BEN ASHAARI

Wednesday, June 8, 2011

KEK MARBLE TRIO.....TRADEMARK MAT GEBU.

P1280809
Assalammualaikum, selamat pagi Rabu semua, dah sarapan?..Entri awal pagi ni sepatutnya mat masukkan malam tadi, tapi tahap kemalasaan atau kekurangan vitamin rajin telah membuatkan ianya tertunda. Lagi pun mat buat malam tadi, lepas photo shooting yang tak seberapa, hampir jam 11 malam. Lepas tu berborak2 pulak dengan beberapa blogger di YM dan FB...aduhh terus ni bertambah2 tahap ke tidak rajinannya..TAPI, pagi ini dengan penuh semangat, mat tulis., lagi pun bukan nak kata apa, kek ni kira ulang tayang juga, sampai dulu mat pernah terima komen..."Dah pernah tengok dulu, malas nak komen apa, macam dah tak de kek lain"....Yang aku heran, tu yang dia tulis kat ruang komen pesal?...kata tak mo komen...adehh bikin pusing tau itew orengg...huh!..

P1280821
Kek marble trio ni bukan nak kata tapi mat dah letak resipi ni lamaaaa dulu masa belum ada blog lagi, masa tu mat aktif di MyResipi dan kiranya ramai dah mencuba feed back bergambar yang mereka beri lebih dari 100+, klik sini . Jadi kek ni sedap lah kiranya. Hmm, dulu mat guna butter golden churn, tapi sejak kes isu haram ni, mat ganti dengan dengan mentega S.C.S dan rasa pun masih sedap lagi. Jadi kalau anda ingin mencuba, mat rasa ianya amat berbaloi dan sesuai untuk hari raya dan majlis2 keraian. Perghh banyaknya bebel, ok lah, kalau ada masak undi DTS kat sini..tak lupa jiran mat juga di sini....Terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....


21 comments:

ilahjy said...

bak mai sepiring...tak cukupppp seloyang kalu masih ada hehe...sbb cantik tak jadi makan nak buat hiasan meja....

YAYA AZURA said...

lapar la yaya tengok gambar kek pagi2 nie..mintak la sket cik mat yaya nak buat breakfast...

CIKU said...

macam nak tgk jek muka mat gebu ni..pandainya la masak.kalau jadi jiran mat gebupun best ni..hehe

Sis-Lin said...

waduhhhhhhhhhhh.....trio sehhh....sedapnyaaaa..gebu!

izahdaut said...

rasanya banyak2 kek marble, kek marble trio cik mat ni yang the top.. saya suke.. sedap n wangi n moist

AI said...

- wahhh...kek...my peberet

- buat kek x pandai...

Idaman Hati said...

salam CMG,

Nak tanya kalau tak letak gliserin boleh tak...apa fungsi gliserin dalam kek trio ni ya.... untuk menyedapkan lagi ke.... bentuk dia camna. Maaf banyak yang saya tak tahu

Nuridah said...

Assalamualaikum CM

Cantiknya kek marble nie...akak nk pengsan pun tk jadi...hehe

norhidana said...

tgk kaler dia pun dh terasa2 kesedapan nyer
alahai... kek marble ni kalu bt sndiri baru ngam
beli kt kedai tak sesedap bt sndiri...

saya kalu tingin nk mkn kek marbel suke mak saya bt... sbb mls nk bt sndiri hehehe

NINA aka SL said...

Aku baru plan nak wat kek marble trio ko mat.. nak bagi jiran aku wat kenduri esok... sebab jiran aku amat mencintai resepi kek marble ko.. dulu aku pernah bagi sepotong pas tu tanya2 aku bila nak wat kek marble lagi.. heheheh

nak preeeeeeee memanjang... seb baek aku suka tinggal anak aku kat dia.. hahaha

azila said...

heheh...ingat, guna gula halus tau en.mat:)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nmpk sungguh gebu!saya gagal dlm mengolah warna kek..huhu

Cik Puan Izan❤ said...

nampak cantik pulak bila keler pink, pepel dan coklat disatukan...

Ryo Azhar Rahza said...

wajib cuba nih...nak cuba tak derhaka resepi pas ni

kakchik@ella said...

cik mat .. nak kek oren sebijik.

ikatankasihku said...

mak ai, sodapnya...

zuwaidah said...

adohhhhhhhhhhh tak boleh tengok blog masak nih...dah ler tengah puasa nih huhuhu
kalau cik mat kat sebelah rumah, mesti majuk kalau tak dpt kek sedap nih hahahahhaa

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

gliserin tu apa ye? kalau tak de gliserin, jadi tak kek ni. semua bahan ada, cuma gliserin je tak de...

Ummi said...

Mat, terima kasih byk atas kiriman kek ni dan macam2 mende alah dlm beg tu kat akak....x sabar2 nak balik rumah nak rasa niii....lepas dah rindu pada makYah td...hehee...

ShashaCatering said...

Cik Mat,
Sebenarnya ulang tayang ni bagus tau. Orang yang belum tengok boleh tengok dan belajar darinya.

Orang yang dah tengok tu pun boleh tengok lagi sekali untuk refresh.
Ulang tayang ni tak salah sebenarnya.

Betul ke?

endok ayu said...

salam, en mat

nak tanyalah, sayani agak bodoh tang buat kek2 ni, kan memula kena Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan(yg ni mmg biar jek ek lepas pukul, x apa2 ek lepas kembang biarkan, ehehhe bodohnya soalan aku ni)

kiranya tinggalkan dulu pastu pukul telut plak ek, harap tolong jwb ek mat benar2 nak membuat ni ekkeke

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.