BEN ASHAARI

Saturday, June 18, 2011

KUEH LAPIS NYONYA...a.k.a..KUEH GENGGANG.

P1290161
Sebelum masuk tidur, mat share kueh yang mat buat petang tadi. Lama juga rasanya tak buat kueh lapis. Kalau orang2 peranakan, selaluya kueh lapis mereka mesti ada lapisan yang ganjil, macam 7 atau 9 lapis. Mat buat 7 lapis siaa. Resipi asal dari blogger Rozzan. Tapi yang ni mat dah kurang kan sikit sukatan gula dia, sebab dulu kan masa mula2 buat, rasa manis.. Kali ni dah kurang manis sikit. Satu lagi, resipi ni guna tepung hoon kue, tapi rasa mat kalau nak ganti dengan tepung jagung pun ok juga...

P1290176
Warna kueh terpulang pada citarasa masing2, mat guna warna hijau pucuk pisang, pink, warna asal dia (putih) dan untuk kepala mat guna warna merah, lagi satu yang ni saiz dia agak kecil sebab loyang mat guna saiz 7 inci x 7 inci x 3 inci. Pstt, kerja jadi mudah tau, sebab mat kukus guna pengukus eletrik, besss lah kukus ni, terus jadi rajin nak buat kueh2 yang berkukus. Kalau anda nak tau kat mana boleh dapat kukus tu, sila tanya Chef Asma dengan singgah ke blog beliau di sini....Serius!! berbaloi...comey pun comey, bersih dan nampak molek je di dapur anda...Ok jomm pantun sikit..

NYONYA MUDA JALAN BERLENGGANG,
TERLUPA ADAT LANGGAR PANTANG,
KUEH LAPIS ATAU KUEH GENGGANG,
KEGEMARAN MAK TUA DI WAKTU PETANG

Bahan A :-)

150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air

Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN C :-)
Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili

Cara membuatnya :-)
  1. Masak bahan B sehingga larut, angkat dari api dan biar sejuk. Sementara itu satukan semua bahan A ke dalam satu mangkuk, kacau rata dan ketepikan 30 minit. Kemudian masukkan bahan B, kacau rata dan tapis.
  2. Panaskan kukusan, alas plastik bersih dalam tin berukuran ( 7 x 7 x 3 ) inci, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Bahagikan no. 1 kepada 7 bahagian yang sama banyak (kurang lebih 130 ml setiap bahagian), 2 bahagian dibiarkan pada warna asal (putih), 2 bahagian diberi warna merah jambu, 2 lagi dengan warna hijau dan 1 bahagian dengan warna merah cili.
  3. Panaskan loyang dalam kukusan selama 5 minit, tuang 1 bahagian merah jambu, kukus 5 - 6 minit meggunakan api sederhana hingga masak, tuang 1 bahagian hijau dan kukus hingga masak dan buat seterusnya. Untuk lapisan terakhir (merah cili), kukus hingga masak, selama 12 - 15 minit lagi.
  4. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong untuk hidangan. Balut tutup kukus dengan kitchen towel semasa mengukus untuk mengelakkan wap jatuh atas permukaan kuih.....Selamat mencuba untuk semua!!!!

17 comments:

Noor said...

As salam En Mat ...siap dengan pantun lagi..tapi kita tak pandai nak balas balik. Apapun kuih tu nampak berseri dengan gandingan warna emmm terliur le kita kat sini.

bersama kak Es said...

NYONYA MUDA JALAN BERLENGGANG
TERLUPA ADAT DAN PANTANG LARANG
ANAK KAK ES MAKAN TAK PERNAH KENYANG
DI TARIK SELAPIS DEMI LAPIS TAK PANDANG BELAKANG...

sedap ni! tappi kak es tak pernah cuba lagi. Beli je kalau kueh ni.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

warnanya sgt mengancam...mkn selapis demi selapis.

Ummi said...

