BEN ASHAARI

Tuesday, May 24, 2011

RENDANG PEDAS CENDAWAN BUTANG...

P1280491
Assalammualaikum, salam petang...Penat lahh..hmm, rasa kerja banyak sungguh, lagi2 bila air paip baru saja ada. Maka banyak lah kerja2 yang tertangguh perlu dibereskan. Kali ni mat kongsi rendang pedas cendawan butang. Mat guna cendawan butang jenis segar, boleh beli di Tesco dan pasaraya2 besar lain. Kaedahnya sama saja, tapi cuma guna santan dala 600 ml macam tu. Dan cendawan diletak hanya bila kuah rendang pecah minyak. Yang lain2 seperti biasa. Kalau suka boleh juga dicampur dengan daging ayam...Ok sebelum mat tulis resipi, apa kata undi DTS di sini....Terima kasihh yeaa...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram cendawan butang segar
600 ml santan
1 1/2 camca besar kerisik
1 keping asam gelugor
3 helai daun kunyit, hiris halus
1 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
Garam secukup rasa
1/2 camca besar gula melaka
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji cili padi hijau thai
15 biji cili padi merah thai
3 batang serai, hiris halus
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepukan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan bancuhan rempah kari tadi dan tumis hingga harum, guna api sederhana.
  2. Tuang santan, kacau dan biar mendidih. Masal hingga terbit minyak. Masukkan kerisik, asam gelugor dan cendawan tadi, kacau rata hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula melaka.
  3. Masak dengan api kecil sambil dikacau sekali sekala hingga hampir kering. Masukkan hirisan daun kunyit, gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas atau pun roti...

17 comments:

yatie Awang said...

kakak tak makanlah cendawan, mcm mana rasanya ek

Sunah Mohammad said...

laparnye perut....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh nmpk sgt sedap.cendawan ni mmg tak perlu rebus ye CMG??? LM tak pernah beli lagi tau yg fresh

Nur said...

makan dengan nasi impit tentu sedap.

bersama kak Es said...
This comment has been removed by the author.
bersama kak Es said...

selalu saya ziarah cendawan butang ni kat TESCO...just say Hi! je kat dia ssebab tak tau nak masak apa..
kreatif betulla CMG

hatikristal said...

sedapnya nampak... tp skang ni takde selera nk makan... masuk blog ni pun tk mampu nk buka selera jugak.. huhu..

Mat Gebu said...

@ yatie - kak, rasa dia kenyal, ala2 daging ayam..seriuss.

@ sunah - jommmmmm makann..

@ LM - tak payah rebus, cuci dan toskan je, kalau cendawan saiz kecil tak yah kerat, kalau besar baru belah dua.

@ nur - yeahh sesuai, kalau orang vegetarian pun sesuai rendang ni.

@ kak es - nanti try this, sedap..

@ hatikristal - huhu, kenapa pulak ni, ada apa2 yg merungsingkan ke..

Yatie said...

kat umah akak semua suka cendawan butang ni..bila2 nanti bolehlah cuba merendang cendawan pulak..tq Mat...good idealah...

CheKiah said...

nmpk sdp ler encik mat chekiah trlioq nengok...rasa2 nak wat rendang ayam cmpur ngan cdnwn btg ni msti best rasanya. apa2pun tks yer tuk resepinya..sm0ga encik mat di beri kesihatan yg baik leh publish resepi yg mantop2 lagi :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tq CMG...nnt nak cuba beli.lagi satu LM nak tny , blh tak CMG terangkan cara nak guna acuan silikon?mmg dia lembik2 ke ?risaunyer nak bakar..takut cair..haha.maaf la..jakun sket ni.tak berani guna tau!

Mat Gebu said...

@ kak yatie - waa kak, kalau suka cendawan, boleh try...cendawan tiram opun sedap gak buat mcm ni..

@ che kiah - Terima kasih puan, tu lah nanti saya nak try letak ayam juga...

Mat Gebu said...

@ LM - yep acuan dia lembik2, boleh tahan suhu sampai 230C kalau tak silap. Kalau acuan kecil2, tu sapu sedikit mentega, kalau yang besar selalunya saya guna terus, tapi letak acuan tu dalam loyang dulu, senang sikit nak masukkan dalam oven nanti..

SiS NaD said...

SalaM aBG MaT..

WaH!~ NeW ReCiPe... MuST TRY!~ NaNTi Nak BuaT MaSa HaRi RaYa La.. BiaR oraNG KaMPuNG PeLiK... HeHe!~ (^_____^)V

Amie said...

assalamualaikum,
kak amie pernah makan rendang cendawan payung... yg tumbuh atas busut masa guruh petir tu, ya Allah... sedapnya,kalah ayam tau...

Mat Gebu said...

@ sis nad - haha, sah ada yang pelik, lagu satu kan kalau ada kawan2 kita bangsa lain yang vegetarian, sesuai resipi ni.

@ Amie - wahh kak, tu cendawan susah nak dpt, kat sini pun kadang2 je, ada tumbuh..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

terima kasih CMG...maaf la mmg jakun.tak berani nak guna.takut cair.owh sapu mentega...terima kasih byk2 CMG

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.