BEN ASHAARI

Thursday, June 30, 2011

GULAI NANGKA BEREMPAH ala PERANAKAN.

P1290516
Salam semua, huhu, sejuk u ni hari, selalu mat gebu kan panass memanjang..Hujan sini. Pagi tadi atas arahan pihak atasan, mat masak lah nangka muda masak lemak, tapi kali ni kita bagi nuansa peranakan sikit, alah masak biasa2 sia, tak lari banyak, sama macam orang2 melayu masak, u don worry lah nyaa. Ini nangka kalau yang semput atau jenis bisa ulu hati, mat tak sarankan makan sampai tak hengat, kasi jamah sikit2 sudah lah, kalau overlimt takut kang ada yang nafas ala2 backhoe korek tanah...tak rela yeaa. Masak dia sama je macam orang melayu masak, cuma mat letak daun limau purut dan sedikit rempah ratus dalam perencah dia. Mat guna tulang ikan kurau sebagai penambah perisa selain sedikit udang kering. Selain serai, mat tambah daun limau purut... Ok kita semak resipi yea..sebelum tu bagi guaa pantun satu rangkap dulu..

BURUNG SERINDIT MANDI DIPAYA,
TENGGEK DI DAHAN DENGAN SELESA,
GULAI NANGKA SEDAP RASANYA,
BOLEH DISANTAP TAK KIRA MASA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg nangka muda, siang dan potong kiub besar2 dan rendam
8 ketul keratan tulang ikan kurau masin, renda
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air secukupnya
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar biji
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup
4 biji cili merah
1 camca besar udang kering, rendam sekejap dan toskan
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan nangka tadi, masukkan ke dalam periuk bersama serai, tulang ikan kurau dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair dan masak hingga nangka empuk, jika kering tambah sedikit air.
  2. Masukkan asam gelugor, daun limau purut dan santan pekat. Kacau perlahan dan tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Jika suka boleh tambah serbuk perasa. Masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

7 comments:

Ummi said...

Salam Mat....waaah menggulai nangka rupanyaaaaa....eemmm jangan kena angin dah laa..akak x tahan dgn nangka camni...kalau mkn byk, siap laaa...semput..hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh sedapnyer..menu kegemaran saya .tp mak takmo mskkan sbb dia kata angin..huhuhu

Mama AA's said...

antara peberet gok ni :)

Mas said...

suka gulai nangka walaupun berangin.....
lepas makan....sapu minyak angin...kikikiki.....
memang terbaik gulai nangka ni...suka...

slumberdek said...

mak aiiiii sedap yer. buat slumberdek terliur jer. esok nak minta mak buatkan. nang muda dah ada rasa yer...

hasrul hassan said...

Salam MG,
semalam saya masaklah gulai nangka, nangka baru beli kat pasar malam. Tapi mat, terfikir nak tanya, saya masak guna nangka madu ... boleh ke? bukan apa...bila masak je jadi gulai, terasa manis nangka je dah, pedasnya, awasnya, lansung hilang di balik bibir.

Tak sangka pula nangka madu yang jadi mangsa, sebab lupa nak bertanya, tapi bila dah rasa, tak macam nangka biasa, dah jadi gulai baru tahu rupa-rupanya ia.

Apapaa ...dilayan juga, manis bersari terasa-rasa, dah tak macam gulai lemak nangka biasa, boleh dikata gulai lemak nangka bermadu la pula...

http://www.hasrulhassan.com

Kuliner said...

wah resep makanan ini benar - benar menggugah selera makan saya, enak benar

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.