RIUH RENDAH BISING BERBANGAR
SEDANGKAN YG PECAH HANYALAH CAWAN
KUIH GENGGANG X PERNAH KU DENGAR
WPUN BEGITU RUPANYA CUKUP MENAWAN..

hehee...lain kali ko letak kuih lenggang2 ke, goyang2 ke..akak tau laaa..waahahha

Jemarioren said...

terlupa adat langgar pantang
sebab penangan kuih genggang
kegemaran mak tua di waktu petang
dengan kopi o mai secawang

ShashaCatering said...

Pagi-pagi menangkap ikan,
Ikan ditangkap dalam kolah,
Kuih genggang tak pernah makan,
Kalau kuih lapis biasalah.

Sebenarnya sama jer kan ;)

Melur Jelita said...

Mak Aihhhhhhh..semua berpantun..kalu tak pantun, tak boleh komen ka Cik mat...heheh

DJ Dayang said...

Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya;
Kuih lapis nyonya dipandang manis,
Ingin sekali mencuba resepinya.

:)

bonda_tie said...

sedapnye mat. tak reti la saya nak buat kueh ni. takut pun ye jugak. takut die tak melekat.

Mat Gebu said...

@ noor - salam, hehe, saja jee. Terima kasih sudi komen.

@ kak es -
SIREH TERSUSUN DALAM PUAN,
UNTUK SATAPAN PARA PENDETA,
BEGITU HARAPAN ITU LAH TUJUAN,
MENJADI SAJIAN ANAK2 TERCINTA..

@ LM - yea betul, mcm lah kan cara memakannya.

@ kak ummi -
CANTIK SUNGGUH KEBAYA NYONYA,
PAKAI DENGAN KROSANG SUASA,
KUEH GENGGANG SAMA RUPANYA,
NAMA BERBEZA MENGIKUT BANGSA..

@ Jemari oren-
JARANG SUNGGUH KAIN KASA,
TERBANG SANGKUT DI DAHAN SENA,
MEMANG SESUAI TAK KIRA MASA,
PAGI SEMPURNA PETANG PUN KENA..

@ Shashacatering -
ANAK CINA BUAT TOCANG,
TAPI SAYANG RAMBUTNYA NIPIS,
KALAU MAKAN KUEH GENGGANG,
RASANYA SAMA MACAM KUEH LAPIS..erk!

@ MJ - Heheh tak delah mcm tu, sila komen..pantun suka2 saja.

@ DJ Dayang -
BELI TIKAR DI PEKAN LANGGAR,
PULANG SESAT SEGAN BERTANYA,
BERBESAR HATI HAMBA MENDENGAR,
BILA DAYANG INGIN MENCUBANYA...

@ Bonda - hmm senang je, tapi kalau kukus setiap lapisan lama sangat, ada kemingkinan dia tak melekat.

Mas said...

amboiii...rajinya che mat berpantun...
siap berbalas2 tu...

kuih tu...cantiknya,....rajin che mat melapis...

Zulfikar Hazri said...

Nyonya tu pantang 40 hari ke 100 hari mat?

kalau 100 hari elokla.. nanti peranakan kecut elok balik.. hahah :P

AI said...

- cam nk buat perhiasan kueh tu...tersgt lah cantek nyerr...

JIJI YU said...

ade member sekerja kite kenal pcm dari dulu lagi..katenye die minat gegile blog pcm

Mat Gebu said...

@ mas - ha ah rajin kan, hangin rajin, kalau masa malas..habuk pun tak de..

@ zulfikar - haha, pantang 44 hari, lepas tu dia nya cara pantang sama macam kita, jalan pun kena sopan tak boleh kangkang, nanti masuk angin..lemau!!..

@ AI - haha, utk masuk blog kena lah meriah, lagi pun blog masak2 ni kan byk bergantung pada gambar.

@ jiji - waaa, ye ke, tersegan pulak pcm, kirim salam mereka yang berkenaan..

Juwita Jamaludin said...

salam mat.. sedapnya nampak.. tepung ada tu .. boleh la buat.. nanti halal ye resepinya

阿麦 said...

Nak tanya kitchen towel yang balut tutup kukus tu adakah rupanya macam tisu?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.