BEN ASHAARI

Tuesday, May 17, 2011

MASAK LEMAK JANTUNG PISANG HUTAN..

P1280305
Ok, kali ni mat sahre satu masakan trasidi orang2 kampung. Kebiasaannya kami kat kampung akan manfaatkan semua benda yang boleh dimakan, termasuk jantung pisang hutan ini. Rasa dia lemak dan ada sedikit rasa manis2. Saiz jantung pisang hutan agak kecil. dalam resipi ni mat guna 4 biji. Jika sukar nak dapat, boleh guna jantung pisang nipah.Atas permintaan mat masak lah lemak dengan ikan masin kembong, yang tu anda nak masak dengan tulang ikan kurau masin pun sedap. Ok jomm mat tulis resipi ringkas ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji jantung pisang hutan, kupas sampai jumpa bahagian cerah, rendam
2 ekor ikan kembong masin, saiz besar, kerat dua dan rendam
2 batang serai, dititik
300 ml pati santan
1 liter santan cair
1 kepung asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji ciliu merah
10 biji cili padi hijau
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus, serai dan asam gelugor dalam periuk, tuang santan cair dan didihkan. Sementara itu, toskan jantung, belah 2 setiap biji dan belah 2 lagi tapi tak putus untuk setiap belahan, masukkan dalam kuah, biar mendidih hingga jantung empuk. Kalau kurang tambah sedikit air.
  2. Masukkan ikan masin dan pati santan. Masak sekejap dan tambah secubit gula, rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam. Kacau perlahan dan masak sekejap. Matikan api dan hidang bersama nasi putih dan sambal belacan...

10 comments:

cik cek said...

Ptg hari singgah kesini...aduhai! masak lemmak jantung pisang...memang fav kak cek ni...sedapnya...lapo perut dibuatnya...he he :)

cik heroin said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



pakai tudung ini seperti pakai topi keledar.

Myra ^^ said...

dah tunjuk resipi ni kat mama . hehehe .

lepas ni meraselah makan . nyum nyum

☻UsaGi NaNa☻ said...

abg mat gebu...try resepi masak sup ketam..skrg kn musim demam dah..mk ckp sup ketam boleh rebah kn demam~

Melur Jelita said...

Jantung pisang elok untuk jantung...

Sis-Lin said...

Salam Mat...
tak pernah pulak aku nmpk jantung pisang hutan ni Mat....apa rasanya? sama ek?

Encik Amman said...

sering nampak jantung pisang. tapi tak bisa ketemuan peluang untuk merasa, tak pernah.rare juge. -____-U

Zulfikar Hazri said...

ni kalau masak ngan ikan rebus pun sedap nihhhhh

CT NoArIzAh ArIs said...

Jantung pisang hutan pun leh mkn ke setau sy daunnya aje leh wat alas dlm buluh utk wat lemang.... errmm rasanya sama gak ke mcm jantung psg biasa?

farhan said...

blog mat gebu byk pasal makanan ye...wahh menarik blog ni..sedapnya makanan2 dlm blog ni..lapar la pulak

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.