BEN ASHAARI

Monday, May 2, 2011

TUMIS KACANG PANJANG BERUDANG..

P1270949
Salam jumpa lagi, jangan jemu ok..alah biasa kann dengan mat gebu, resipi ulang tayang... Tapi kan yang ulang tayang ni lah sering menjadi pilihan. Kalau tengok gambar tu punya lahh biasa masakkan dia. Cuma yang istimewa pada mat, kacang panjang tu ambik kat farmville, tanam sendiri. Nak meriah letak pulak udang, tauhu dan soo hoon. Hmm, sedap dimakan bersama nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng, cukup dahh, tak yah lauk lain..belanja pun murah...kan.. Ok tengok resipi pulak..yang pakar dok diam2 okeh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 tangkai kacang panjang, kalau kacang pendek guna 15
1 keping tauhu keras
1/2 cawan isi udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dititik
1 biji cili merah, hiris
1/2 cekak soo hoon, kerat kecil dan rendam hingga lembut
1/2 camca besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang panjang dihiris serong, cuci dan toskan. Tauhu didadu kecil. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga layu, masukkan udang dan sos tiram, kacau rata.
  2. Masukkan tauhu, gaul perlahan dan tuang air. Bila mendidih, masukkan kacang panjang tadi dan masak hingga kacang lembut. Tambah soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga kering dan soo hoon lembut.
  3. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng....hmm

8 comments:

RaraPuing said...

fav rara ni !! aww sedap deh Hujan2 ni buat perut lapar la pulaks hehehe

Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr. said...

ni masakan kesukaan ku..best lah blog awak nie...boleh kita link x..saya nk banyakan pengetahuan tentang masakan..

SiS NaD said...

SalaM aBG MaT...

DuLu MaK SaYa SeLalu MaSaK LauK Ni.. TaPi SKaRaNG DaH TaK... :(

SaYa oRDeR NGaN aBG MaT Je La BoLeH? HeHe!~ (^_____^)V

Zie said...

selalunya orang jawa johor suka lauk ni kan...teringat arwah abah suka betul letak tempe goeng kecil2 ...CMG selamat hari buruh

cik cek said...

Best dan suka sgt menu cam gini....kalau kak cek suka ratah je ...:)

akuanakpahang said...

Salam CMG, kacang panjang pun best :)
New Entry "Gambar : Osama bin Laden meninggal.t"

Mat Gebu said...

@ rara -erkk..hujan ke tempat anda..hmm bess nya tidurr..

@ ahmad khairul - silakan dengan berbesar hati..terima kasih..

@ sis nad - huhu kena lah masak sendiri pulak kan macam tu.

@ zie - yep, tapi ada lagi sattu tu mungkin sambal goreng..yang ni cuma tumis biasa2 siaaa...

@ cik cek - yeaa betul, ratah pun sedap.

@ AAP - hmmmm, tu lah lagi2 kacang hasil dari kebun sendiri..

fabulousnana said...

Sedap nih. Mudah pulak tu. 😊

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.