BEN ASHAARI

Thursday, May 5, 2011

PENGAT LABU....dan.....AWARD KAK CT DELIMA

P1280050
Entri sebelum masuk tidur. Nak letak satu pencuci mulut paling biasa lah bagi orang2 Malaysia dan negara2 jiran tertangga terutama Singapura, Indonesia dan Brunei. Mat buat untuk bonda berbuka puasa petang tadi. Sedap dimakan sejuk, tapi itu terpulang, ada yang suka makan panas. Sebenarnya pengat labu ni tak perlukan resipi yang spesifik, ikut rasa tekak masing2 siaa, terutama dari segi kemanisan. Pada mat manis2 buah sudah memadai. Mat campur sekali bubur cha-cha dan juga biji sagu rumbia sebagai penyeri. Kalau makan ni kan, teringat bulan puasa, Arwah datuk mat dulu suka sangat makan manisan begini ketika waktu berbuka....seribu kenangan dalam semangkuk pengat labu....
Dan terima kasih mat pada Kak Ct Delima, sebab sudi beri Gold Card Award ni..waaa rasa terkaya kejap..terus nak soping teko..erkk..teko..hehe, ke nak beli HP baru eks...HTC macam jiran DTS tu pun bess juga...waaa boleh rembah Nikon juga nihh..hahaha...Apa2 mat hargai tanda ingatan kak CT ni, minta maaf sebab terlewat ambik ye kak...Ok kita semak resipi pulak.. Jommm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 biji labu manis, buang biji, kupas dan didadu besar2, cuci dan toskan
1/4 cawan bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
3/4 camca besar biji sago, cuci dan toskan
1 helai daun pandan, disimpul
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/4 cawan gula pasir*
1 cawan air*(*dimasak hingga gula cair, dan tapis)
350 ml santan pekat
Air secukupnya
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus labu bersama secukup air (agak2 tenggelam labu) bersama daun pandan dan sago biji hingga labu 3/4 empuk. Masukkan air gula dan kacau rata. Masukkan bubur cha-cha dan tambah santan pekat.
  2. Bila mendidih, masukkan garam, kacau dan rasa jika perlu tambah gula secukup rasa, terpulang tahap kemanisan yang anda sukai, tapi pada mat, manis2 buah sudah memadai. Masak sekejap dan matikan api, hidangkan sejuk atau panas...

6 comments:

Peri PiA said...

waaa,dah lame x pekena ni cmg

cmg,ade berita gembira ek?double tahniah ye :)

Pembawa_Wacana said...

Tahniah Pak Cik Mat Gebu!! dah .com! :)

Citarasa Rinduan said...

TAHNIAH DTS
tahniah dapat award dari kak CT delima..

aduh..
cik mat menyelerakannya pengat labu itu

ada baki tak??
nak sikit

Pika pongpong said...

Che mat..trima kasih x terhingga.
Blog che mat betul2 bagi saya inspirasi.

Che mat buat sy terus tukar persepsi yg bidang masak memasak ni sbnarnya sangat luas dan kreatif tak terbatas kpd sapa2 pun, tua-muda.

boleh bg happy satu keluarga dgn masakan sendiri lagi.. mmg terbaiklah!

Tahniah che mat! :)
Che Mat and the geng -jangan benti tau.
Blogger masakan mmg sentiasa dkat di hati ramai org. hihi..

Mat Gebu said...

@ peri - hahaha...biasa2 jeee..ni sapa lah yang buat cerita ni kan.,

@ PW - terima kasih...

@ ayu - terima kasih, pengat tu ada lagi..hmm

@ pika - terima kasih dan tahniah untuk anda juga..

pRotege oN tHe R0ad said...

pergh mmg sedap kalau makan pengat ni...
s0k trus bleh masak resipi ni..senang dan ringkas...
thanks...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.