ReplyDelete
  13. Sedap, saya suka ni Cik Mat. Selain dari daun2 tu daun apa lagi yang boleh guna untuk masakan ni?
    Tq Cik Mat ;)

    ReplyDelete
  14. Saya nak letak resipi ni kat blog saya boleh cik Mat? saya suka sangat ni ;)

    ReplyDelete
  15. @shasha - silakann..terima kasih atas kesudian anda tu yeaa..

    ReplyDelete
  16. hheheh..en.mat..zla daun2 suma dah ready nak buat.sekaliii p umah mertua, dia p tapaunya kari ayam, sup sayur..adeshh..so kena postpone lg buat. yerla..mulut 2 org jer nak mkn, takut xabis lak..huhuh

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.