BEN ASHAARI

Thursday, May 12, 2011

SOSEJ "MADU" TIGA RASA...

P1280208
Salam semua, petang ni mat share satu resipi ringkas dan mudah, sesuai untuk mereka yang punya waktu singkat atau mengejar masa kata orang. Mat kebetulan nak habiskan bagi capsicum, jadi puas gak fikir apa nak buat dengan baki capsicum tu. Hmmm, tak pe kita yang buat dia kan, jadi ini lah hasilnya. Mudah dan ringkas. Sekarang ni idea nak bebel terhad sungguh, idea tak de..tu pasal mat buat blog masak2, sebab kita ni bakat bebel macam jiran mat pakcik BA tu, memang aku tak de langsungg....huhu..Jomm mengundi lagi kat sini, bagi mereka yang belum..yang sudah terima kasihh sayang dari DTS-MAT GEBU...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 batang sosej ayams, hiris serong sederhana tebal
1/4 biji red capsicum, dadu
1/4 biji yellow capsicum, dadu
1/4 biji green capsicum, dadu
1 biji bawang besar hiris kasar
1 batang leek, kerat dan rendam
6 biji cili padi merah thai, diketuk
1 camca besar sos tiram*
1 camca besar sos cili*
1 camca besat sos tomato*
1 camca besar madu*(*disatukan dan gaul rata)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih hingga layu. Masukkan cili padi dan leek, kacau rata. Masukkan sosej dan goreng sekejap. Tuang bancuhan sos, gaul rata dan masak hingga pekat.
  2. Masukkan semua capsicum dan masak hingga capsium lembut dan kuah pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Alih dalam bekas sesuai dan hidangkan segera. Sedap dimakan panas...

13 comments:

~...AmALinA....~ said...

lapa terusssss~ T_T

BudakBosan said...

capsicumm tu ape ek? =p

* Zaleta * said...

org melayu kata cili benggala la...

Gayahspears said...

kalo adik Gayah suke beno makan sosej... blh la cube resepi ni pulak..

Rozuan Ismail said...

sedapnya.huhu.dah la peminat sosej ni.

Haida said...

sosej bermadu...mesti sedap bermadu..nak kena try nih..

mas saari said...

anak2 Mas suka makan sosej...
kena try buat ni!

Mat Gebu said...

@ armalina - erkk..hehe..

@ budak bosan - yep betul kata zaleta, lada benggala, ada juga yang panggil lada epal..

@ gayahspears - wahh gayah mai blog ceQ lahh, terima kasih dan boleh sangat utk yg suka sosej.

@ rozuan - boleh cuba nanti, senang dan ciken jee buat dia.

@ haida - must try okehh..

@ mas saari - kalau anak2 suka, memang kena try, kalau nak guna daging ikan pun ok..

aesh came said...

oh senang resepi ni..sedap jgk nampak..mkn mcm ni je ke~

faz said...

fuhh

teratai said...

resipi baru ni, biasanya makan hot dog gitu2 je...thanks!

Norhafiza said...

lapooooonyeeee..

Peri PiA said...

saya suka lada benggala / capsicum ni!!terutamanya yg hijau

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.