BEN ASHAARI

Thursday, May 26, 2011

NASI GORENG "B . D . B".....ASLI PUNYA...

P1280513
Salam semua, apa nihh..asyik2 nasi goreng..tu lahh kan..Minta maaf, sebenarnya ini sarapan pagi tadi, dan cuma sempat masukkan dalam entri pada masa2 macam ni saja. Tau kan tenet mat, baru je ok ni hari. Entri nak ngomel sikit jee, sebab idea kering sangat, tatau apa nak tulis. Cuma mat minta maaf lah sebab resipi simple dan tak vogue..Apa kelas kan nasi goreng..tapi nasi goreng ni antara makanan femes kat Nusantara, ramai orang suka...betul tak?..

P1280521
Kalau tengok, kenapa lah si mat ni letak nama nasi goreng "B.D.B" dan tau tak apa sebabnya?.. Haha macam ni, mat kan dengar lagu nyanyian kumpulan "Black Dog Bone" nyanyi lagi nasi goreng, dan ada sebut "campur cili, campur udang kering..bila makan...mata naik juling"..terus datang idea, ha ah kan nasi goreng asas ala2 mak kita zaman dulu, udang kering dan cili...jadi bahan rencah dia antaranya udang kering..tu pasal mat letak nasi goreng "B.D.B"....huhu tu je cerita dia...Pstt dah undi DTS?..kalau rasa nak ngundi boleh lah klik sini...Terima kasihh!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan nasi sejuk, dikareh (dileraikan)
1 camca besar penuh udang kering, rendam dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
1 camca besar cili kisar
1 biji telur, pukul sedikit
1 biji bawang besar, hiris
Sedikit sos ikan
Secubit gula
Hirisan daun kuchai, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar dan bawang besar, tumis hingga cili garing. Tambah sedikit sos ikan. Tolak ke tepi kuali dan masukkan telur, kacau rata.
  2. Tambah secubit gula dan nasi, gaul rata dan masak hingga nasi kelihatan kering. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit lagi sos ikan. Masak sekejap dan matikan api. Tabur hirisan daun kuchai sebelum dihidangkan..

8 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh letak sos ikan.mesti best ni.

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

Terliur!!terliur!!

Yatie said...

akak skrng dah terikut2 Mat..kalau goreng mee atau nasi goreng mesti letak sos ikan sikit..mmng sedaplah...

bersama kak Es said...

amboi makkkk...cantik nya set cawan tu :)

ShashaCatering said...

Kelas gitu Nasi goreng b.d.b.
Nak rasa sikit ;)

Mylady said...

erkk..bukan nak komen nasi goreng..tapi, nak komen tang pinggan tu..sama cam kat rumah nenek i...heheheh...cantik...

nahiella said...

Abang mat, lapaq laaa

With Julia said...

pandai yerrrrrrr :) terbaiklah...bukan pompuan je tau masak ....kaum adam lagi terer tau :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.